Showing posts with label Zamri Zaimon. Show all posts
Showing posts with label Zamri Zaimon. Show all posts

Saturday, June 10, 2017

3806) Ibu tuntut laporan bedah siasat kedua Thaqif - Malaysia Kini - 10/6/2017

Keluarga Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi hari ini menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia segera mengeluarkan keputusan hasil bedah terhadap bekas pelajar sekolah tahfiz yang meninggal dunia itu.
Ibunya, Felda Wani Ahmad, berkata sehingga kini mereka masih menunggu-nunggu laporan bedah siasat berkenaan.
"Pihak hopital kata laporaan perubatan akan keluar dalam masa 30 hari, tapi arwah dah meninggal lebih 40 hari dan laporan belum ada," kata Felda Wani pada sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Kuala Lumpur sebentar tadi.
 Pada pagi 18 Mei lalu kubur Mohamad Thaqif digali semula selepas mendapat kebenaran mahkamah apabila pakar patologi tidak berpuas hati dengan bukti sedia ada.
Memetik laporan media, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam pada 19 Mei berkata keputusan hasil bedah siasat kedua kanak-kanak berusia 11 tahun itu -khususnya sampel kaki - dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu.
Beliau berkata bedah siasat pertama ke atas pelajar tahfiz yang meninggal dunia 26 April lepas itu telah dilakukan namun punca kematian masih belum diketahui.

 Mengulas lanjut, Felda Wani berkata pihak keluarga amat memerlukan keputusan bedah siasat itu bagi mengetahui punca sebenar kematian anaknya.

"Sekarang kita nak tahu kalau betul anak saya itu sakit, dan kita nak tahu sebab kematian," tegas Felda Wani sambil mengesat air matanya.
Mengapa gali semula
Pelajar Madrasah Tahfiz al-Jauhar (MTAJ) itu dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru selepas dilapor mengalami kecederaan pada bahagian kakinya didakwa dipukul dengan getah paip oleh pembantu wardennya.
Kecederaan tersebut semakin serius apabila melibatkat jangkitan kuman. Kedua-dua kaki Mohamad Thaqif kemudian terpaksa dipotong untuk menyelamatkan nyawanya.
Namun keadaan semakin memburuk sebelum kanak-kanak itu akhirnya menghembus nafas terakhir pada 26 April lalu.
Seorang pembantu warden direman polis untuk membantu siasatan dan dia akhirnya dibebaskan pada 3 Mei lalu.
Pada 18 Mei kubur Mohamad Thaqif digali semula untuk membolehkan sampel baru diambil supaya punca sebenar kematian kanak-kanak itu diketahui.
Menurut Felda Wani, setakat ini keluarga hanya menerima laporan mengenai kes itu secara lisan.
"Sampai sekarang tak dapat apa-apa lagi laporan bertulis, kami nak tahu laporan bertulis.
"Mereka hanya cakap tapi laporan bertulis tidak ada," keluh Felda.
Selain itu, Felda Wani turut mempersoalkan tindakan menggali kubur anaknya dibuat tanpa dimaklumkan terlebih dulu.
"Persoalan yang timbul, kenapa perlu gali? Keluarga tak nak (gali semula) sebab ada sempel.
"Dah sebulan arwah meninggal, kami hanya tahu bila orang kampung dah tunggu di kubur untuk proses menggali," katanya.
Walaupun proses itu mendapat kebenaran mahkamah, kata Felda Wani, keluarga patut dimaklumkan lebih awal.
Sementara itu, Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Hishamuddin Hashim, berkata pihak berwajib perlu mendedahkan keputusan hasil bedah siasat bagi mengelak berlakunya penyelewengan laporan.
"Apa yang kita mahu, laporan perubatan dikeluarkan segera bagi mengatasi pelbagai spekulasi dan ia mungkin boleh menjejaskan imej kementerin.
"Kedua, kita minta supaya laporan yang keluar itu biar telus dan tidak cuba melindungi mana-mana pihak," katanya.
Hishamuddin juga berkata PPIM akan menyediakan peguam pemerhati bagi semua proses pengadilan untuk memastikan hak keluarga dipelihara.

https://m.malaysiakini.com/news/385120

3805) Keluarga Thaqif desak KKM dedah hasil laporan bedah siasat ke-2 - FMT News - 10/6/2017


