Monday, May 29, 2017

3750) TIBA MASA GUNA KUASA PENGGUNA KAWAL HARGA - SINAR HARIAN - 29/5/2017

                      SINAR HARIAN 29.5.2017
 Shah Alam - Sudah tiba masanya pengguna menggunakan kuasa mereka mengawal harga barangan. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kenaikan harga barang mentah dan makanan sepanjang Ramadhan serta perayaan telah menjadi kebiasaan negara ini. "Sebab itu, kita mahu pengguna bijak guna media sosial untuk menurunkan harga barangan. Kalau kedai kotor, kita boleh tularkan dan boikot sehingga pihak berkuasa ambil tindakan. "Tidak ada harga barangan turun, ia naik saban tahun. Sebab itu, kita mahu pengguna mempunyai kesedaran ini didik pengguna lain untuk menekankan peniaga atau pembekal yang menaikkan harga barangan sesuka hati," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau turut menyarankan pengguna agar bijak berbelanja dan memilih makanan uang hanya dijual pada harga berpatutan. "Kalau makanan mahal, air mahal dan bahan mentah mahal kita beli, kita sendiri telah menggalakkan pihak tidak bertanggunjawab ini terus menaikkan harga," katanya. Menurutnya, kerajaan perlu memperkenalkan mekanisme tempoh pembelian bahan mentah dalam kadar rendah berbanding harga semasa bagi pengguna di negara ini. "Barangan cuma dihadkan kepada beberapa unit sahaja untuk pembeli. Sebagai contoh, Kedai Rakyat 1Malaysia boleh dijadikan permulaan. "Dengan inisiatif ini, ia menggalakkan peniaga lain bersaing untuk mengekalkan harga rendah supaya pengguna terus membeli dengan mereka," katanya.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...