Tuesday, May 9, 2017

3697) LAWATAN PPIM KE MAJLIS PERASMIAN PROGRAM DERMA DARAH MEGA 2017 - PPIM - 9/5/2017

PPIM - 9 Mei 2017 – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan (Toqqi) dijemput untuk menghadiri sebuah program Derma Darah Mega yang dianjurkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur (PBSM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pusat Darah Negara (PDN), Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (PESAMP) dan Petronas Dagangan Berhad (PDB).
Majlis yang dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Y.Bhg. Datuk Seri Hj. Mhd. Amin Nordin Bin Abd. Aziz dijalankan secara besar-besaran. Dalam program ini, para hadirin bukan hanya sekadar dapat menderma darah mereka semata-mata malah terdapat beberapa pameran dan ilmiah yang mempu membuka mata dan kesedaran dalam kepentingan menderma darah.
Terdapat beberapa fakta yang mengatakan bahawa dengan menderma darah, badan penderma itu akan bertambah sihat serta ia mampu mengurangkan berat badan secara ideal. Untuk setiap beg darah yang didermakan, ia mampu membakar sebanyak 650 kalori dan menghilangkan satu paun berat.
Tahukah anda bahawa dengan menderma darah, secara tidak langsung anda telah melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Bagi seseorang yang ingin menderma darah, mereka harus memeriksa tahap kesihatan mereka melalui darah yang mereka berikan. Dari darah yang diambil itu, penderma boleh mengetahui tahap kolesterol dalam darah, HIV, malah penderma juga boleh mengenal pasti jika diri mereka dijangkiti penyakit diperingkat awal.
Selain itu, dengan menderma darah juga ia mampu untuk mengurangkan risiko jangkitan kanser dan sakit jantung. Tetapi perkara ini perlu dilakukan secara konsisten. Jika seseorang itu mampu menderma darah sekali setahun, penderma tersebut sekaligus telah mengurangkan 88% risiko untuk menghidap penyakit jantung.
PPIM berpendapat bahawa program seperti ini bukan sahaja mampu menyihatkan tubuh badan kita tetapi ia juga mampu memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa betapa pentingnya bagi kita untuk menderma darah.
Terdapat banyak lagi kelebihan dan faedah dalam menderma darah kepada masyarakat dan diri kita sendiri. Oleh itu, disarankan agar masyarakat dapat menderma darah sekurang-kurangnya setahun sekali dan bukanlah hanya menderma kerana program menderma darah seperti ini dijalankan.
WhatsApp Image 2017-05-09 at 8.34.13 AM WhatsApp Image 2017-05-09 at 8.34.15 AM WhatsApp Image 2017-05-09 at 8.34.16 AM WhatsApp Image 2017-05-09 at 8.34.21 AM WhatsApp Image 2017-05-09 at 8.34.28 AM WhatsApp Image 2017-05-09 at 8.34.31 AM WhatsApp Image 2017-05-09 at 8.34.32 AM WhatsApp Image 2017-05-09 at 9.33.48 AM

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...