Showing posts with label kartel. Show all posts
Showing posts with label kartel. Show all posts

Wednesday, November 30, 2022

BERITA 757 | KARTEL KAWAL PENGELUARAN TELUR? - BERITA 757 - 28/11/2022

 

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kemungkinan pengeluaran bekalan telur di negara ini dikawal oleh kartel tidak boleh dinafikan.

Justeru, beliau berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil serius masalah ini agar ia tidak berlarutan sekali gus membebankan rakyat.

#Berita757  #RakyatKeutamaanKami


Sumber: Berita 757

BERITA 757 | KARTEL KAWAL PENGELUARAN TELUR?

https://www.facebook.com/berita757/videos/1062247608495723/

Saturday, July 9, 2022

PPIM SOKONG JIHAD PERANGI ORANG TENGAH - KENYATAAN MEDIA PPIM - 08/07/2022

KUALA LUMPUR, 8 JULAI 2022 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik saranan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob yang mahu gerakan koperasi memainkan peranan dalam meneruskan ‘Jihad Perangi Orang Tengah’.

PPIM berkata kenyataan Perdana Menteri itu tepat kerana melalui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan sokongan gerakan koperasi seluruh negara, harga barangan keperluan boleh distabilkan disamping menjamin sekuriti makanan negara dapat dilaksanakan.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi berkata gerakan koperasi di negara ini yang mempunyai keanggotaan seramai kira–kira 7 juta mampu untuk menjalankan amanat ini jika semua pihak dapat bersatu padu dalam usaha memerangi orang tengah yang memberikan implikasi kepada harga dan juga bekalan makanan.

“Gerakan koperasi di negara ini terlibat dalam pelbagai sektor seperti pertanian dan asas tani, perladangan dan pelbagai lagi. Mengapa tidak kita perkasakan lagi dan bantu koperasi ini bagi mengeluarkan jumlah produk yang akan dapat membantu mencukupi keperluan rakyat?" kata Nadzim dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Nadzim, koperasi turut memberikan manfaat kepada ahlinya dalam pelbagai bentuk seperti dividen, kemudahan pembiayaan, bantuan kecemasan dan pelbagai lagi.

"Saya melihat lebih baik kita mengangkat koperasi sebagai platform utama perniagaan kerana banyak manfaat yang dapat dikongsi berbanding mereka yang hanya memikirkan keuntungan semata – mata,” katanya.

Nadzim berpendapat, keresahan masyarakat terhadap isu kenaikan harga barang ini harus ditangani dengan kadar segera sebelum menjadi lebih parah.

“Antara faktor yang menjadikan harga barang ini adalah lapisan orang tengah yang mengambil keuntungan sekaligus menjadikan harga barangan di pasaran naik mendadak. Jika ANGKASA dan gerakan koperasi mampu untuk mengurangkan peranan orang tengah dalam rantaian pembekalan maka sudah pasti kita akan dapat menikmati harga yang lebih murah di pasaran," katanya.

Selain itu, Nadzim berkata isu kenaikan harga juga seringkali diutarakan menjelang mana– mana perayaan dengan alasan permintaan melebihi bekalan.

"Saya yakin usaha jihad orang tengah yang sering memanipulasi bekalan ini akan dapat ditangani jika ANGKASA dan gerakan koperasi bekerjasama rapat dengan kerajaan bagi memperkasakan sektor–sektor yang terlibat dalam isu pembekalan barangan ini," katanya.

Tuesday, June 7, 2022

KARTEL PENYEBAB KRISIS KELAPARAN MELANDA NEGARA? - SIDANG MEDIA PPIM - 07/06/2022

Untuk puluhan tahun makanan ternakan terutama ayam diimport daripada luar negara. Puluhan tahun juga pengguna diberikan alasan harga ayam naik disebabkan jagung import bahan makanan ayam naik. Walaupun ini merupakan perkara tidak masuk akal tetapi telah terlalu lama berlaku sebagai di negara ini. Malah, di negara kita yang ramai professor, saintis dan cendekiawan nampaknya kita tidak mampu untuk keluarkan atau cipta makanan ternakan.

Di mana tidak kena? Kenapa kita tidak ada dasar ke arah mengeluarkan makanan ternakan sendiri. Adakah pengaruh kartel menjadikan kita tidak mahu/tidak mampu mengeluarkan makanan ternakan sendiri walaupun banyak kali berita makanan ternakan sudah pun ada tercipta. Indonesia telah mengeluarkan makanan ternakan sendiri.

Kini kita dikejutkan dengan ancaman kekurangan makan ekoran kesan perang dan kerana sistem simpanan makanan (food security) kita yang ‘bengong’ berbanding dengan negara-negara lain. Jika ini berlaku adakah kita akan menghadapi kelaparan? Apakah yang seharusnya rakyat lakukan?

“Mari kita lakukan sesuatu untuk menyelamatkan diri kita…..”

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan berkenaan isu ini.

Thursday, December 9, 2021

6082) 'KARTEL' PUNCA HARGA BARANG NAIK? | DIMENSI - 7 DISEMBER 2021 - BULETIN PERTIWI - 07/12/2021

 

Adakah isu kenaikan harga makanan asasi adalah semata-mata isu 'demand and supply' atau ia adalah sebahagian dari isu rantaian ekonomi yang telah dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu?

#DIMENSI #TVPERTIWI #DENYUTJANTUNGUMMAH


Sumber: Buletin Pertiwi

'KARTEL' PUNCA HARGA BARANG NAIK? | DIMENSI - 7 DISEMBER 2021

https://www.youtube.com/watch?v=t8L_C6AdIFo

Wednesday, September 15, 2021

5936) 'KARTEL MANIPULASI PASARAN AYAM' - HARIAN METRO - 15/09/2021

 

Artikel oleh: Harian Metro

 'KARTEL MANIPULASI PASARAN AYAM'

5933) HARGA AYAM NAIK, PPIM SYAK ADA KARTEL JADI DALANG - ISMAWEB - 14/09/2021

 

BANGI, 7 Safar 1443H, Selasa – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak menolak kemungkinan terdapat kartel yang memanipulasi harga ayam di pasaran akhir-akhir ini.

Enggan mengulas lanjut mengenai kemungkinan itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan sebaliknya berharap isu berkenaan ditangani sebaik-baiknya kerana ia sudah berlarutan sejak sekian lama.

“Dalam setahun, dua kali saya menerima rungutan daripada pengguna mengenai kenaikan harga ayam di pasaran dan terbaru, saya terima aduan harga ayam dipercayai naik kerana dedak dan bahan itu bukan saja mahal, tetapi sukar diperoleh di pasaran.

“Perkara ini sensitif untuk diulas lebih lanjut kerana saya pasti ada penguatkuasaan dijalankan pihak berkuasa cuma tidak pasti sejauh mana hasilnya. Saya mengesyaki ada kartel menjadi dalang,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Bagaimanapun, Nadzim meminta pengguna tidak menuding jari kepada peniaga dan penternak saja sebagai punca kenaikan harga ayam di pasaran.

Ini kerana semua pihak, termasuk pihak berkuasa bertanggungjawab menangani isu berkenaan.

Pada masa sama, beliau menyarankan kerajaan dan pihak berkuasa mewujudkan satu polisi jangka panjang yang bukan hanya berupaya menstabilkan harga ayam di pasaran tetapi menjaga kepentingan semua pihak.

Menurutnya, pengguna juga perlu bijak membuat pembelian dalam menghadapi kenaikan harga ayam di pasaran.

“Jika harga ayam tinggi, cuba kawal dan kurangkan pembelian dengan mencari alternatif makanan lain. Seandainya permintaan kurang, harga ayam tentunya akan turun kerana ia berkait rapat dan pastinya nanti memberi manfaat kepada pengguna,” katanya.