KUALA LUMPUR: Keluarga Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak hospital mendedahkan keputusan hasil bedah siasat ke-2 ke atas jenazah pelajar tahfiz itu yang dilakukan pada 18 Mei lalu.
 Ibu Thaqif, Felda Wani Ahmad berkata selepas anaknya meninggal dunia pada 26 April sehingga kini tiada laporan penuh punca kematian dimaklumkan kepadanya.
“Sampai sekarang kami belum terima sebarang laporan keputusan bedah siasat, sebenarnya kami masih lagi menunggu laporan perubatan itu. Kita nak tahu kalau betul anak saya sakit, kita nak tahu sebab kematian tapi sampai sekarang tiada apa-apa.
“Masa hari kematian, pihak hospital kata laporan akan dikeluarkan dalam masa sebulan dari tarikh arwah meninggal. Kini sudah lebih 40 hari sehingga kubur digali semula dan dijanjikan 2 minggu untuk tahu keputusan (bedah siasat ke-2), namun tidak ada apa-apa lagi,” katanya semasa sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini.
Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM Hishamuddin Hashim turut mendesak KKM mengeluarkan laporan perubatan dengan kadar segera sekaligus mengelak berlakunya pelbagai spekulasi yang boleh memburukkan nama pihak terlibat.
“Kita minta laporan perubatan dikeluarkan dengan kadar segera bagi mengelak timbul pelbagai spekulasi. Jika spekulasi berterusan kita bimbang ada pihak atau kementerian tertentu akan tergugat.
“Kita juga minta laporan yang dikeluarkan itu telus dan tidak menyembunyikan kesalahan mana-mana pihak,” katanya kepada media sambil menegaskan akan menyediakan khidmat peguam pemerhati sehingga keluarga Thaqif mendapat keadilan sepenuhnya.
Mengulas lanjut, Felda Wani turut mempersoalkan tindakan mahkamah yang tidak memaklumkan kepada keluarganya terlebih dahulu berhubung proses menggali semula kubur Thaqif.
 “Dah sebulan arwah meninggal, kami hanya tahu bila orang kampung dah tunggu di kubur untuk proses menggali.
“Walaupun mahkamah yang arahkan, kenapa mereka tak maklum lebih awal. Kata dah ambil sampel tetapi kenapa kena ambil sekali lagi (gali semula),” kata Felda Wani dalam keadaan sebak.
Pada 19 Mei lalu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Subramaniam berkata laporan bedah siasat ke-2 Thaqif akan diketahui dalam tempoh 2 minggu. Beliau berkata bedah siasat pertama ke atas pelajar tahfiz yang meninggal dunia 26 April lepas itu sudah dijalankan namun punca kematiannya masih belum diketahui.
Thaqif yang dipotong kedua belah kaki hingga paras paha akibat dijangkiti kuman meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail.
Dia dilaporkan mengalami masalah kesihatan, susulan dipukul pembantu warden asrama sekolah tahfiz swastanya.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/06/09/keluarga-thaqif-desak-hasil-laporan-bedah-siasat/

3795) LAPORAN PERUBATAN MASIH BELUM KELUAR - UTUSAN MALAYSIA - 10/6/2017


KUALA LUMPUR 9 Jun – Keluarga Allahyarham Mohd. Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi hari ini meluahkan kekecewaan apabila pihak Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, masih belum mengeluarkan sebarang laporan perubatan berhubung kematian anak mereka.
Ibu mangsa, Feldawani Ahmad, 40, berkata, masih belum ada sebarang khabar berita tentang laporan berkenaan walaupun sudah lebih 40 hari sejak kematian arwah.
Saya sangat terkilan sebab pihak hospital janji dalam masa dua minggu laporan perubatan akan keluar, namun, sejak arwah dimasukkan ke hospital pada 19 April lalu sehingga ke saat ini kami masih belum menerima sebarang panggilan telefon daripada pihak hospital.
“Malah, pihak hospital juga sebelum ini hanya ba­nyak cakap mulut sahaja sejak arwah dimasukkan di wad kecemasan sehingga pembedahan kedua-dua belah kaki dan tangan yang akan dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nazim Johan dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Peneroka Felda Semalaysia, Datuk Seri Adnan Othman.
Akhbar sebelum ini me­laporkan pada 26 April lalu, pelajar madrasah tahfiz swasta, Mohd. Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, 11, meninggal dunia selepas kedua belah kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman.
Arwah Thaqif Amin yang mendakwa disebat dengan paip getah sehingga lebam di kedua-dua belah kakinya oleh pembantu warden di asrama yang merupakan seorang bekas banduan. Malah, difahamkan pembantu warden berkenaan yang dibebaskan dengan jaminan dengan bon Mahkmah Sesyen Kota Tinggi sebanyak RM20,000 diambil semula bekerja di madrasah tahfiz swasta itu sebagai tukang cuci.
https://m.utusan.com.my/berita/nasional/laporan-perubatan-masih-belum-keluar-1.491627

