Perjumpaan bersama Pengurusan Tertinggi Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) membincangkan kerjasama antaranya Kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat. @ Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Showing posts with label HJ MUHAMMAD ZHARIF JOHOR. Show all posts
Showing posts with label HJ MUHAMMAD ZHARIF JOHOR. Show all posts
Thursday, April 26, 2018
Tuesday, September 19, 2017
4066) HATI KERING - HARIAN METRO - 19/9/2017

Hati kering itu gambaran diberikan kepada tujuh suspek remaja yang dilihat masih berlegar-legar di kawasan kejadian selepas melakukan jenayah terancang hingga meragut 23 nyawa mangsa tidak berdosa.
Aktivis Kanan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Zharif Johor berkata, suspek masih dilihat melepak dan bersembang beramai-ramai di tepi tasik berhampiran lokasi kejadian seperti tiada apa-apa berlaku sejurus kejadian.
Menurutnya, kumpulan remaja terbabit dilihat berkeliaran di kawasan tasik dari hari kejadian sehingga subuh keesokan harinya.
"Mereka seolah-olah tiada hati atau perasaan simpati. Mereka boleh bersimbang dan melepak selepas membunuh 23 nyawa.
"Jika orang lain pasti sudah takut dan bersembunyi, namun kami (kakitangan PPIM) masih boleh lihat kelibat mereka melepak tanpa rasa khuatir,"katanya kepada Harian Metro.
Dia bagaimanapun bersyukur kes itu dapat diselesaikan polis dalam tempoh masa singkat.
Menurutnya, kakitangan PPIM sangat merasai kehilangan pelajat tahfiz yang meninggal dunia itu berikutan mereka selalu dilihat berlari, mengaji al-quran dan bergurau senda.
"Hampir 90 peratus jemaah di surau berhampiran dipenuhi pelajar tahfiz terbabit setiap kali waktu solat.
"Ketiadaan mereka sangat dirasai, masih terbayang wajah mereka di ruangan mata kami. Walaupun mereka pelajar tahfiz, tetapi mereka masih kanak-kanak riang berlari dan bergurau. Saya rasa sedih dan terkesan dengan peristiwa menyayat hati ini,"katanya.
Menurut, setiap kali menunaikan solat Zuhur dan Asar kini, dia akan rasa sebak kerana kebiasaanya kiri kanan saf dipenuhi pelajar tahfiz terbabit.
"Saya doakan semoga keluarga mangsa tabah dan roh pelajar tahfiz terbabit dicucuri rahmat.
"Kanak-kanak ini juga sering menyapa pekerja kontraktor di bangunan kami yang sedang membaiki bumbung dengan memberi minuman dan makanan,"katanya.
4062) Tragedi tahfiz: Penduduk gesa pihak berkuasa tingkat pemantauan - Utusan Malaysia Online - 19/9/2017

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Penduduk sekitar Jalan Keramat Hujung berhampiran Taman Tasik Datuk Keramat menggesa pihak berkuasa agar meningkatkan pemantauan keselamatan dan pencahayaan kawasan riadah tersebut bagi mengelakkan ia menjadi tumpuan penagih dan aktiviti tidak bermoral.
Menurut mereka, taman tasik yang terletak di belakang bangunan sementara Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar awal pagi Khamis lalu itu menjadi tumpuan remaja untuk berkumpul dan ada dalam kalangan mereka bermalam di pondok-pondok kecil di kawasan berkenaan.
Gesaan itu disuarakan kerana penduduk bimbang jika kawasan tersebut tidak dipantau dan dipertingkatkan pencahayaannya, aktiviti jenayah akan menular dan lebih membimbangkan, tragedi sama seperti kebakaran di pusat tahfiz berhampiran yang menyebabkan 23 kematian akan berulang.
Aktivis Kanan Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Muhammad Zharif Nadim memberitahu Utusan Online, pihaknya sebelum ini pernah meminta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelenggarakan lampu-lampu di sekitar taman tasik itu.
Jelas beliau, permintaan itu dibuat kerana lampu-lampu berkenaan ditutup pada waktu malam dan keadaan gelap itu menjadi tarikan kepada kelompok-kelompok remaja untuk berkumpul di taman tasik berkenaan.
“Mereka ini sering berkumpul di pondok-pondok rehat yang banyak dibina di sekitar tasik pada waktu malam.
“Saya tidak berani kata dengan pasti mereka menagih di sini, tetapi sebelum ini pihak polis ada melakukan beberapa tangkapan di sekitar kawasan taman tasik ini,” kata beliau kepada Utusan Online yang melakukan tinjauan ke kawasan berkenaan hari ini.
