Showing posts with label kementerian luar. Show all posts
Showing posts with label kementerian luar. Show all posts

Saturday, June 10, 2017

3804) Ada duta buat gangguan seksual, dakwa PPIM - Malaysia Kini - 9/6/2017


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan berkaitan gejala gangguan seksual daripada beberapa pengadu wanita tempatan yang bekerja sebagai kakitangan kedutaan.
Jelas PPIM, mangsa yang begitu tertekan dengan pelbagai 'gangguan seksual' yang dilakukan samada oleh duta mahupun kakitangan kedutaan.
"Bila mereka nak dapatkan sesuatu daripada kita tetapi tidak dapat, mereka akan tamatkan kita dengan segera.
"Alasan mereka, isteri dan anak-anak sudah kembali ke negara asal jadi mereka sunyi.” kata salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Mar (bukan nama sebenar).
Puan Mar telah berkhidmat selama kurang lebih 17 tahun di lapan kedutaan dan menyimpan banyak rahsia negara.
Puan Mar berkata, ganguan seksual tersebut sentiasa berlaku dan berterusan meskipun kakitangan kedutaan terlibat mengetahui bahawa beliau sudah berkahwin.
"Pegawai kedutaan itu baru berusia 34 tahun dan saya sudah menjangkau usia 60 tahun. Saya pangkat emak dia tapi tidak bagi dia,” katanya lagi.
Mangsa kedua, Puan Nor (juga bukan nama sebenar) yang berusia awal 40-an turut melahirkan rasa kecewa terhadap pihak Perkeso yang tidak dapat melakukan apa-apa tindakan terhadap kedutaan terlibat.
“Bila saya pergi ke pejabat Perkeso, mereka mengatakan bahawa mereka tak boleh buat apa-apa dan akhirnya menyuruh saya untuk membuat laporan kepada kementerian.
“Di kedutaan tempat saya bekerja, tidak kira muda atau tua, semua dah terkena 'gangguan seksual' tetapi tidak berani untuk buat laporan sebab kebanyakan mereka adalah pekerja asing,” ujarnya lagi.
Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan beranggapan bahawa pegawai kedutaan seolah-olah mempunyai kuasa dan berhak melakukan apa sahaja tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
“Perkara ini dianggap satu kesedihan dan tidak seharusnya berlaku. Sebab bila kita bercerita pasal kedutaan, mereka diibaratkan mempunyai imuniti untuk melakukan apa sahaja.
”Sepatutnya kedutaan melambangkan Perlembagaan tapi kita melihat perkara ini sebagai satu penipuan bagi diri kita,” katanya dalam kenyataan yang sama.
https://www.malaysiakini.com/news/385011

3803) Tiada Laporan Dakwaan Gangguan Seksual Diplomat Asing - Wisma Putra - Bernama - 10/6/2017




PUTRAJAYA, 9 Jun (Bernama) -- Kementerian Luar menerima maklumat melalui sumber kedua bahawa beberapa rakyat Malaysia telah diganggu secara seksual oleh beberapa diplomat asing di negara ini.

Dalam kenyataan hari ini, Wisma Putra bagaimanapun berkata setakat ini, tiada laporan dikemukakan kepada kementerian atau kepada Jabatan Protokol yang mengendalikan hal ehwal perwakilan asing di Malaysia.

Kenyataan itu menyatakan bahawa Wisma Putra memandang serius dakwaan gangguan seksual itu terutamanya yang melibatkan kor diplomatik di Malaysia

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1363353

3802) Tak terima laporan rasmi - Metro Online - 10/6/2017


TIADA laporan rasmi dikemukakan kepada Kementerian Luar atau Jabatan Protokol yang mengendalikan hal ehwal perwakilan asing berhubung dakwaan rakyat Malaysia diganggu secara seksual oleh beberapa diplomat asing.
Menerusi kenyataan Kementerian Luar, pihaknya menerima maklumat berhubung dakwaan gangguan secara seksual itu melalui sumber kedua.
"Justeru, kementerian memandang serius tuduhan gangguan seksual berkenaan terutamanya yang membabitkan kor diplomatik di Malaysia.
"Mana-mana individu menjadi mangsa jenayah oleh mereka yang dilindungi di bawah Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 perlu menggunakan mekanisma sedia ada untuk mengemukakan aduan kepada Kementerian Luar," kata kenyataan itu dikeluarkan di Putrajaya, hari ini.
 Semalam sebuah portal berita melaporkan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan berkaitan gejala gangguan seksual daripada beberapa pengadu wanita tempatan yang bekerja sebagai kakitangan kedutaan.
Selain talian telefon selepas waktu pejabat, individu yang terbabit juga boleh menggunakan saluran emel webmaster@kln.gov.my untuk menyampaikan aduan mereka.
"Kementerian memberi menjamin, walaupun ada kekebalan, namun masih ada jalan penyelesaian yang dapat memelihara kepentingan pengadu.
"Berikutan itu, kementerian akan menyusul tindakan ke atas tuduhan yang serius ini hingga ke penyelesaian," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/06/236524/tak-terima-laporan-rasmi