3794) SEGERAKAN LAPORAN PERUBATAN - UTUSAN MALAYSIA - 10/6/2017


KUALA LUMPUR 9 Jun - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, mengemukakan laporan hasil bedah siasat secepat mungkin berhubung kematian Allahyarham Mohd. Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, 26 April lalu.
Ketua Biro Undang-Undang PPIM, Datuk Hishamuddin Ha­shim ber­kata, laporan berkenaan mesti telus tanpa melin­dungi kesalahan mana-mana pihak sama ada pembantu warden atau pegawai perubatan yang terlibat bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang timbul daripada masyarakat.
“Tujuan ibu bapa arwah tampil pada hari ini bukan untuk menuduh mana-mana pihak, cuma mahu jawapan terhadap persoalan yang timbul termasuk menjelaskan tohmahan orang ramai.
“Kita akan menyediakan peguam pemerhati untuk melihat prosedur rawatan dan pembedahan agar hak keluarga terpelihara,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat PPIM di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Peneroka Felda Semalaysia, Datuk Seri Adnan Othman.
Akhbar sebelum ini melaporkan pelajar madrasah tahfiz swasta, Mohd. Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, 11, meninggal dunia selepas kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman.
Kisah Mohd. Thaqif Amin menjadi tular di media sosial selepas mendakwa disebat dengan paip getah sehingga lebam di kedua-dua belah kakinya oleh pembantu warden di asrama itu.
Pembantu warden lelaki berusia 29 tahun itu kemudiannya direman untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah RM20,000 pada 3 Mei.
Dalam pada itu, keluarga Allahyarham Mohamad Thaqif Amin mempersoalkan tiada bedah siasat dilakukan di kedua-dua belah kaki arwah pada peringkat awal siasatan kematian.
Malah, pihak keluarga belum menerima sebarang jawapan bertulis berhubung prosedur rawatan dan pembedahan sepanjang arwah ditempatkan di hospital berkenaan sejak 19 April lalu.
Ibu arwah, Feldawani Ahmad, 40, berkata, bedah siasat kedua-dua belah kaki hanya dibuat selepas arwah dikebumikan hampir sebulan.
“Kami juga tidak dimaklumkan lebih awal sebelum kubur digali semula, namun kami akur tindakan berkenaan atas perintah mahkamah.






Friday, June 9, 2017

3792) GESAAN MEMPERCEPATKAN PROSES PEROLEHAN LAPORAN PERUBATAN ALLAHYARHAM ADIK MOHD THAQIF - PPIM - 9/6/2017


Pemergian adik Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11 tahun, telah mengejutkan rakyat Malaysia pada petang 26 April 2017 selepas seminggu dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Pelajar madrasah tahfiz itu mendakwa kakinya disebat dengan menggunakan getah paip oleh seorang warden tahfiz sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman.
Malahan pada 18 Mei 2017, jenazah Allahyarham digali semula oleh pihak hospital bagi mencari sebab utama kematiannya kerana sebelum ini dinyatakan oleh pihak hospital bahawa kematiannya adalah berpunca dari jangkitan kuman pada tonsil. Dukacita, sehingga kehari ini masih tiada sebarang laporan mahupun kenyataan yang diterima oleh keluarga mangsa mengenai hasil bedah siasat.

“Pihak hospital beritahu saya bahawa tidak perlu digali kerana sampel sudah diambil sebelum ini.
“Tapi tiba-tiba selepas sebulan pemergian Allahyarham, kami dikejutkan oleh kehadiran pihak hospital di tanah perkuburan untuk mengali semula kubur tanpa pengetahuan kami.
“Mereka sudah tiba dikubur baru kami dimaklumkan, alasan mereka, takut ada ahli keluarga beritahu pihak wartawan.” ulas ibu Allahyarham, Felda Wani Ahmad.
Beliau juga terkilan dan tidak menjangkakan kematian anaknya walaupun pembedahan kaki telah dijalankan bagi mengelakkan jangkitan kuman merebak kebahagian organ lain.

Justeru, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terpanggil untuk membela dan mendapatkan kepastian mengenai laporan hasil bedah siasat kaki Allahyarham yang seharusnya diterima oleh keluarga mangsa.
“Wujud pelbagai persoalan mengenai kes ini, adakah ini kesan dari sebatan getah paip ataupun kesan dari pihak hospital.
“Hospital telah memaklumkan bahawa laporan akan dikeluarkan dalam masa 2 minggu, tetapi sampai sekarang tiada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan.” kata Ketua Biro Undang-undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim.
Beliau turut berharap bahawa laporan perubatan akan dikeluarkan dengan kadar segera serta telus dan tidak menyelindung kesalahan mana-mana pihak, sama ada warden tahfiz mahupun pegawai perubatan, bagi mengelakkan pelbagai spekulasi timbul.

Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan, mendakwa isu seperti ini harus diberi perhatian yang mendalam kerana saban hari kita mendengar dan melihat isu berkaitan sistem pentadbiran tahfiz semakin merosot dan menggusarkan ramai pihak.
“Sepatutnya tahfiz merupakan tempat yang baik tetapi sekarang ini banyak berlaku benda yang tidak sepatutnya seperti buli.
“Mungkin kita perlu adakan satu suruhanjaya tahfiz bagi menyelia dan menjadikan madrasah tahfiz sebuah institusi yg berjaya.” ulasnya lagi.
Beliau turut berharap bahawa institusi tahfiz ini dapat dipertingkatkan sehingga mencapai tahap yang memberi keyakinan kepada masyarakat. Malahan pihak kerajaan juga diseru bagi mengambil iktibar yang positif dari peristiwa ini supaya ianya tidak berulang lagi.




Thursday, June 8, 2017

3788) GANGGUAN SEKSUAL LUAR BIASA DI KEDUTAAN - PPIM - 8/6/2017



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan berkaitan gejala gangguan seksual daripada beberapa pengadu wanita tempatan yang bekerja sebagai kakitangan kedutaan yang begitu tertekan dengan pelbagai “sexual harassment” yang dilakukan samada oleh Duta mahupun kakitangan kedutaan yang mengamalkan budaya keji ini.
“Bila mereka nak dapatkan sesuatu daripada kita tetapi tidak dapat, mereka akan terminate kita dengan segera.
Alasan mereka, isteri dan anak-anak sudah kembali ke negara asal jadi mereka sunyi.” kata salah seorang mangsa, Puan Mar (bukan nama sebenar) yang telah berkhidmat selama kurang lebih 17 tahun di 8 buah kedutaan dan menyimpan banyak rahsia negara.

Puan Mar turut menyatakan bahawa ganguan sentiasa berlaku dan berterusan meskipun kakitangan kedutaan terlibat mengetahui bahawa beliau sudah berkahwin.
“Pegawai kedutaan itu baru berusia 34 tahun dan saya sudah mejangkau usia 60 tahun. Saya pangkat emak dia tapi tidak bagi dia” ulasnya lagi.
Mangsa kedua, Puan Nor (bukan nama sebenar) yang berusia awal 40-an turut melahirkan rasa kecewa terhadap pihak Perkeso yang tidak dapat melakukan apa-apa tindakan terhadap kedutaan terlibat.
“Bila saya pergi ke pejabat Perkeso, mereka mengatakan bahawa mereka tak boleh buat apa-apa dan akhirnya menyuruh saya untuk membuat laporan kepada kementerian.

“Di kedutaan tempat saya bekerja, tidak kira muda atau tua, semua dah terkena “sexual harassment” tetapi mereka tidak berani untuk buat laporan sebab kebanyakan mereka adalah pekerja asing” ujarnya lagi.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan, beranggapan bahawa pegawai kedutaan seolah-olah mempunyai kuasa  dan berhak melakukan apa sahaja tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
“Perkara ini dianggap satu kesedihan dan tidak seharusnya berlaku. Sebab bila kita bercerita pasal kedutaan, mereka diibaratkan mempunyai imuniti untuk melakukan apa sahaja.
”Sepatutnya kedutaan melambangkan perlembangan tapi kita melihat perkara ini sebagai satu penipuan bagi diri kita” ulasnya dalam sidang media yang berlangsung pada 8 Jun 2017.