Nasaruddin Sapilin, 21, pula menyatakan, sejak mula bekerja di kawasan berhampiran tasik berkenaan setahun yang lepas, dia sering melihat kumpulan remaja berkumpul dan seolah-olah sedang berpesta di sekitar tasik berkenaan.
“Kebanyakan remaja berkenaan kelihatan seperti tidak terurus dan menghisap rokok setiap kali mereka berkumpul.
“Saya tidak tahu sama ada kegiatan salah (seperti menagih dadah) yang lain dilakukan sebab mungkin bila para remaja berkenaan melihat ada yang sedang memerhati, mereka sembunyikan apa yang sedang dilakukan,” jelas beliau.
“Saya tidak tahu sama ada kegiatan salah (seperti menagih dadah) yang lain dilakukan sebab mungkin bila para remaja berkenaan melihat ada yang sedang memerhati, mereka sembunyikan apa yang sedang dilakukan,” jelas beliau.
Petugas PPIM, Azwan Hilmi, 30, pula memberitahu, kebanyakan remaja yang berkumpul di kawasan tersebut akan berada di taman tasik berkenaan akan berada di situ sehingga lewat malam.
“Ramai dalam kalangan remaja-remaja itu kelihatan seperti tidak bersekolah dan bermasalah. Mereka ini sering berada di taman tasik ini bermula selepas waktu solat Isya sehingga pagi.
“Saya sendiri pernah tegur mereka, tetapi bila ditegur mereka lari. Selepas lihat tiada orang di sini mereka kembali berkumpul sehingga pagi,” katanya.
Kebimbangan penduduk setempat mengenai keadaan di Taman Tasik Datuk Keramat berkenaan semakin ketara rentetan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi 15 September lepas.
Susulan siasatan pihak polis ke atas tragedi itu, tujuh remaja berusia antara 11 tahun hingga 18 tahun yang tinggal di sekitar pusat tahfiz telah ditahan di bawah Seksyen 302 kerana membunuh dan Seksyen 435 sebab khianat menggunakan api.
Enam daripada suspek berkenaan didapati positif dadah. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-tragedi-tahfiz-penduduk-gesa-pihak-berkuasa-tingkat-pemantauan-1.527923#ixzz4t5VydrX8
© Utusan Melayu (M) Bhd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Friday, June 2, 2017
3777) Jakim tiada kaedah bezakan produk pemilik Islam, kafir - Ismaweb - 1/6/2017

PUTRAJAYA, 6 Ramadan 1438H, Khamis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengakui sukar menyediakan sistem baharu bagi membezakan produk keluaran orang Islam dengan orang kafir. Sebaliknya, Jakim hanya boleh meminta syarikat pengeluar produk berkaitan supaya memilih lambang yang sesuai bagi mengelak kekeliruan, manakala pengguna pula dinasihatkan hanya membeli produk yang mempunyai sijil Halal Jakim atau yang diiktirafnya. Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, memang sesuatu yang sukar untuk Jakim menyediakan sistem membezakan kedua-dua produk itu. “Syarat kita adalah apabila industri memenuhi kriteria untuk pensijilan halal, maka kita akan luluskan. Dari segi penggunaan bentuk-bentuk logo, kita telah menasihati industri-industri untuk memilih lambang atau logo yang sesuai dan tidak mengelirukan,” katanya kepada media selepas hadir pada Mesyuarat Majlis Halal Malaysia Bil.2/2017 di Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini. Beliau juga mengakui Jakim tidak mempunyai peruntukan undang-undang yang membolehkan pihaknya mengambil tindakan terhadap pengeluar produk yang mempunyai lambang atau logo mengelirukan. Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Jakim mengkaji dan mewujudkan satu kaedah untuk membezakan sesuatu produk itu adalah keluaran muslim dan bukan muslim. Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, PPIM mendapati puluhan produk yang menggunakan nama Melayu dan melambangkan Islam adalah milik pengeluar bukan muslim. Ini berikutan PPIM menerima banyak pertanyaan daripada pengguna yang keliru dengan status sesuatu produk yang menggunakan nama Melayu atau lambang berkaitan Islam.
