Friday, June 2, 2017

3776) Kunjungan hormat Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ke Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - 2/6/2017



2 Jun 2017 – Satu perjumpaan telah diadakan diantara Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan dengan Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hj. Zainal Abidin Jaffar. Perjumpaan yang dibuat adalah bertujuan untuk membincangkan kerjasama dan aktiviti yang akan dilakukan bersama Jakim dan akan diturut serta oleh badan lain seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) Kerjasama ini akan lebih menjurus kepada aktiviti seperti program bantuan sosial dan kemasyarakatan kepada golongan yang kurang bernasib baik, terpinggir serta projek anak angkat. Tambahan lagi, pihak PPIM akan menyediakan satu kertas kerja atau cadangan bentuk dan kerjasama yang akan dilakukan antara dua pihak ini. PPIM turut membincangkan masalah isu-isu sosial yang berbangkit di negara kita. Turut hadir bersama di dalam perbincangan tersebut ialah Dr. Abdul Kadir Warsi Mohamed, Penasihat PPIM.

                                  WhatsApp Image 2017-06-02 at 12.15.13

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...