Turut sama hadir dalam sidang media ini ialah Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim. Beliau berasa sedih dengan apa yang berlaku khususnya kepada mangsa wanita dan melihat ketidak adilan dalam melaksanakan tindakan undang-undang kerana “kekebalan” yang dimiliki oleh kedutaan terbabit.
“Tindakan undang-undang tidak dapat dikenakan kepada mereka, bahkan, ianya dianggap berbeza disebabkan kes ini melibatkan seseorang yang mempunyai kekebalan di negara kita.
“Bila bawa pergi mahkamah, kita tak boleh menyaman mereka sebab isu imuniti yang mereka miliki.
“Mungkin kita boleh adakan sidang media bersama Kementerian Luar Negara dan membawa pengadu-pengadu serta mereka yang terlibat untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini” tambahnya lagi.

3787) HENTIKAN KEMASUKAN "AWANG HITAM" - PPIM - 8/6/2017


Kehadiran kumpulan-kumpulan “Awang Hitam” di beberapa tempat  tertentu di negara ini telah mengganggu kehidupan harian rakyat Malaysia, sehingga ada yang terpaksa mengelakkan diri dari kawasan penempatan atau tempat-tempat mereka berkumpul bagi mengurangkan potensi berdepan gangguan mereka ini.

 Fizikal yang besar, sasa dan ukuran badan yang berbeza juga menyebabkan ramai rakyat Malaysia mengelak daripada berdepan dan juga sering mengalah walaupun mereka ini menipu dalam apa-apa transaksi.

 Mengulas perkara ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan (toqqi) berkata pihaknya menerima aduan daripada para pengguna berkenaan isu terbabit. “Kita pernah membuat permintaan kepada kerajaan supaya mengkaji balik perkara ini kerana kedatangan mereka di negara kita tidak membawa sebarang keuntungan”, ujar beliau.

 Tambahnya lagi, kedatangan mereka di negara sebagai pelajar hanyalah satu alasan bagi mereka untuk menduduki negara kita 4
“Mereka ini sering terlibat dengan aktiviti jenayah seperti pengedaran dadah, penggubalan wang haram, skim-skim penipuan, black money dan menggunakan wanita tempatan sebagai keldai dadah,”katanya lagi.

 “Kita meminta supaya Kementerian Pelajaran Tinggi supaya menapis bilangan yang masuk ke negara kita  yang betul-betul layak sahaja,”kata Datuk Hishamuddin Hashim, Pengerusi Biro Undang-undang PPIM. Beliau turut memberi cadangan agar kuota kemasukan kumpulan ini dikecilkan.

 Turut sama hadir pada sidang media ini iaitu Presiden Pertubuhan Ekonomi Islam Malaysia (PEMA), Zamri Zaimon, Penasihat PPIM, Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed, dan Penasihat Kehormat PPIM, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Husainay Hashim.

 Toqqi menegaskan bahawa pihak kerajaan harus mengambil tindakan dengan segera dan meminta Kabinet melihat balik isu ini kerana bimbang akan masalah yang dibawa oleh kumpulan ini yang semakin merunsingkan semua pihak. 5