http://www.ismaweb.net/2017/06/jakim-tiada-kaedah-bezakan-produk-pemilik-islam-kafir/
Thursday, June 1, 2017
3773) Produk nama Melayu, Islam tapi pengeluar bukan muslim - Ismaweb - 1/6/2017

KUALA LUMPUR, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Jakim mengkaji dan mewujudkan satu kaedah untuk membezakan sesuatu produk itu adalah keluaran muslim dan bukan muslim. Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, PPIM mendapati puluhan produk yang menggunakan nama Melayu dan melambangkan Islam adalah milik pengeluar bukan muslim. Ini berikutan PPIM menerima banyak pertanyaan daripada pengguna yang keliru dengan status sesuatu produk yang menggunakan nama Melayu atau lambang berkaitan Islam. “Ada sesetengah pengguna Islam yang hendak mengetahui mengenai siapa pengeluar sesuatu produk untuk mereka membuat keputusan sama ada mahu beli atau tidak,” katanya. Nadzim juga menggesa agar pengeluar produk mematuhi Akta Perihal Dagangan supaya produk itu tidak mengelirukan pengguna. “Mengikut Akta Perihal Dagangan dalam isu perbahasaan halal, produk-produk ini seharusnya tidak menjurus kepada membayangkan sesuatu produk itu seperti penggunaan lambang masjid, kopiah, kain pelikat, songkok contohnya yang memberi maksud produk itu halal,” katanya lagi. Sehubungan itu, PPIM akan merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mendapatkan maklumat mengenai pemilikan sesuatu produk yang didapati mengelirukan pengguna Islam. PPIM juga menegaskan bahawa isu ini bukan tentang halal haram atau penipuan, tetapi untuk mengetahui status sebenar pengeluar mengenai sesuatu produk dan menjawab kekeliruan pengguna. “Sebagai contoh, ramai beranggapan produk Safi adalah produk keluaran muslim, tetapi ia adalah keluaran Unza. “Contoh lain seperti sos tiram Adabi, pengeluarnya adalah Sri Nona. Jadi kita hanya mahu menjelaskan kekeliruan pada pengguna, dia nak beli atau tak beli, tiada masalah,” katanya.
http://www.ismaweb.net/2017/05/produk-nama-melayu-islam-tapi-pengeluar-bukan-muslim/
Wednesday, May 31, 2017
3768) Jenama Islam belum tentu produk muslim, kata PPIM - Malaysia Gazette - 31/5/2017
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mencari mekanisme terbaik untuk menyelesaikan kekeliruan dalam kalangan pengguna yang beragama Islam terhadap produk keluaran muslim.
Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam sidang media hari ini menjelaskan terdapat banyak produk keluaran bukan muslim dipasaran yang menggunakan nama dan perlambangan Islamik.
“Ada jenama dan grafik yang menggunakan masjid, songkok malahan tulisan jawi namun produk mereka bukanlah produk muslim.
“Ini bukan isu halal atau perkauman namun pengguna berhak mengetahui status pengeluar produk bagi menjamin tahap halalan toyibban,” ulas Nadzim.
Nadzim memberitahu, isu itu sebenarnya sudah lama menjadi perhatian pihaknya malah menerima banyak aduan orang awam dan ia semakin meningkat sepanjang bulan Ramadan.
Dalam sidang media itu Nadzim mempamerkan sebahagian kecil daripada jenama barangan yang menggunakan ciri-ciri Islamik tetapi bukan produk orang Islam.
Justeru, dalam tempoh terdekat, PPIM akan merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan maklumat itu akan disebarkan kepada pengguna bagi menyelesaikan kekeliruan.
Nadzim memberitahu, PPIM juga sudah meminta kerjasama Jabatan Kemajuan Islam namun sehingga kini belum mendapat maklum balas.
Mekanisme lain yang mungkin akan dicadangkan PPIM adalah penggunaan label terhadap produk sedemikian dalam pasaran.- MalaysiaGazette
http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/05/30/jenama-islam-belum-tentu-produk-muslim-kata-ppim/
http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/05/30/jenama-islam-belum-tentu-produk-muslim-kata-ppim/
3767) PPIM gesa pihak berkuasa kaji semula logo halal syarikat bukan Islam - Semberono - 31/5/2017
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan disaran mengkaji semula mekanisma pemakaian logo halal dan penjenamaan produk oleh syarikat bukan Islam.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan agar kaji selidik tersebut turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan untuk tindakan lebih berkesan.
Menurut Pengerusi PPIM Datuk Nadzim Johan, terdapat berpuluh-puluh produk keluaran syarikat bukan Islam yang menggunakan penjenamaan produk Islam hingga mengelirukan pengguna.
