Wednesday, May 24, 2017

3738) GESA UBAH SYARAT LELONGAN RUMAH - HARIAN METRO - 24/5/2017

                       harian metro 24.5.2017

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) mengubah suai syarat lelongan rumah yang dilihat menekan pengguna dan dipercayai didalangi sindiket lelongan yang mencari keuntungan.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, berdasarkan lebih 10 aduan diterima, ramai pengguna ‘dizalimi’ berikutan syarat lelongan kini menyebabkan pengguna tertekan berikutan harga rumah tidak mengikut pasaran semasa.
“Kita perlu mempunyai dasar yang adil supaya tiada lagi pengguna yang dianiaya. Saya mohon
BNM mengambil serius mengenai perkara ini supaya ia tidak memberi kelonggaran bagi mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan ke atas pengguna,” katanya pada sidang akhbar Syarat Lelongan Menzalimi Pengguna, di sini, semalam.
Nadzim berkata, PPIM menerima lebih 10 aduan berkaitan isu lelongan rumah bermasalah di mana terdapat empat kali lelongan dilakukan dalam tempoh dua bulan dan setiap kali lelongan, harga diturunkan sehingga 40 peratus.
“Pihak yang melelong itu memang ada hak untuk melelong, tetapi apa yang kita tidak mahu ialah mereka memanipulasi pengguna,” katanya.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...