Thursday, June 1, 2017

3773) Produk nama Melayu, Islam tapi pengeluar bukan muslim - Ismaweb - 1/6/2017

                          Snapshot(3)
  KUALA LUMPUR, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Jakim mengkaji dan mewujudkan satu kaedah untuk membezakan sesuatu produk itu adalah keluaran muslim dan bukan muslim. Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, PPIM mendapati puluhan produk yang menggunakan nama Melayu dan melambangkan Islam adalah milik pengeluar bukan muslim. Ini berikutan PPIM menerima banyak pertanyaan daripada pengguna yang keliru dengan status sesuatu produk yang menggunakan nama Melayu atau lambang berkaitan Islam. “Ada sesetengah pengguna Islam yang hendak mengetahui mengenai siapa pengeluar sesuatu produk untuk mereka membuat keputusan sama ada mahu beli atau tidak,” katanya. Nadzim juga menggesa agar pengeluar produk mematuhi Akta Perihal Dagangan supaya produk itu tidak mengelirukan pengguna. “Mengikut Akta Perihal Dagangan dalam isu perbahasaan halal, produk-produk ini seharusnya tidak menjurus kepada membayangkan sesuatu produk itu seperti penggunaan lambang masjid, kopiah, kain pelikat, songkok contohnya yang memberi maksud produk itu halal,” katanya lagi. Sehubungan itu, PPIM akan merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mendapatkan maklumat mengenai pemilikan sesuatu produk yang didapati mengelirukan pengguna Islam. PPIM juga menegaskan bahawa isu ini bukan tentang halal haram atau penipuan, tetapi untuk mengetahui status sebenar pengeluar mengenai sesuatu produk dan menjawab kekeliruan pengguna. “Sebagai contoh, ramai beranggapan produk Safi adalah produk keluaran muslim, tetapi ia adalah keluaran Unza. “Contoh lain seperti sos tiram Adabi, pengeluarnya adalah Sri Nona. Jadi kita hanya mahu menjelaskan kekeliruan pada pengguna, dia nak beli atau tak beli, tiada masalah,” katanya.

 http://www.ismaweb.net/2017/05/produk-nama-melayu-islam-tapi-pengeluar-bukan-muslim/

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...