Saturday, May 20, 2017

3728) PPIM WUJUDKAN BIRO UNDANG-UNDANG - KOSMO - 20/5/2017

              kosmo 20.5.2017
 Kuala Lumpur - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam melancarkan Biro Undang-Undang serta Kad Kaunseling dan Guaman (KAGUM) yang berperanan memberi khidmat nasihat guaman bagi melindungi pengguna daripada ditipu. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, Kagum mempunyai seramai 125 peguam dan sukarelawan yang akan membantu menyelesaikan kemusykilan pengguna. " Pembentukan biro itu dibuat selepas kita melihat terdapat banyak kes tipu yang lebih menjurus kepada perjanjian dan pelaburan. " Kagum akan membantu menyemak status dokumen perjanjian atau pelaburan yang akan ditandatangani sebelum ia menjadi buruk," katanya pada majlis pelancaran biro tersebut di sini semalam. Tambahnya, setakat ini mereka telah menerima aduan 30 kes penipuan termasuk pelaburan saham dan masalah pinjaman. Kagum boleh dihubungi di talian 011-11181000.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...