Showing posts with label PRODUK MERAGUKAN. Show all posts
Showing posts with label PRODUK MERAGUKAN. Show all posts

Thursday, June 1, 2017

3773) Produk nama Melayu, Islam tapi pengeluar bukan muslim - Ismaweb - 1/6/2017

                          Snapshot(3)
  KUALA LUMPUR, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Jakim mengkaji dan mewujudkan satu kaedah untuk membezakan sesuatu produk itu adalah keluaran muslim dan bukan muslim. Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, PPIM mendapati puluhan produk yang menggunakan nama Melayu dan melambangkan Islam adalah milik pengeluar bukan muslim. Ini berikutan PPIM menerima banyak pertanyaan daripada pengguna yang keliru dengan status sesuatu produk yang menggunakan nama Melayu atau lambang berkaitan Islam. “Ada sesetengah pengguna Islam yang hendak mengetahui mengenai siapa pengeluar sesuatu produk untuk mereka membuat keputusan sama ada mahu beli atau tidak,” katanya. Nadzim juga menggesa agar pengeluar produk mematuhi Akta Perihal Dagangan supaya produk itu tidak mengelirukan pengguna. “Mengikut Akta Perihal Dagangan dalam isu perbahasaan halal, produk-produk ini seharusnya tidak menjurus kepada membayangkan sesuatu produk itu seperti penggunaan lambang masjid, kopiah, kain pelikat, songkok contohnya yang memberi maksud produk itu halal,” katanya lagi. Sehubungan itu, PPIM akan merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mendapatkan maklumat mengenai pemilikan sesuatu produk yang didapati mengelirukan pengguna Islam. PPIM juga menegaskan bahawa isu ini bukan tentang halal haram atau penipuan, tetapi untuk mengetahui status sebenar pengeluar mengenai sesuatu produk dan menjawab kekeliruan pengguna. “Sebagai contoh, ramai beranggapan produk Safi adalah produk keluaran muslim, tetapi ia adalah keluaran Unza. “Contoh lain seperti sos tiram Adabi, pengeluarnya adalah Sri Nona. Jadi kita hanya mahu menjelaskan kekeliruan pada pengguna, dia nak beli atau tak beli, tiada masalah,” katanya.

 http://www.ismaweb.net/2017/05/produk-nama-melayu-islam-tapi-pengeluar-bukan-muslim/

Wednesday, May 31, 2017

3756) EKSPLOITASI NAMA, ISTILAH ISLAM - UTUSAN MALAYSIA - 31/5/2017

                               utusan malaysia 31.5.2017
KUALA LUMPUR 30 Mei - Puluhan syarikat bukan Islam dipercayai mengeks­ploitasi nama dan istilah agama Islam untuk tujuan pemasaran sekali gus menjadi jalan pintas dalam melariskan produk jualan di negara ini. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut yang disedari apabila menerima pelbagai aduan daripada orang ramai yang sangsi dengan penggunaan nama seperti ‘Masjid’, ‘Najwa’ dan ‘Songkok’, sama ada pengeluar produk-produk tersebut adalah orang Islam atau tidak. “Dalam beribu-ribu produk di pasaran yang menggunakan pelbagai nama dan logo, kita tidak boleh bezakan yang mana adalah produk keluaran orang Islam dan yang mana bukan kerana orang bukan Islam juga menggunakan nama dan istilah Islam. “Perkara ini memang tidak salah tetapi bagi kami ini boleh mengelirukan pengguna yang mementingkan dari mana datangnya produk itu, sama ada mereka membeli daripada orang Islam atau tidak dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar berkaitan produk bukan Islam yang menggunakan nama Islam untuk melariskan produk di sini hari ini. Yang turut hadir, Panel Penasihat PPIM, Dr. Abdul Kadir. Tambah Nadzim, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) boleh bekerjasama untuk mewajibkan setiap barangan di pasar raya dilabelkan sama ada dikeluarkan oleh orang Islam atau bukan. “Di negara membangun, sekecil-kecil pengkelasan pun akan dilabelkan pada produk jadi kita juga perlu menuju kepada pertambahan mutu pengkelasan bagi memastikan tiada kekeliruan atau syak wasangka kepada pengguna. “Pengguna mempunyai hak untuk mengetahui produk apa yang mereka mahu beli dan daripada siapa mereka ingin membeli,” katanya. Menurut Nadzim, orang ramai boleh merujuk kepada PPIM sekiranya terdapat keraguan terhadap mana-mana produk yang menggunakan istilah dan nama Islam. “Kita akan cuba bantu pengguna untuk memeriksa milik siapa syarikat pengeluaran produk tersebut dengan SSM. “Mungkin syarikat bukan Islam tersebut sudah mendapat kelulusan halal daripada Jakim, tetapi apa yang kita ingin tekankan di sini adalah supaya nama dan Istilah Islam itu tidak dieksploitasi sebagai strategi pemasaran orang bukan Islam demi mengaut keuntungan tanpa memikirkan keraguan pengguna,” katanya. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/eksploitasi-nama-istilah-islam-1.487774

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL