Tuesday, May 23, 2017

3734) PPIM -Sidang Media Syarat Lelongan Menzalimi Pengguna. - PPIM - 23/5/2017

23 Mei 2017 – PPIM -Sidang Media Syarat Lelongan Menzalimi Pengguna.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima banyak aduan daripada mangsa rumah lelong yang merasa amat tertekan kerana syarat lelongan yang dikatakan amat tidak masuk akal dan menekan.
Kes kali ini dikatakan bahawa seorang mansga ini telah pun berjaya mengumpul sejumlah wang untuk membayar tunggakkan beliau. Malangnya, pembayarannya ditolak kerana dikatakan proses pembayaran mengambil masa seminggu dan beliau dimaklumkan bahawa sepatutnya mangsa harus menjelaskan pembayaran beberap minggu sebelum tarikh lelongan.
“Kami di PPIM menerima banyak aduan mengenai kes lelongan. Kes kali ini terbahagi kepada 2 bahagian. Pertamanya, Bank telah bersetuju untuk menarik lelongan tetapi apabila pergi ke Pejabat Tanah, mangsa tidak dibenarkan untuk membuat sebarang bayaran kerana dikatakan proses pembayaran tersebut mengambil masa dalam seminggu”
“Satu lagi jenis kes yang diterima adalah bank telah melelong rumah mangsa. Lelongan pertama tiada pembeli pastu lelongan seterusnya dibuat setiap 2 minggu dan paling tidak masuk akal ialah setiap kali dilelong harga rumah jatuh sebanyak 10%.”Kata Toqqi.
“Saya berharap agar Pejabat Tanah, Pejabat Menteri Besar, Governor Bank Negara, Menteri Kewangan 1, Menteri Kewangan 2 dan mereka yang berkaitan agar dapat merujuk semula undang-undang ini supaya meneliti balik perkara ini dengan serius. “ujar Toqqi
Turut hadir bersama iaitu Syed Kamarulzaman. “Ada satu kes yang diterima yang melibatkan pengadu telah membuat rundingan dengan bank, tetapi pada suatu hari itu ada seseorang dari pihak pemiutang telah menampal notis lelongan di hadapan rumah pengadu terbabit. Pihak bank tidak tahu langsung pasal lelongan ini . Apa yang telah terjadi sebenarnya? Tegas beliau
Toqqi menjelaskan bahawa perkara ini harus dipandang serius kerana ia secara tidak langsung boleh membebankan pengguna dan seterusnya boleh merosakkan imej negara kita.


WhatsApp Image 2017-05-23 at 4.37.10 PM  WhatsApp Image 2017-05-23 at 4.37.14 PM WhatsApp Image 2017-05-23 at 4.37.16 PM WhatsApp Image 2017-05-23 at 4.37.17 PM WhatsApp Image 2017-05-23 at 4.37.19 PM

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...