Friday, May 5, 2017

3690) Perjumpaan dan perbincangan bersama Pengarah Urusan Courts Mammoth - PPIM - 4/5/2017


PPIM-5 Mei 2017 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima puluhan aduan mengenai etika pengutip hutang yang dilantik oleh pihak Pengurusan Courts Mammoth. Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak Courts Mammoth telah berjumpa dan berbincang dengan PPIM berkenaan aduan yang diterima.
Pengarah Urusan Courts Mammoth, En Dolf Posthumus bersama pegawai-pegawainya menmbaca dan meneliti beberapa aduan yang diberikan dan bersetuju untuk mengambil tindakan yang keras terhadap pegawai pengutip hutang yang tidak mengikut etika.
Selain itu, pihak Courts juga akan mengkaji semula sekaligus menggubal semula perkara berkenaan etika kepada syarikat-syarikat pengutip hutang dibawah naungannya.
En Dolf Posthumus juga berjanji agar perkara ini tidak akan berulang lagi pada masa yang akan datang dan beliau sedia bekerjasama secara berterusan dengan PPIM untuk kebaikan pengguna.
PPIM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Courts Mammoth kerana menyambut baik saranan dan nasihat serta memberi kerjasama dalam menyelesaikan masalah kepenggunaan.
WhatsApp Image 2017-05-04 at 8.52.43 PM WhatsApp Image 2017-05-04 at 8.52.45 PM

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...