Antaranya, penggunaan lambang masjid, bulan sabit dan huruf jawi pada logo dan jenama produk.
http://www.semberono.com/2017/05/ppim-gesa-pihak-berkuasa-kaji-semula-logo-halal-syarikat-bukan-islam/
http://www.semberono.com/2017/05/ppim-gesa-pihak-berkuasa-kaji-semula-logo-halal-syarikat-bukan-islam/
3766) PPIM gesa pihak berkuasa kaji semula logo halal syarikat bukan Islam - 1Malaysia.Biz - 31/5/2017
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan disaran mengkaji semula mekanisma pemakaian logo halal dan penjenamaan produk oleh syarikat bukan Islam.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan agar kaji selidik tersebut turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan untuk tindakan lebih berkesan.
Menurut Pengerusi PPIM Datuk Nadzim Johan, terdapat berpuluh-puluh produk keluaran syarikat bukan Islam yang menggunakan penjenamaan produk Islam hingga mengelirukan pengguna.
Antaranya, penggunaan lambang masjid, bulan sabit dan huruf jawi pada logo dan jenama produk.
http://www.1malaysia.biz/blog/ppim-gesa-pihak-berkuasa-kaji-semula-logo-halal-syarikat-bukan-islam/
http://www.1malaysia.biz/blog/ppim-gesa-pihak-berkuasa-kaji-semula-logo-halal-syarikat-bukan-islam/
3765) WASPADA PRODUK KELIRUKAN UMAT ISLAM-PPIM - WATAN ONLINE - 31/5/2017
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mencari mekanisme terbaik untuk menyelesaikan kekeliruan dalam kalangan pengguna yang beragama Islam terhadap produk keluaran muslim.
Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam sidang media menjelaskan terdapat banyak produk keluaran bukan muslim dipasaran yang menggunakan nama dan perlambangan Islamik.
“Ada jenama dan grafik yang menggunakan masjid, songkok malahan tulisan jawi namun produk mereka bukanlah produk muslim.
“Ini bukan isu halal atau perkauman namun pengguna berhak mengetahui status pengeluar produk bagi menjamin tahap halalan toyibban,” katanya di Kuala Lumpur, pada Selasa.
Nadzim memberitahu, isu itu sebenarnya sudah lama menjadi perhatian pihaknya malah menerima banyak aduan orang awam dan ia semakin meningkat sepanjang bulan Ramadan.
Dalam sidang media itu Nadzim mempamerkan sebahagian kecil daripada jenama barangan yang menggunakan ciri-ciri Islamik tetapi bukan produk orang Islam.
Justeru, dalam tempoh terdekat, PPIM akan merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan maklumat itu akan disebarkan kepada pengguna bagi menyelesaikan kekeliruan.
Nadzim memberitahu, PPIM juga sudah meminta kerjasama Jabatan Kemajuan Islam namun sehingga kini belum mendapat maklum balas.
Mekanisme lain yang mungkin akan dicadangkan PPIM adalah penggunaan label terhadap produk sedemikian dalam pasaran.
http://watan-online.com/waspada-produk-kelirukan-umat-islam-ppim/
http://watan-online.com/waspada-produk-kelirukan-umat-islam-ppim/
3764) Kekeliruan Status Pemilikan Produk Muslim Meningkat – PPIM - Malaysia Aktif - 31/5/2017
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Malaysiaaktif) – Aduan pengguna kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkenaan kekeliruan status pemilikan produk kian meningkat dari hari ke hari.
Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, terdapat produk berunsur Islam oleh peniaga bukan Islam yang mendatangkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.
“PPIM mengambil pendekatan membantu pengguna dalam memberi penjelasan mengenai pemilikan produk.
“PPIM juga akan melakukan semakan dengan pihak Suruhanjya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mengenalpasti pemilik produk yang berasaskan Islam,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Katanya, maklumat status pemilikan sesuatu produk ini akan disampaikan kepada pengguna agar dapat membuat pilihan dalam membeli produk di pasaran.
“Pengguna Islam hari ini amat perihatin dengan apa yang mereka makan. Amat sukar untuk mengetahui status pemilikan produk kerana tiada sebarang indikasi pada produk yang menjelaskan status tersebut.”
“Perkara ini mengelirukan pengguna dan salah di bawah Akta Perihal Dagangan,” katanya.
