Thursday, May 25, 2017

3741) PELANCARAN KLINIK BEBAS MUFLIS : SINAR PERBELAAN - PPIM 25/5/2017

25 Mei 2017- Sempena menyambut bulan Ramadhan dan ulang tahun Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang ke 20. PPIM menubuhkan Klinik Bebas Muflis PPIM. PPIM mengadakan Maljis Pelancaran Klinik Bebas Muflis yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato' Haji Taha di Hotel Sani, Kuala Lumpur.

Majlis ini dijalankan bertujuan untuk mewawarkan Klinik Bebas Muflis PPIM dan sesi soal jawab bersama Pengarah Insolvensi Malaysia. Didalam majlis perasmian ini, turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, Persatuan Bank Islam dan Persatuan Bank Malaysia.
Mengikut kajian, hampir 300 ribu individu Malaysia dimufliskan setakat ini. Pemasalahan seperti ini sangat membimbangkan. Kini, dengan pindaan Akta Kebankrapan 1967 dan kerjasama yang diberikan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) akan banyak membantu individu yang mempunyai status bankrapsi. Tambahan pula, Klinik Bebas Muflis PPIM mampu menjadi medium perantaraan untuk memberi kaunseling dan mempercepatkan lagi proses pembebasan dari muflis kepada mereka yang mempunyai masalah ini.
Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan memuji tindakan JIM dalam membantu insan yang mempunyai masalah kebankrapan ini. “Muflis dahulu dan sekarang sangat berbeza. Seperti langit dan bumi” katanya bedasarkan pengalaman beliau. Status muflis ini boleh diumpamakan seperti hukuman gantung pada satu ketika dahulu kerana sesiapa yang mempunyai status ini tiada jalan keluar baginya. Namun kini, sudah ada jalan penyelesaian kepada mereka yang mempunyai masalah ini.
Didalam ucapan Datuk Abdul Rahman Putra pula mengatakan mereka menerima inisiatif NGO seperti PPIM dalam membantu JIM mengembalikan individu muflis ke ‘Main Street’ semula. Beliau mengatakan dalam tempoh masa 3 tahun seseorang itu boleh bebas dari muflis. Namun dalam usaha ini ada cabaran mereka tersendiri. Masalah utama yang dihadapi adalah persefahaman antara JIM dan pemuflis. Dengan adanya Klinik ini mampu membantu JIM dalam menjalankan tugas dan penerangankan berkenaan jalan keluar dari kebankrapan.
Kini mereka yang mempunyai masalah kebankrapan mempunyai peluang kedua. Klinik Bebas Muflis kini dibuka kepada mereka yang mempunyai masalah kebankrapan dan mereka yang didalam proses kebankrapan
WhatsApp Image 2017-05-25 at 3.52.39 PM WhatsApp Image 2017-05-25 at 3.52.46 PM WhatsApp Image 2017-05-25 at 3.52.47 PM WhatsApp Image 2017-05-25 at 3.52.48 PM WhatsApp Image 2017-05-25 at 3.54.05 PM  WhatsApp Image 2017-05-25 at 3.58.11 PM WhatsApp Image 2017-05-25 at 3.58.19 PM 

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...