Saturday, June 10, 2017

3795) LAPORAN PERUBATAN MASIH BELUM KELUAR - UTUSAN MALAYSIA - 10/6/2017


KUALA LUMPUR 9 Jun – Keluarga Allahyarham Mohd. Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi hari ini meluahkan kekecewaan apabila pihak Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, masih belum mengeluarkan sebarang laporan perubatan berhubung kematian anak mereka.
Ibu mangsa, Feldawani Ahmad, 40, berkata, masih belum ada sebarang khabar berita tentang laporan berkenaan walaupun sudah lebih 40 hari sejak kematian arwah.
Saya sangat terkilan sebab pihak hospital janji dalam masa dua minggu laporan perubatan akan keluar, namun, sejak arwah dimasukkan ke hospital pada 19 April lalu sehingga ke saat ini kami masih belum menerima sebarang panggilan telefon daripada pihak hospital.
“Malah, pihak hospital juga sebelum ini hanya ba­nyak cakap mulut sahaja sejak arwah dimasukkan di wad kecemasan sehingga pembedahan kedua-dua belah kaki dan tangan yang akan dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nazim Johan dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Peneroka Felda Semalaysia, Datuk Seri Adnan Othman.
Akhbar sebelum ini me­laporkan pada 26 April lalu, pelajar madrasah tahfiz swasta, Mohd. Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, 11, meninggal dunia selepas kedua belah kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman.
Arwah Thaqif Amin yang mendakwa disebat dengan paip getah sehingga lebam di kedua-dua belah kakinya oleh pembantu warden di asrama yang merupakan seorang bekas banduan. Malah, difahamkan pembantu warden berkenaan yang dibebaskan dengan jaminan dengan bon Mahkmah Sesyen Kota Tinggi sebanyak RM20,000 diambil semula bekerja di madrasah tahfiz swasta itu sebagai tukang cuci.
https://m.utusan.com.my/berita/nasional/laporan-perubatan-masih-belum-keluar-1.491627

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...