Nadzim berharap pihak pengeluar tidak mengeluarkan produk yang mengelirukan pengguna. “Antara produk yang dikenalpasti pemilikannya bukan Islam adalah seperti Kopi Cap Masjid, Ubat Gigi Najwa, Safi, Adabi dan banyak lagi,” katanya lagi. Jelas Nadzim, pengguna boleh membuat pilihan sama ada ingin membeli produk tersebut atau sebaliknya setelah mengetahui pemiliknya. Tambahnya, ini bukanlah isu rasis sebaliknya berbalik kepada prinsip agama yang tidak melarang umat Islam untuk berurusniaga dengan bukan Islam, tetapi mendapatkan produk yang halal adalah dituntut. Sebelum ini, PPIM pernah membuat permohonan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya mengkelaskan logo halal bagi membezakan produk milik Islam atau sebaliknya, namun belum mendapat sebarang maklum balas berkaitan. http://malaysiaaktif.my/malaysiaaktif2/?p=34466
Nadzim berharap pihak pengeluar tidak mengeluarkan produk yang mengelirukan pengguna. “Antara produk yang dikenalpasti pemilikannya bukan Islam adalah seperti Kopi Cap Masjid, Ubat Gigi Najwa, Safi, Adabi dan banyak lagi,” katanya lagi. Jelas Nadzim, pengguna boleh membuat pilihan sama ada ingin membeli produk tersebut atau sebaliknya setelah mengetahui pemiliknya. Tambahnya, ini bukanlah isu rasis sebaliknya berbalik kepada prinsip agama yang tidak melarang umat Islam untuk berurusniaga dengan bukan Islam, tetapi mendapatkan produk yang halal adalah dituntut. Sebelum ini, PPIM pernah membuat permohonan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya mengkelaskan logo halal bagi membezakan produk milik Islam atau sebaliknya, namun belum mendapat sebarang maklum balas berkaitan. http://malaysiaaktif.my/malaysiaaktif2/?p=34466
3763) PPIM gesa pihak berkuasa kaji semula logo halal syarikat bukan Islam - Astro Awani - 31/5/2017
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan agar kaji selidik tersebut turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan untuk tindakan lebih berkesan.
Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, terdapat berpuluh-puluh senarai produk dari syarikat bukan Islam yang telah menggunakan penjenamaan produk Islam hingga mengelirukan pengguna.
Antaranya penggunaan lambang masjid, bulan sabit dan penggunaan huruf jawi.
"Jadi isunya di sini adalah ketidakpuasan hati pengguna Islam khususnya yang mahukan produk halal yang dikeluarkan sendiri syarikat Islam.
"Ini bukan isu halal atau haram sebab logo halal sudah dikeluarkan Jakim," katanya dalam sidang media yang dianjurkan PPIM di Kuala Lumpur pada Selasa.
Menurut Nadzim, soal halal, haram atau rasis tidak sama sekali cuba dibangkitkan PPIM.
Namun ia menjurus kepada keperluan tuntutan dalam Islam yang menyarankan umat Islam agar mencari perkara yang halal lagi baik atau 'halalan toyyiban'.
"Kita terima berpuluh-puluh aduan terhadap berpuluh-puluh produk yang dijenamakan Islam tetapi bukan dihasilkan syarikat atau pengilang Islam.
"Jadi kita mengharapkan kerjasama pihak berwajib agar memahami kehendak masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini terutama yang melibatkan makanan." katanya.
Tambahnya antara produk-produk yang diadukan kepada PPIM adalah berkenaan produk yang mereka sangkakan ianya keluaran syarikat Islam berdasarkan nama syarikat dan nama produk yang bercirikan Islam.
"Kita harap perkara ini diambil berat kerana ia melibatkan kepercayaan beragama dan tidak hanya bermotifkan kepentingan pemasaran produk semata-mata dan mengenepikan sensitiviti," katanya.
"Ada yang guna lambang masjid tetapi pengilangnya adalah syarikat bukan Islam.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ppim-gesa-pihak-berkuasa-kaji-semula-logo-halal-syarikat-bukan-islam-144412
3762) JAKIM dan KPDNKK perlu baiki mekanisme penjenamaan - PPIM - Astro Awani - 31/5/2017
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan disaran mengkaji semula mekanisma pemakaian logo halal dan penjenamaan produk syarikat bukan Islam.
https://www.youtube.com/watch?v=e8YvMqY4Mos
3761) Logo halal JAKIM perlu ada dua warna - PPIM - Astro Awani - 31/5/2017
Menurut Ahli Jawatan Kuasa PPIM Zharif Johor, JAKIM telah diberi maklum berhubung isu kekeliruan itu namun masih belum ada tindakan yang diambil.
