Wednesday, May 3, 2017

3682) DEPOSIT KERJA - HARIAN METRO - 3/5/2017

                WhatsApp Image 2017-05-03 at 19.25.26 (2) MAJIKAN MINTA DUIT DARIPADA BAKAL PEKERJA
 Nak kerja pun kena bayar, Itu aduan terbaru diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai kegiatan segelintir majikan yang mengenakan bayaran terhadap bakal pekerjanya. Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, sejak awal tahun ini PPIM dimaklumkan mengenai ada bakal majikan meminta bayaran sebagai syarat untuk diterima bekerja. Menurutnya, perkembangan terbaharu itu membebankan golongan muda terutama mereka yang baru memasuki alam pekerjaan. "Kami terima banyak aduan sebegini dan ia membabitkan sektor pekerjaan yang jarang-jarang dimohon. "Ada yang membabitkan kerja di atas kapal layar. Syarat masuk, perlu bayar amaun tertentu, jika tidak, tak dapat kerja," katanya kepada Harian Metro. Nadzim berkata, pihaknya meminta Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meneliti perkara itu kerana membabitkan unsur rasuah. Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara itu apatah lagi ketika orang ramai memerlukan pekerjaan. "Kami bimbang lama kelamaan ini menjadi tradisi dan diikuti pihak lain. Satu hari nanti, kelayakan akademik juga tidak memberi apa-apa makna," katanya. Menurutnya, PPIM meminta Kementerian Sumber Manusia meneliti perkara itu kerana ia membabitkan daftar pekerjaan di negara ini yang seharusnya bebas daripada penipuan.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...