Wednesday, May 31, 2017

3755) PERLU UJI DAHULU ARAH KIBLAT SEBELUM GUNA APLIKASI - BERITA HARIAN - 31/5/2017

berita harian 31.5.2017 3 Kuala Lumpur : Pihak yang bertanggunjawab membangunkan aplikasi petunjuk arah kiblat disaran tidak mengambil mudah terhadap kemudahan itu kerana ia berkait rapat dengan isu agama, khususnya dalam tanggunjawab menunaikan Rukun Islam kedua. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pembangunan aplikasi itu perlu dibuat dengan betul dan teliti kerana ia menjadi sumber rujukan pelbagai pihak. Katanya, setiap pihak yang membangunkan aplikasi itu tidak seharusnya mementingkan keuntungan semata-mata, terutama untuk menjana iklan. "Banyak aplikasi sebegini yang dibuat hanya untuk menjana iklan dan tidak mementingkan tujuan sebenar iaitu kemudahan orang islam. "Bukan sahaja aplikasi petunjuk arah ini, malah aplikasi ayat al-quran juga ada yang tidak betul dan sangaja dibangunkan untuk tujuan tertentu. "Akibatnya, pihak yang menjadi mangsa adalah masyarakat islam kita yang beranggapan aplikasi itu betul tetapi sebenarnya tersasar jauh," katanya kepada BH PERLU LEBIH BERWASPADA Mohd Yusof berkata, pilihan adalah di tangan pengguna sama ada mahu menggunakan atau tidak, namun mereka perlu berwaspada dan bijak jika memilih untuk menjadikan aplikasi itu sebagai panduan. "Uji dahulu dengan pelbagai cara sebelum digunakan untuk beribadat dan pilihlah aplikasi yang dibangunkan oleh pihak bertauliah sahaja," katanya. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut berpendapat aplikasi petunjuk arah kiblat hanya boleh dibangunkan oleh pihak yang bertauliah seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Katanya, pengguna tidak perlu menunggu keputusan kerajaan untuk mrmbuat tindakan kerana mereka boleh berfikir dan menyemak sendiri apa yang harus dilakukan. "Jangan tunggu orang lain mengambil tindakan tetapi kita sendiri yang harus ada kesedaran dan lebih sensitif dengan keputusan yang ingin dilakukan, termasuk dalam menggunakan aplikasi ini. "Perkara ini berkaitan amal ibadat kita, kerana selain menggunakan aplikasi sebegini masih ada kaedah yang tepat untuk dirujuk," katanya. Beliau berkata, PPIM turut banyak menerima aduan daripada pelancong berhubung arah kiblat yang tidak tepat di negara ini, sekali gus terpaksa menggunakan aplikasi sedemikian walaupun ragu-ragu.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...