https://www.youtube.com/watch?v=z_uJc8-5Hr8
3760) JELAS SIAPA PEMILIK SYARIKAT PENGELUAR HAPUS KERAGUAN PENGGUNA ISLAM - BERITA RTM - 31/5/2017
Satu mekanisme bagi memastikan pengguna Islam tahu siapa pemilik syarikat pengeluar sesuatu produk menggunakan jenama berunsur Islam perlu diwujudkan, bagi mengelak timbul keraguan. Itu saranan Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan KPDNKK.
https://www.youtube.com/watch?v=F3g_9VfDLiw
3759) Salah guna nama Islam untuk lariskan produk - Utusan Online - 31/5/2017
KUALA LUMPUR 30 Mei - Lebih 40 aduan diterima oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai produk dan jenama yang menggunakan nama Melayu atau Islam untuk melariskan barangan mereka.
Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kebanyakan istilah yang digunakan itu membawa kekeliruan kepada pengguna kerana status jenama produk berkenaan diragui.
Berikutan itu, beliau menggesa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK) untuk mencari kaedah baharu dalam menangani isu tersebut.
“Mungkin pihak yang bertanggungjawab boleh mengeluarkan arahan kepada pengeluar produk menggunakan pengkelasan atau label untuk spesifikasikan produk sama ada ia dikeluarkan oleh syarikat Muslim atau tidak.
“Jadi, jika status produk tersebut sudah diketahui, ia terpulang kepada pengguna pula sama ada untuk membeli barangan tersebut atau tidak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, menurut Nadzim, penggunaan jenama produk tersebut juga tidak sejajar dengan aspek perbahasaan halal yang tertakluk pada Akta Perihal Dagangan.
“Dalam aspek ini, jenama produk seharusnya tidak menjurus kepada membayangkan bahawa produk itu halal.
“Status jenama produk seharusnya diperjelaskan supaya tidak memberi maksud yang tidak benar,” ujarnya.
Sehubungan itu, PPIM juga akan membuat semakan dengan SSM untuk memberi maklumat yang benar mengenai produk yang menimbulkan kekeliruan kepada para pengguna.
“Sesetengah pengguna Islam amat prihatin terhadap apa yang mereka makan.
“Jadi, sebarang aduan yang diterima mengenai kekeliruan status produk atau jenama akan terus dirujuk kepada SSM untuk semakan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/salah-guna-nama-islam-untuk-lariskan-produk-1.487646#ixzz4idauWz99
© Utusan Melayu (M) Bhd
© Utusan Melayu (M) Bhd
3758) Kaji, selidik jenama mengelirukan - Metro Online - 31/5/2017
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan memulakan kajian dan penyelidikan ke atas kewujudan puluhan produk yang menggunakan jenama mengelirukan pengguna di negara ini.
Ketua Aktivisnya Datuk Nazim Johan berkata, ia susulan pelbagai aduan daripada pengguna yang keliru dengan jenama melambangkan Islam tanpa mengetahui siapa pengeluar sebenar.
Katanya, lambang seperti masjid, songkok dan penggunaan huruf jawi pada produk bertujuan menarik minat pembeli khususnya orang Islam.
"Apa yang dipamerkan pada produk melambangkan Islam, tetapi ada produk dikeluarkan syarikat bukan Islam pun.
"Bukan soal rasis di sini, tetapi jangan sampai masyarakat keliru. Kalau nak beli, teruskan, tak ada masalah, tetapi di PPIM, kita terima banyak aduan berkaitan jenama berkenaan," katanya pada sidang media hari ini.