3801) Tiada aduan gangguan seksual diplomat asing - Malaysia Kini - 9/6/2017


Kementerian Luar menerima maklumat melalui sumber kedua bahawa beberapa rakyat Malaysia diganggu secara seksual oleh beberapa diplomat asing di negara ini.
Dalam kenyataan hari ini, Wisma Putra bagaimanapun berkata, setakat ini tiada laporan dikemukakan kepada kementerian atau Jabatan Protokol yang mengendalikan hal ehwal perwakilan asing di Malaysia.
Kenyataan itu menyatakan Wisma Putra memandang serius dakwaan gangguan seksual itu, terutamanya yang melibatkan kor diplomatik di Malaysia.
"Mana-mana individu yang menjadi mangsa jenayah oleh mereka yang dilindungi di bawah Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 perlu menggunakan mekanisme sedia ada untuk mengemukakan aduan kepada Kementerian Luar.
"Kementerian memberi jaminan kepada semua pihak bahawa, walaupun ada kekebalan, terdapat ruang bagi semua kementerian hal ehwal luar (kementerian luar) untuk melaksanakan penyelesaian secara adil berhubung perkara berkaitan kesejahteraan dan keselamatan individu berkenaan.
"Kementerian akan menyusul tindakan terhadap dakwaan serius ini bagi memastikan kepentingan semua pihak dipelihara," kata Wisma Putra.
Selain talian telefon selepas waktu pejabat, individu juga boleh menggunakan saluran emel webmaster@kln.gov.my untuk menyalurkan aduan mereka.
Menurut laporan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan mendakwa wanita-wanita tempatan yang bekerja sebagai kakitangan kedutaan asing di Kuala Lumpur berdepan dengan gangguan seksual di tempat kerja mereka.
https://www.malaysiakini.com/news/385146


3800) 2 WANITA TEMPATAN DAKWA JADI MANGSA GANGGUAN SEKSUAL PEGAWAI KEDUTAAN ASING - BERITA HARIAN - 10/6/2017


Kuala Lumpur: Polis Kuala Lumpur akan memanggil pegawai beberapa kedutaan asing di sini bagi membantu siasatan kes melakukan seksual ke atas dua wanita tempatan sejak beberapa tahun lalu.
Setakat ini polis masih meneliti laporan dibuat dua wanita berusia 40 dan 59 tahun itu yang mendakwa menjadi mangsa cabul.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isan berkata pihaknya sudah merakam percakapan kedua-dua mangsa di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.
"Kes sedang ditelityi selain proses merakam percakapan individu terbabit termasuk pegawai kanan beberapa kedutaan asing di sini. Siasatan oleh Bahagian Jenayah Seksual dan Kanak-kanak (D11), Polis Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi, semalam.
Dua wanita tempatan berkenaan, mendakwa pernah dicabul pegawai kanan kedutaan sejak beberapa tahun lalu, namun baru mendedahkan perbuatan itu kerana tidak tahan lagi menjadi mangsa.
"Perbuatan mereka menyebabkan saya terpaksa bertukar kerja dari satu kedutaan ke kedutaan lain. Saya sudah berkhidmat di lapan pejabat kedutaan asing dalam tempoh 17 tahun," kata seorang daripada mereka.
KEKEBALAN DIPLOMATIK
Yang terdahulu, mangsa mendedahkan kejadian berkenaan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk khidmat nasihat, terutama berhubung kekebalan atau imuniti diplomatik dimiliki individu yang mencabulnya.
Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ain, mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual sejak tiga bulan lalu selepas satu setengah tahun berkhidmat dengan pejabat kedutaan sebuah negara Asia Barat di ibu negara.

3799) WISMA PUTRA TERIMA ADUAN KES GANGGUAN SEKSUAL - KOSMO - 10/6/2017


Kementerian Luar menerima maklumat melalui sumber kedua bahawa beberapa rakyat Malaysia telah diganggu secara seksual oleh beberapa diplomat asing di negara ini.

Bagaimanapun berkata, setakat ini tiada laporan dikemukakan kepada kementerian atau Jabatan Protokol yang mengendalikan hal ehwal perwakilan asing di Malaysia.

“Kementerian Luar memandang serius dakwaan gangguan seksual itu, terutamanya yang melibatkan kor diplomatik di Malaysia.

"Mana-mana individu yang menjadi mangsa jenayah oleh mereka yang dilindungi di bawah Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 perlu menggunakan mekanisme sedia ada untuk mengemukakan aduan kepada Kementerian Luar.

“Selain menghubungi talian telefon selepas waktu pejabat, individu berkenaan boleh menyalurkan aduan melalui emel webmaster@kln.gov.my,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kata kenyataan itu, Wisma Putra memberi menjamin, walaupun diplomat asing mempunyai kekebalan, masih terdapat jalan penyelesaian bagi memlihara kepentingan pengadu.

“Kementerian Luar akan menyusul tindakan ke atas tuduhan yang serius itu hingga dapat diselesaikan,” katanya.


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL