Tuesday, May 2, 2017

3680) TAKTIK BAHARU KELIRUKAN PIHAK BERKUASA DUA NEGERI - SINAR HARIAN - 2/5/2017

                   aaa
 Kuala Lumpur - Beroperasi di kawasan persempadanan anatara ibu negara dan Selangor menjadi modus operandi baharu bagi sesetengah pengusaha pusat hiburan dan snuker menjalankan kehiatan harsam termasuk menawarkan perkhidmatan judi. Ketua Penyelaras Ops Bah, Azman Mahmood berkata, tindakan itu dilihat sebagai taktik mengaburi dan mengelirukan kedua-dua pihak a. Menurutnya, terbaharu, sebuah pusat hiburan dikesan menawarkan khidmat judi haram berjaya diserbu penguat kuasa menerusi Operasi Banteras Aktiviti Haram siri 34 (OP BAH 35) baru-baru ini. "Pendekatan kita berbeza kerana kita mula dengan serbuan di salah sebuah premis hiburan keluarga yang dikesan dengan menggunakan teknik baharu iaitu mengoperasi di kawasan sempadan. "Dalam serbuan tersebut, sebanyak enam unit cip mesin judi bernilai RM240,000 antara barang yang dirampas penguat kuasa menerusi Ops Bah 35," katanya. Tambah beliau, barang rampasan itu merupakan milik sebuah pusat hiburan snuker yang beroperasi secara haram di kawasan persempadanan ibu negara dan selangor. "Antara barang lain yang turut dirampas adalah 46 unit komputer, kamera litar tertutup (CCTV) (3) dan monitor (46). "Semua barang yang dirampas akan disita di bawah Akta Hiburan (WPKL) 1992 iaitu sitaan peralatan di bawah kaedah-kaedah hiburan siber atau pusat siber 2012," katanya.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...