http://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/05/233525/kaji-selidik-jenama-mengelirukan-metrotv
3757) PENGGUNA KELIRU STATUS PRODUK - SINAR HARIAN - 31/5/2017

PPIM cadang pengkelasan pemilik produk untuk beza keluaran Muslim dengan bukan Islam Kuala Lumpur - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkann agar satu kaedah pengkelasan pemilikan dibuat bagi membezakan produk keluaran syarikat Islam dengan bukan keluaran Islam. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ia berikutan kekeliruan timbul dalam kalangan pengguna Islam dan menganggap produk menggunakan nama Islamik dan Melayu ini dikeluarkan pengeluar Muslim. "Adalah sukar bagi pengguna Islam untuk mengetahui status pemilikan produk kerana tiada sebarang indikasi pada produk yang menjelaskan status tersebut. Perkara ini mengelirukan pengguna dan salah dibawah Akta Perihal Dagangan 2011. "Malah ramai pengguna Islam membeli dan menyokong produk tersebut kerana menyangka ia keluaran muslim dan akhirnya rasa ditipu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PPIM, semalam. Katanya, produk yang dikeluarkan tidak sepatutnya mengelirukan atau memberi maksud yang yang tidak benar seterusnya membayangkan produk tersebut adalah halal seperti menggunakan gambar masjid atau tulisan jawi pada pembungkusan. "Dari siasatan yang telah kami lakukan, terdapat banyak produk di pasaran yang menggunakan nama Islamik pada pembungkusan mereka. "Ini menyebabkan pengguna jadi keliru sekali gus menyebabkan mereka marah dan membuat laporan kepada kami," katanya. PPIM katanya akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan bagi memperbetulkan fahaman kepada pengguna. "Kita juga akan keluarkan senarai penuh produk berserta pemiliknya untuk maklumat pengguna. Ini bukanlah isu rasis sebaliknya berbalik kepada prinsip agama dan ketulusan," katanya. Katanya, pengguna berhak membuat pilihan dan tidak salah untuk memilih produk tersebut. "Soal halal atau haram produk itu isu nombor dua. Bagaimanapun, ada juga produk menggunakan nama Islamik ini menggunakan cop halal yang diragui," katanya.
3756) EKSPLOITASI NAMA, ISTILAH ISLAM - UTUSAN MALAYSIA - 31/5/2017

KUALA LUMPUR 30 Mei - Puluhan syarikat bukan Islam dipercayai mengeksploitasi nama dan istilah agama Islam untuk tujuan pemasaran sekali gus menjadi jalan pintas dalam melariskan produk jualan di negara ini. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut yang disedari apabila menerima pelbagai aduan daripada orang ramai yang sangsi dengan penggunaan nama seperti ‘Masjid’, ‘Najwa’ dan ‘Songkok’, sama ada pengeluar produk-produk tersebut adalah orang Islam atau tidak. “Dalam beribu-ribu produk di pasaran yang menggunakan pelbagai nama dan logo, kita tidak boleh bezakan yang mana adalah produk keluaran orang Islam dan yang mana bukan kerana orang bukan Islam juga menggunakan nama dan istilah Islam. “Perkara ini memang tidak salah tetapi bagi kami ini boleh mengelirukan pengguna yang mementingkan dari mana datangnya produk itu, sama ada mereka membeli daripada orang Islam atau tidak dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar berkaitan produk bukan Islam yang menggunakan nama Islam untuk melariskan produk di sini hari ini. Yang turut hadir, Panel Penasihat PPIM, Dr. Abdul Kadir. Tambah Nadzim, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) boleh bekerjasama untuk mewajibkan setiap barangan di pasar raya dilabelkan sama ada dikeluarkan oleh orang Islam atau bukan. “Di negara membangun, sekecil-kecil pengkelasan pun akan dilabelkan pada produk jadi kita juga perlu menuju kepada pertambahan mutu pengkelasan bagi memastikan tiada kekeliruan atau syak wasangka kepada pengguna. “Pengguna mempunyai hak untuk mengetahui produk apa yang mereka mahu beli dan daripada siapa mereka ingin membeli,” katanya. Menurut Nadzim, orang ramai boleh merujuk kepada PPIM sekiranya terdapat keraguan terhadap mana-mana produk yang menggunakan istilah dan nama Islam. “Kita akan cuba bantu pengguna untuk memeriksa milik siapa syarikat pengeluaran produk tersebut dengan SSM. “Mungkin syarikat bukan Islam tersebut sudah mendapat kelulusan halal daripada Jakim, tetapi apa yang kita ingin tekankan di sini adalah supaya nama dan Istilah Islam itu tidak dieksploitasi sebagai strategi pemasaran orang bukan Islam demi mengaut keuntungan tanpa memikirkan keraguan pengguna,” katanya. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/eksploitasi-nama-istilah-islam-1.487774
Tuesday, May 30, 2017
3754) PENGGUNA KELIRU, STATUS JENAMA PRODUK DIRAGUI - 30/5/2017
Kebelakangan ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sering menerima pertanyaan berkenaan status pemilikan sesuatu produk. Sama ada ianya milik Muslim atau sebaliknya. Ini bukanlah isu rasis sebaliknya berbalik kepada prinsip agama. Umat Islam tidak dilarang untuk berurusniaga dengan bukan Muslim tetapi mendapatkan produk yang halal lagi baik (Halalan Toyibban) adalah dituntut. Mengulas perkara ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan (toqqi) berkata pihaknya banyak menerima aduan daripada pengguna berkenaan pengeluaran sesuatu produk yang mengelirukan pembeli. Tambahannya lagi, aduan yang diterima makin meningkat sejak bulan Ramadhan ini.
