Wednesday, May 3, 2017

3683) APLIKASI MYDI DIKHUATIRI AKAN DISALAHGUNAKAN - KOSMO - 3/5/2017

WhatsApp Image 2017-05-03 at 19.25.26 (1) Kuala Lumpur - sistem aplikasi MyDI yang membolehkan status kebankrapan disemak dengan menggunakan telefon bimbit dikhuatiri boleh menggangu privasi sesorang individu. Pensyarah Kanan Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia, Kadzrina Abdul Kadir berkata, aplikasi MyDI mungkin memudahkan majikan untuk mengetahui status muflis bakal pekerjanya. Namun katanya, terdapat isu yang perlu diambil kira terutama isu keselamatan serta privasi. "Sesiapa sahaja boleh mengetahui status kebankrapan seseorang individu dan perkara ini boleh menyebabkan maklumattersebar kepada pengetahuan umum. "Namun, aplikasi ini boleh menyebabkan seseorang itu menanggung malu sekiranya status kebankrapan diketahui umum," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Beliau mengulas tentang pengenalan aplikasi MyDI yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia mulai 11 Mei ini bagi membolehkan orang ramai mengetahui status kebankrapan mana-mana individu melalui telefon pintar. Kadzrina berkata, isu keselamatan menjadi kebimbangan utama kerana terdapat pihak yang suka mengambil kesempatan ekoran kecanggihan teknologi. "Penipuan boleh ebrlaku sekiranya maklumat seseorang itu boleh diperoleh dengan mudah seperti yang terjadi kebelakangan ini dan ia amat membimbangkan jika berlakunya pernyalahgunaan maklumat," ujarnya. Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pelaksanaan MyDI itu mempunyai lebih banyak kebaikan antaranya mudah untuk kita mengetahui status bankrap tanpa perlu pergi ke Jabatan Insolvensi. Bagaimanapun, Nadzim berkata, dengan adanya aplikasi MyDI, seseorang itu tidak boleh memberi alasan tidak mengetahui status bankrap mereka sebelum memohon sebarang pinjaman atau pekerjaan.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...