Monday, May 22, 2017

3732) PPIM tubuh biro guaman bela nasib pengguna - Sinar Harian - 19/5/2017

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini melancarkan Biro Undang-undang dan Kad Kaunseling Guaman PPIM (Kagum) bertujuan memberi khidmat guaman pada kadar rendah kepada pengguna yang menjadi mangsa penipuan.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata usaha itu dengan kerjasama Malaysian Humanitarian Organisation (MHO)  selain membantu pengguna mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menipu, ia juga bertujuan membantu pengguna mendapatkan kaunseling guaman sebelum melakukan transaksi atau pelaburan.
"Dengan adanya perkhidmatan seperti ini, ia dapat menjamin hak pengguna dan mengelak mereka daripada ditipu," katanya pada sidang media penubuhan biro undang-undang PPIM di sini.
Turut hadir, Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM Hishamuddin Hashim dan Presiden MHO Zamri Zaimon.
Nadzim berkata PPIM menerima banyak laporan kes penipuan setiap hari dan kebanyakan pengguna berdepan masalah itu sukar mendapat pembelaan kerana tidak berkemampuan membayar kos guaman yang tinggi.
"Terdapat pelbagai jenis caj yang dikenakan oleh syarikat guaman seperti kos membuka rekod dan kos pengangkutan peguam yang perlu dibayar oleh pengguna," katanya.
Justeru, beliau berkata Kagum menyediakan 25 peguam yang akan membantu memberi khidmat nasihat guaman termasuk menyelesaikan kemusykilan pengguna berkaitan dokumen perjanjian dan pelaburan pada kos yang minima.
Sementara itu, Hishamuddin berkata kes penipuan masa kini kebanyakannya mengikat pengguna dengan surat perjanjian yang berat sebelah dan sering kali pengguna diugut dengan tindakan undang-undang sekiranya pengguna mahu membatalkan perjanjian tersebut.
"Pengguna kebanyakannya tidak mempunyai pengetahuan untuk mengkaji perjanjian dan transaksi yang adakalanya tidak logik dan langkah bantuan guaman ini akan memberi mereka kefahaman dan pilihan tindakan yang hendak diambil," katanya.
Pengguna yang ingin mendapatkan perkhidmatan Kagum boleh berkunjung ke ibu pejabat biro di C-3A-6, Megan Avenue 1, Jalan Tun Razak atau menghubungi talian 011-1118 1000. –Bernama
20170519 - Sinar Harian - PPIM tubuh biro guaman bela nasib pengguna
Sumebr Dari: http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/ppim-tubuh-biro-guaman-bela-nasib-pengguna-1.677391

Friday, May 19, 2017

3723) Tubuh Biro Undang – Undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) Demi Membantu Pengguna - PPIM - 19/5/2017

19 Mei 2017– PPIM - Sidang Media Tubuh Biro Undang-Undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Demi Membantu Pengguna. Saban hari, kes-kes penipuan yang sering terjadi adalah urusan jual beli rumah kemudiannya terbengkalai menyebabkan kerugian puluhan ribu kepada pembeli. Kes-kes penipuan yang lain seperti penjualan telefon bimbit palsu dan juga kes penipuan pakej pelancongan murah difahamkan mampu mengaut keuntungan sehingga jutaan ringgit. Perkara seperti ini sudah menjadi seakan-akan rutin di negara kita di mana pihak berkuasa sendiri menerima ratusan aduan dari masyarakat. Salah siapakah? Adakah salah pengguna itu sendiri yang tidak membuat semakan sebelum membeli atau pun salah pihak berkuasa ketika pelaksanaan penguatkuasaan yang longgar dan lemah? “Zaman sekarang ini, orang yang menipu ini tidak macam orang yang menipu zaman dahulu“ ujar Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan (toqqi). Tambahan Toqqi, mereka yang menipu ini sanggup menggunakan khidmat peguam bagi menakutkan mangsa supaya tidak membuat aduan kepada pihak berkuasa. Hal ini menyebabkan mangsa mereka takut untuk ke hadapan bagi menegakkan kebenaran kerana bimbang akan tindakan undang-undang yang bakal mereka menerima. “Penggunaan agreement untuk menarik para pelabur pada masa ini terlalu meluas sehingga menyebabkan mangsa yang telah ditipu mempercayai bulat-bulat untuk menandatangani perjanjian tanpa memikirkan masalah yang bakal dihadapi ” keluhan Toqqi “Jika mereka ini menggunakan agreement dan khidmat peguam untuk melindungi mereka, bagaimanakah nasib para mangsa ini untuk mempertahankan diri mereka? Oleh sebab itulah kami melancarkan Biro Undang-Undang PPIM dan kad kaunseling dan guaman ini bagi membantu mereka ini “ ujar Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim. Rata-rata yang datang kepada kami untuk mengadu masalah penipuan ini semuanya mengatakan mereka melabur sebab ada perjanjian, tetapi sejauh manakah benar perjanjian tersebut? “ keluhan beliau. Hisham turut menerangkan bahawa konsep yang akan mereka amalkan adalah “biar tiada masalah sebelum ke mahkamah“ yang bermaksud mereka akan cuba menyelesaikan masalah ini secara cepat sebelum menjadi besar dan ke mahkamah. Turut hadir bersama iaitu, Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PEMA), Zamri Zaimon. “Kami menasihatkan kepada para pelabur diluar yang hendak membuat pelaburan supaya fikir dahulu dan bawa perjanjian tersebut kepada kami untuk kami menyemak kesahihannya” Toqqi mengatakan dengan adanya penubuhan Biro Undang-Undang PPIM ini secara tidak langsung dapat membantu mereka yang menghadapi masalah ditindas ini dan akan menambah baik Biro ini dari masa ke semasa.

