Tuesday, May 30, 2017

3754) PENGGUNA KELIRU, STATUS JENAMA PRODUK DIRAGUI - 30/5/2017


Kebelakangan ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sering menerima pertanyaan berkenaan status pemilikan sesuatu produk. Sama ada ianya milik Muslim atau sebaliknya. Ini bukanlah isu rasis sebaliknya berbalik kepada prinsip agama. Umat Islam tidak dilarang untuk berurusniaga dengan bukan Muslim tetapi mendapatkan produk yang halal lagi baik (Halalan Toyibban) adalah dituntut. Mengulas perkara ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan (toqqi) berkata pihaknya banyak menerima aduan daripada pengguna berkenaan pengeluaran sesuatu produk yang mengelirukan pembeli. Tambahannya lagi, aduan yang diterima makin meningkat sejak bulan Ramadhan ini. WhatsApp Image 2017-05-30 at 17.18.54 “Terdapat banyak produk yang dipasarkan menggunakan nama Islam ataupun nama Melayu, tetapi benarkah ia sebenarnya keluaran daripada pengeluar Muslim?” Beliau mempersoalkan hal tersebut. Lebih mengejutkan bahawa terdapat diantara produk yang diragui itu, adalah produk yang dikenali oleh orang ramai dan rata-rata menggunakan produk tersebut dalam kehidupan seharian. “Kita akan membuat rujukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai produk-produk ini. Kita mahu jelaskan kepada para pengguna di luar sana supaya lebih berhati-hati di dalam membeli sesuatu produk” Ujar Hj Muhammad Zharif Johor, Aktivis PPIM. WhatsApp Image 2017-05-30 at 17.18.45 Beliau menambah bahawa PPIM sebelum ini sudah mengajukan perkara ini kepada Jakim mengenai produk yang meragukan ini. “Perbezaan sesuatu produk yang diragui itu adalah melalui jenama dan syarikat misalnya jenama itu dari syarikat lain tetapi penghasilannya dari syarikat lain” Tambah beliau lagi. Turut hadir bersama iaitu Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed, Penasihat PPIM. “Pengguna diluar sana beli sesuatu produk bukan sebab dari mana ia dikeluarkan tetapi pada jenama.” Kata beliau. Beliau menambah lagi, pengguna harus lah peka akan halal sesuatu produk tersebut. Toqqi menerangkan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengenai perkara ini dan beliau menerangkan bahawa kemungkinan selepas ini boleh mewujudkan logo atau label khas bagi membuktikan sama ada produk itu keluaran Muslim ataupun tidak. WhatsApp Image 2017-05-30 at 17.18.31 WhatsApp Image 2017-05-30 at 17.18.05

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...