Wednesday, June 7, 2017

3783) LEBIH RAMAI BOLEH NIKMATI HARUMANIS - KOSMO - 7/6/2017


                  kosmo 7.6.2017
 Kuala Lumpur - Kejatuhan harga mempelam harumanis sehingga pada paras RM20 sekilogram ketika ini memberi peluang terbaik kepada orang ramai terutama golongan berpendapatan rendah untuk menikmati keenakan buah tersebut. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, sebelum ini, mempelam harumanis dijual pada harga RM40 sekilogram. "Dengan kejatuhan harga buah itu, saya rasa lebih ramai orang yang akan mampu untuk menikmati keenakan mempelam tersebut," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Kosmo! semalam melaporkan harumanis mengalami kejatuhan harga sehingga 50 peratus ekoran permintaannya menurun sepanjang Ramdahan sedangkan pengeluarannya meningkat berbanding tahun lepas. Fenomena tersebut mengakibatkan adapeniaga yang menjualnya pada harga RM20 sekilogram meskipun harga lantai yang ditetapkan pihak berwajib adalah pada RM26 sekilogram.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...