“Terdapat banyak produk yang dipasarkan menggunakan nama Islam ataupun nama Melayu, tetapi benarkah ia sebenarnya keluaran daripada pengeluar Muslim?” Beliau mempersoalkan hal tersebut.
Lebih mengejutkan bahawa terdapat diantara produk yang diragui itu, adalah produk yang dikenali oleh orang ramai dan rata-rata menggunakan produk tersebut dalam kehidupan seharian.
“Kita akan membuat rujukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai produk-produk ini. Kita mahu jelaskan kepada para pengguna di luar sana supaya lebih berhati-hati di dalam membeli sesuatu produk” Ujar Hj Muhammad Zharif Johor, Aktivis PPIM.
Beliau menambah bahawa PPIM sebelum ini sudah mengajukan perkara ini kepada Jakim mengenai produk yang meragukan ini.
“Perbezaan sesuatu produk yang diragui itu adalah melalui jenama dan syarikat misalnya jenama itu dari syarikat lain tetapi penghasilannya dari syarikat lain” Tambah beliau lagi.
Turut hadir bersama iaitu Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed, Penasihat PPIM. “Pengguna diluar sana beli sesuatu produk bukan sebab dari mana ia dikeluarkan tetapi pada jenama.” Kata beliau. Beliau menambah lagi, pengguna harus lah peka akan halal sesuatu produk tersebut.
Toqqi menerangkan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengenai perkara ini dan beliau menerangkan bahawa kemungkinan selepas ini boleh mewujudkan logo atau label khas bagi membuktikan sama ada produk itu keluaran Muslim ataupun tidak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(287)
-
▼
July
(29)
- AKTIVITI | MAJLIS PERASMIAN PONDOK POLIS TRX - PPI...
- AKTIVITI | SESI LIBAT URUS KEMENTERIAN PERTANIAN D...
- AKTIVITI | MESYUARAT SEKRETARIAT PROGRAM ANTI-SCAM...
- AKTIVITI | MAJLIS MEEM KENDURIAN - PPIM - 18/07/2026
- AKTIVITI | SESI PERKONGSIAN ILMU METAFIK DAN RAWAT...
- AKTIVITI | KURSUS SUKARELAWAN TASKFORCE GABUNGAN N...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-61: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- YB TEMERLOH & PROF RIDHUAN TEE: KENAPA SEKOLAH WAW...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN TOQQI BERSAMA DATUK SERI TAZ...
- PPIM TERIMA SUMBANGAN BUKU “THE SILENT ROAR: A COV...
- AKTIVITI | MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA PEMBUKAAN KED...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE JABATAN BOMBA KUALA LUMPU...
- PODCAST PPIM | ISU-ISU RAKYAT YANG PERLU TINDAKAN ...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE JABATAN BOMBA ...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA TUAN JOHARI SKIM GRE...
- AKTIVITI | PERBINCANGAN STRATEGIK PPIM BERSAMA JAB...
- AKTIVITI | PERTEMUAN BERSAMA DATUK SERI JOHARI ABD...
- PELBAGAI PIHAK DIGESA BANTU DUA BERADIK PENIAGA CE...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA DUA BERADIK PENIAGA ...
- AKTIVITI | SIDANG MEJA BULAT NGO GERAK MERDEKA - P...
- BUDI DIESEL EXPECTED TO REDUCE LEAKAGES, ENSURE TA...
- BUDI DIESEL EXPECTED TO REDUCE LEAKAGES, ENSURE TA...
- BUDI DIESEL BERHARGA RM2.10 SELITER KURANGKAN KETI...
- BUDI DIESEL MINIMUMKAN KETIRISAN, PASTIKAN AGIHAN ...
- KAJI SEMULA PENDEKATAN TANGANI JENAYAH ELAK HUKUMA...
- TERTIPU URUSAN JUAL BELI TANAH, MERANA TANGGUNG RU...
- MANGSA PENIPUAN HARTANAH TUNTUT KEADILAN - UTUSAN ...
- ISU KELDAI AKAUN: PPIM GESA KAJI SEMULA PENDEKATAN...
- CUKUP-CUKUP MEMANGSAKAN MANGSA!!! RAKYAT KECEWA ME...
-
▼
July
(29)