IMG_4441 IMG_4465 IMG_4505

Friday, April 28, 2017

3671) Buntu tiada status warganegara Utusan Online 26/04/2017

KUALA LUMPUR 26 April - Walaupun dilahirkan di Malaysia, Riana (bukan nama sebenar) masih tidak layak untuk mendapatkan status warga negara ini berikutan ibu bapanya tidak mendaftar perkahwinan mereka kepada pihak berkuasa.
Kini, walaupun 19 tahun sudah berlalu, Riana menjadi mangsa keadaan kerana statusnya masih tergantung dan tidak memiliki kad pengenalan.
“Hampir enam tahun saya berulang alik untuk mendapatkan hak saya, tapi sehingga kini permohonan saya ditolak dan saya masih buntu.
 
“Hal ini turut menyukarkan saya untuk mendapatkan pendidikan.Saya hanya boleh mengambil sijil SPM, tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti berikutan status saya yang masih tergantung,” katanya.
Menurut Riana, bapanya merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari Sarawak, manakala ibunya merupakan warganegara Filipina.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, satu kaedah perlu dilaksanakan dalam mengatasi isu warga tidak mempunyai kewarganeganegaraan dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri.
“Satu dokumen sementara perlu diberikan kepada golongan ini supaya hak mereka terjamin atas dasar kemanusiaan dan jika tiada inisiatif yang diambil ini bermakna kita menzalimi hak kemanusiaan mereka.
“Dalam perlembagaan Malaysia sendiri ada memperuntukkan hak kemanusian kepada semua orang dan mereka ini juga berhak mendapatkan hak yang sama,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar khas mengenai isu bukan kewarganegaraan di sini hari ini.
Yang turut hadir Presiden Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa, Dr. Norazman Mohd.Shamsudin, Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia, Zamri Zaimon dan Setiausaha Jeneral  Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO), Hishamuddin Hashim.
Mengulas lanjut, Nadzim berkata, walau apa pun status mereka, golongan ini perlu ada identiti dan kadang kala identiti mereka ini tidak diperakui dan proses untuk mendapatkan status kewarganegaraan amat memeritkan dan mengambil tempoh yang lama.
Sehingga kini, Nadzim berkata lebih 15,000 penduduk di Sabah antaranya Lahad Datu berdepan dengan status tidak memiliki kewarganegaraan berikutan tiada kaedah berkesan untuk menyelesaikan isu tersebut.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencari penyelesaian bagi menangani isu berkenaan dan sekiranya ia dibiarkan, ini dilihat sebagai menzalimi hak asasi mereka. -UTUSAN ONLINE
Buntu tiada status warganegara

3670) PPIM: Beri dokumen sementara - Utusan Online - 26/04/2017

KUALA LUMPUR 26 April - Satu kaedah baharu perlu dilaksanakan segera bagi me­ngatasi isu bukan warganegara dalam ka­langan rakyat negara ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, inisiatif tersebut penting bagi memberi hak yang sama kepada mereka ter­utama dalam bidang pendi­dikan dan perubatan.
“Satu dokumen sementara perlu diberikan kepada golongan ini supaya hak mereka terjamin atas dasar kemanusiaan dan jika tiada inisiatif yang diambil, ini bermakna kita menzalimi hak kemanusiaan mereka.
 
“Dalam Perlembagaan Malaysia sendiri ada memperuntukkan hak kemanusiaan kepada semua orang dan mereka ini juga berhak mendapatkan hak yang sama,” katanya dalam sidang akhbar khas mengenai isu bukan warganegara di sini hari ini.
Yang turut hadir, Presiden Pertu­buhan Kemanusiaan Masyarakat An­tarabangsa, Dr. Noorazman Mo­hd. Shamsudin dan Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia, Zamri Zaimon.
Mengulas lanjut, Nadzim ber­kata, walau apapun keadaannya golongan tersebut seharusnya mempunyai identiti.
Sehingga kini jelasnya, terdapat le­bih 15,000 penduduk di bahagian timur Sabah berdepan de­ngan status bukan warganegara.
“Status mereka tergantung berikutan tiada kaedah yang dapat dilaksanakan untuk menyelesaikan isu ber­kenaan,” ujarnya.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL