Saturday, June 10, 2017

3802) Tak terima laporan rasmi - Metro Online - 10/6/2017


TIADA laporan rasmi dikemukakan kepada Kementerian Luar atau Jabatan Protokol yang mengendalikan hal ehwal perwakilan asing berhubung dakwaan rakyat Malaysia diganggu secara seksual oleh beberapa diplomat asing.
Menerusi kenyataan Kementerian Luar, pihaknya menerima maklumat berhubung dakwaan gangguan secara seksual itu melalui sumber kedua.
"Justeru, kementerian memandang serius tuduhan gangguan seksual berkenaan terutamanya yang membabitkan kor diplomatik di Malaysia.
"Mana-mana individu menjadi mangsa jenayah oleh mereka yang dilindungi di bawah Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 perlu menggunakan mekanisma sedia ada untuk mengemukakan aduan kepada Kementerian Luar," kata kenyataan itu dikeluarkan di Putrajaya, hari ini.
 Semalam sebuah portal berita melaporkan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan berkaitan gejala gangguan seksual daripada beberapa pengadu wanita tempatan yang bekerja sebagai kakitangan kedutaan.
Selain talian telefon selepas waktu pejabat, individu yang terbabit juga boleh menggunakan saluran emel webmaster@kln.gov.my untuk menyampaikan aduan mereka.
"Kementerian memberi menjamin, walaupun ada kekebalan, namun masih ada jalan penyelesaian yang dapat memelihara kepentingan pengadu.
"Berikutan itu, kementerian akan menyusul tindakan ke atas tuduhan yang serius ini hingga ke penyelesaian," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/06/236524/tak-terima-laporan-rasmi

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...