Tuesday, May 30, 2017

3752) LAPOR JIKA ADA 'KARTEL' BAZAR RAMADAN - UTUSAN MALAYSIA - 30/5/2017

                                utusan malaysia 30.5.2017
 Kuala Lumpur 29 Mei - orang ramai diminta melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, koperasi dan kepenggunaan sekiranya mempunyai maklumat berlaku penyelewengan dalam penetapan harga makanan di bazar Ramadan. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sekiranya pengguna tidak tampil untuk membuat laporan penuh, dikhuatiri tindakan 'kartel' sedemikian akan menjadi satu trend yang sukar disekat pada masa depan. "Perkara ini amat baharu dan sebelum ia semakin menjadi-jadi pada tahun akan datang, eloklah pengguna melaporkan perkara tersebut kepada KPDNKK. "Melalui laporan yang dibuat, diharap satu siasatan akan dijalankan sekali gus membolehkan langkah untuk menghapuskan "kartel" itu yang hanya membebankan pengguna dapat diambil,"katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. Beliau berkata sedemikian ketika mengulas kenyataan aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye mengenai sesetengah peniaga di bazar ramadan menggunakan taktik meningkatkan harga makanan sehingga pembeli tidak mempunyai pilihan.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...