Friday, May 19, 2017

3723) Tubuh Biro Undang – Undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) Demi Membantu Pengguna - PPIM - 19/5/2017

19 Mei 2017– PPIM - Sidang Media Tubuh Biro Undang-Undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Demi Membantu Pengguna. Saban hari, kes-kes penipuan yang sering terjadi adalah urusan jual beli rumah kemudiannya terbengkalai menyebabkan kerugian puluhan ribu kepada pembeli. Kes-kes penipuan yang lain seperti penjualan telefon bimbit palsu dan juga kes penipuan pakej pelancongan murah difahamkan mampu mengaut keuntungan sehingga jutaan ringgit. Perkara seperti ini sudah menjadi seakan-akan rutin di negara kita di mana pihak berkuasa sendiri menerima ratusan aduan dari masyarakat. Salah siapakah? Adakah salah pengguna itu sendiri yang tidak membuat semakan sebelum membeli atau pun salah pihak berkuasa ketika pelaksanaan penguatkuasaan yang longgar dan lemah? “Zaman sekarang ini, orang yang menipu ini tidak macam orang yang menipu zaman dahulu“ ujar Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan (toqqi). Tambahan Toqqi, mereka yang menipu ini sanggup menggunakan khidmat peguam bagi menakutkan mangsa supaya tidak membuat aduan kepada pihak berkuasa. Hal ini menyebabkan mangsa mereka takut untuk ke hadapan bagi menegakkan kebenaran kerana bimbang akan tindakan undang-undang yang bakal mereka menerima. “Penggunaan agreement untuk menarik para pelabur pada masa ini terlalu meluas sehingga menyebabkan mangsa yang telah ditipu mempercayai bulat-bulat untuk menandatangani perjanjian tanpa memikirkan masalah yang bakal dihadapi ” keluhan Toqqi “Jika mereka ini menggunakan agreement dan khidmat peguam untuk melindungi mereka, bagaimanakah nasib para mangsa ini untuk mempertahankan diri mereka? Oleh sebab itulah kami melancarkan Biro Undang-Undang PPIM dan kad kaunseling dan guaman ini bagi membantu mereka ini “ ujar Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim. Rata-rata yang datang kepada kami untuk mengadu masalah penipuan ini semuanya mengatakan mereka melabur sebab ada perjanjian, tetapi sejauh manakah benar perjanjian tersebut? “ keluhan beliau. Hisham turut menerangkan bahawa konsep yang akan mereka amalkan adalah “biar tiada masalah sebelum ke mahkamah“ yang bermaksud mereka akan cuba menyelesaikan masalah ini secara cepat sebelum menjadi besar dan ke mahkamah. Turut hadir bersama iaitu, Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PEMA), Zamri Zaimon. “Kami menasihatkan kepada para pelabur diluar yang hendak membuat pelaburan supaya fikir dahulu dan bawa perjanjian tersebut kepada kami untuk kami menyemak kesahihannya” Toqqi mengatakan dengan adanya penubuhan Biro Undang-Undang PPIM ini secara tidak langsung dapat membantu mereka yang menghadapi masalah ditindas ini dan akan menambah baik Biro ini dari masa ke semasa.

IMG_4441 IMG_4465 IMG_4505

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...