Showing posts with label YAPEIM. Show all posts
Showing posts with label YAPEIM. Show all posts

Saturday, April 16, 2022

AKTIVITI | MAJLIS SUMBANGAN BINGKISAN AIDILFITRI KEPADA BEKAS ATLET KEBANGSAAN - PPIM - 16/04/2022

 Alhamdulillah!

Telah berlangsungnya Majlis Sumbangan Bingkisan Aidilfitri Kepada Bekas Atlet Kebangsaan anjuran PPIM & YaPEIM kira-kira jam 11 pagi tadi.Turut hadir Toqqi, Ketua Aktivis PPIM, YBhg. Dato Mohd Redza Shah, Pengerusi YaPEIM, dan YBhg. Dato Hj Noorul Ariffin bagi memberikan sumbangan kepada seramai 25 orang bekas atlet kebangsaan yang hadir di Wisma Perkeso, Kuala Lumpur.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada para bekas atlet kebangsaan yang telah mengharumkan nama negara. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak mampu meringkan beban & membawa keceriaan kepada mereka.

Tuesday, January 12, 2021

5280) AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA PENGERUSI YAPEIM - PPIM - 12/01/2021

Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Dato' Hj. Mohd Redza Shah Abdul Wahid di pejabat YaPEIM, Petaling Jaya. 

Tuesday, October 20, 2020

5999) AKTIVITI | LAWATAN OLEH PENGERUSI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAPEIM KE MALAKAT MALL CYBERJAYA - PPIM - 20/10/2020

Lawatan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Dato' Hj Mohd Reza Shah Abdul Wahid ke Malakat Mall Cyberjaya. Lawatan diiringi oleh Ketua Aktivis PPIM, nadzim johan@toqqi.






Friday, June 2, 2017

3776) Kunjungan hormat Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ke Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - 2/6/2017



2 Jun 2017 – Satu perjumpaan telah diadakan diantara Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan dengan Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hj. Zainal Abidin Jaffar. Perjumpaan yang dibuat adalah bertujuan untuk membincangkan kerjasama dan aktiviti yang akan dilakukan bersama Jakim dan akan diturut serta oleh badan lain seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) Kerjasama ini akan lebih menjurus kepada aktiviti seperti program bantuan sosial dan kemasyarakatan kepada golongan yang kurang bernasib baik, terpinggir serta projek anak angkat. Tambahan lagi, pihak PPIM akan menyediakan satu kertas kerja atau cadangan bentuk dan kerjasama yang akan dilakukan antara dua pihak ini. PPIM turut membincangkan masalah isu-isu sosial yang berbangkit di negara kita. Turut hadir bersama di dalam perbincangan tersebut ialah Dr. Abdul Kadir Warsi Mohamed, Penasihat PPIM.

                                  WhatsApp Image 2017-06-02 at 12.15.13

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL