Tuesday, June 20, 2017

3822) SYARIKAT HARTANAH PENIPU, RM9 JUTA LESAP - PPIM - 20/6/2017

Hasrat seramai 150 orang yang ingin memiliki lot tanah sendiri dengan membelinya daripada Syarikat Hartanah Masgenuine, Darul Hebat Holdings Sdn Bhd dan Pavillion Commitment Sdn Bhd. Malangnya bagi mereka, bayaran telah dibuat tetapi tanah tidak dapat pada pembeli. Hal ini telah menghancurkan semua harapan pembeli termasuk menanggung kerugian yang dianggarkan melebihi RM9 juta keseluruhan.
WhatsApp Image 2017-06-20 at 17.11.53 (1)
Mengulas perkara ini, Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi berkata pihaknya telah menerima sejumlah aduan besar mengenai penipuan syarikat hartanah ini yang dilakukan oleh seorang ahli perniagaan bernama Dato Nor Hasnal Hashimi. Penipuan yang dirancang ini turut dibantu oleh seorang rakan perniagaannya yang juga merupakan seorang Dato dan suami kepada seorang selebriti terkenal di tanah air kita.
“Semalam, mereka daripada syarikat Masgenuine telah menghantar kepada kami surat lawyer untuk kami memberhentikan sidang media dan menyatakan mereka sanggup untuk membayar kerugian yang dialami. Persoalannya kenapa baru sekarang nak membayar kerugian kenapa tidak pada 2011 lagi,” tegas beliau.
WhatsApp Image 2017-06-20 at 17.11.53
Tambahannya lagi, pihak yang tidak bertanggunjawab ini baru hendak merasa takut dan gentar apabila nama mereka ini bakal disiarkan di media dan khalayak umum.
“Pemilik syarikat tersebut telah memberikan alasan kepada pihak kami bahawa syarikat beliau sudah digulingkan, seolah-olah tidak bersalah dan melepaskan tangan bergitu sahaja,” ujar beliau.
“Mula-mula kami ke office beliau, dia menunjukkan kami pelan tanah tersbut dan turut membawa kami ke tapak projek yang terletak di Gombak dan Hulu Langat bagi menguatkan pemikiran kami untuk membeli lot tanah tersebut,” kata Muhd syukri,37. Beliau menambah segala dokumen-dokumen mengenai tanah tersebut tidak ditunjukkan kepada pembeli.
Turut sama hadir pada sidang media ini seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Sabri Othman,72. Beliau yang mengalami nasib yang sama seperti 150 pembeli lain hanya mampu mengeluh akan nasib yang ditimpanya.
“Saya membeli dua lot tanah yang bernilai RM 72 ribu dengan menggunakan duit simpanan KWSP saya.
“Saya bercadang untuk memberi tanah tersebut kepada anak-anak saya untuk membina rumah tetapi jadi sebegini,” keluhan beliau
WhatsApp Image 2017-06-20 at 17.12.35Yusuf turut menjelaskan bahawa pihaknya ada menyiasat berkenaan perkara ini dan mendapati Dato tersebut telah membuka sebuah syarikat baharu tetapi menggunakan nama orang lain.
“Kami akan mengumpul kesemua mangsa yang terlibat dan akan membuat laporan beramai-ramai di commission crime dan berharap tindakan dapat diambil bagi membantu mereka yang teraniyai ini seterusnya akan memaklumkan kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) mengenai perkara ini,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa pihaknya sedia untuk membuat rundingan dengan pihak Syarikat Hartanah Masgenuine mengenai perkara ini

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...