Thursday, June 1, 2017

3771) PPIM, MHO TAWAR KHIDMAT GUAMAN - UTUSAN MALAYSIA - 1/6/2017

                              utusan malaysia 1.6.2017

KUALA LUMPUR 31 Mei – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan bekerjasama dengan Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) untuk memberi bantuan kepada warga asing di negara ini yang memerlukan khidmat dan nasihat guaman.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi berkata, seramai 25 orang peguam secara sukarela menawarkan diri untuk bersama mereka dalam memastikan warga asing yang mencari rezeki di negara ini tidak dinafikan hak asasi mereka.
“Kadangkala mereka ini tidak tahu prosedur undang-undang menyebabkan mereka ditahan pihak penguat kuasa dan akhirnya tidur di dalam lokap dan didenda.
 “Dengan khidmat profesional yang ada, kami akan memastikan mereka tidak bersalah akan keluar daripada tahanan kecuali bagi warga asing yang membuat jenayah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bagi warga asing yang ingin mendaftar dengan MHO atau mendapat nasihat serta khidmat guaman, boleh menghubungi nombor pejabat 03-40504454 atau hotline 019-9130000 atau 013-2201565
Yusuf berkata, peningkatan jenayah melibatkan warga asing salah satu berpunca daripada tekanan ke atas mereka yang dilakukan oleh pihak tertentu.
Katanya, bantuan yang ditawarkan PPIM dan MHO itu juga mampu mengurangkan masalah sosial yang diwujudkan oleh pendatang asing.
“Niat mereka datang ke sini pada mulanya hanya untuk mencari rezeki tetapi atas tekanan yang diberikan mungkin mereka cenderung untuk melakukan jenayah.
“Kita bukan mahu beri perlindungan kepada mereka seperti penduduk tempatan, tetapi hanya mahu membantu mereka supaya tidak hidup dalam ketakutan ketika mencari rezeki di sini,” katanya.


https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/ppim-mho-tawar-khidmat-guaman-1.488146

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...