Monday, May 22, 2017

3736) SUKAR BERNAFAS CABARAN SUKAR – PENDAKI SOLO – UTUSAN MALAYSIA – 22/5/2017

                             UTUSAN MALAYSIA 22.5.2017
Sepang 21 Me – Berdepan cuaca pada suhu negative 20 darjah Celcius tidak menjadi penghalang untuk pendaki solo, Mohd. Noor Mat Amin meneruskan impian menawan tujuh puncak Banjaran Himalaya dalam tempoh 28 hari. Lebih mengagumkan, tujuh puncak itu berada pada ketinggian melebihi 5,000 meter. Tujuh puncak yang berjaya didaki itu bermula dengan Nargajun setinggi 5,100 meter, Chukung Ri 5,500 meter, Kongma La Pass 5,500 meter, Kem Pangkalan Everest 5,364 meter, Khalapattar 5,550 meter, Chola-La Pass 5,420 meter dan berakhir di Gokyo Ri 5,357 meter. Beliau ketika ditemui sebaik sahaja tiba di tanah air berkata, factor cuaca yang sejuk menyukarkannya mendapat oksigen secukupnya adalah cabaran utama dihadapi dalam melengkapkan misi tersebut. “ Ada ketikanya saya terpaksa memberhentikan pendakian kerana perlu mengawal pernafasan, jika tidak ia akan membahayakan nyawa. “ Namun saya tidak boleh terlalu banyak berhenti bagi mengelakkan berdepan hujan salji yang pastinya akan menyebabkan pendakian turut terhenti,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam. Ketibaan pendaki solo itu disambut oleh wakil Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Mohd. Mustaffa Hamzah dan Pengarah Kreatif Yayasan Patriot Negara, Yann Razal. Mohd. Noor yang merupakan jurufoto Utusan Malaysia memulakan misi Menawan beberapa puncak gunung di Banjaran Himalaya sejak 23 April lalu. Bercerita lanjut, menurutnya, beliau tidak terlepas daripada berdepan situasi mencemaskan apabila mengalami kecederaan frostbite (kecederaan kerana sejuk) pada salah satu jari tangannya ekoran tergelincir ketika menuruni puncak keenam iaitu Chola-La Pass. Berikut kecederaan itu, beliau terpaksa berehat seketika bagi mendapatkan rawatan dan menurut pegawai perubatan yang merawatnya frostbite dialami itu adalah pada tahap yang membahayakan. “ Saya diminta berehat tetapi kerana semangat untuk meneruskan cabaran tujuh puncak iaitu Alhamdulilah, saya dapat tanganinya dan kecederaan ini semakin pulih,” katanya. Beliau berkata, meskipun terpaksa mengharungi cabaran sukar, ia tidak melunturkan semangatnya untuk terus melakukan pendakian pada usia yang telah mencecah 50 tahun.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...