Artikel oleh: Ismaweb

HARGA AYAM NAIK, PPIM SYAK ADA KARTEL JADI DALANG

https://ismaweb.net/2021/09/14/harga-ayam-naik-ppim-syak-ada-kartel-jadi-dalang/

5932) PPIM SYAKI ADA 'KARTEL' MANIPULASI HARGA PASARAN AYAM - HARIAN METRO - 14/09/2021


Kuala Lumpur: "Saya mengesyaki ada 'kartel' (memanipulasi harga pasaran ayam) yang menjadi dalang dan persoalannya sampai bila kita mahu membiarkan mereka terus mengaut untung?" kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Nadzim memberi reaksi itu berhubung isu kenaikan harga ayam di pasaran akhir-akhir ini yang dikatakan berlaku akibat masalah pemerolehan dedak untuk ternakan itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kemungkinan wujud pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memanipulasi pasaran ayam di negara ini, sebaliknya berharap isu itu ditangani sebaik-baiknya kerana ia sudah berlarutan sejak sekian lama.

"Dalam setahun, dua kali saya menerima rungutan daripada pengguna mengenai kenaikan harga ayam di pasaran dan terbaru, saya terima aduan harga ayam dipercayai naik kerana dedak dan bahan itu bukan saja mahal, tetapi sukar diperoleh di pasaran.

"Perkara ini sensitif untuk diulas lebih lanjut kerana saya pasti ada penguatkuasaan dijalankan pihak berkuasa cuma tidak pasti sejauh mana hasilnya. Saya mengesyaki ada kartel menjadi dalang," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Nadzim juga meminta pengguna tidak menuding jari kepada peniaga dan penternak saja sebagai punca kenaikan harga ayam di pasaran, ini kerana semua pihak, termasuk pihak berkuasa bertanggungjawab menangani isu berkenaan.

Beliau turut mencadangkan kerajaan dan pihak berkuasa mewujudkan satu polisi jangka panjang yang bukan hanya berupaya menstabilkan harga ayam di pasaran tetapi menjaga kepentingan semua pihak.

Menurutnya, pengguna juga perlu bijak membuat pembelian dalam menghadapi kenaikan harga ayam di pasaran.

Katanya, langkah mengehadkan dan mengurangkan kuantiti pembelian kemungkinan boleh membantu menurunkan seterusnya menstabilkan kembali harga ayam.

"Jika harga ayam tinggi, cuba kawal dan kurangkan pembelian dengan mencari alternatif makanan lain.

"Seandainya permintaan kurang, harga ayam tentunya akan turun kerana ia berkait rapat dan pastinya nanti memberi manfaat kepada pengguna," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

PPIM SYAKI ADA 'KARTEL' MANIPULASI HARGA PASARAN AYAM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/754780/ppim-syaki-ada-kartel-manipulasi-harga-pasaran-ayam

Tuesday, May 30, 2017

3752) LAPOR JIKA ADA 'KARTEL' BAZAR RAMADAN - UTUSAN MALAYSIA - 30/5/2017

                                utusan malaysia 30.5.2017
 Kuala Lumpur 29 Mei - orang ramai diminta melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, koperasi dan kepenggunaan sekiranya mempunyai maklumat berlaku penyelewengan dalam penetapan harga makanan di bazar Ramadan. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sekiranya pengguna tidak tampil untuk membuat laporan penuh, dikhuatiri tindakan 'kartel' sedemikian akan menjadi satu trend yang sukar disekat pada masa depan. "Perkara ini amat baharu dan sebelum ia semakin menjadi-jadi pada tahun akan datang, eloklah pengguna melaporkan perkara tersebut kepada KPDNKK. "Melalui laporan yang dibuat, diharap satu siasatan akan dijalankan sekali gus membolehkan langkah untuk menghapuskan "kartel" itu yang hanya membebankan pengguna dapat diambil,"katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. Beliau berkata sedemikian ketika mengulas kenyataan aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye mengenai sesetengah peniaga di bazar ramadan menggunakan taktik meningkatkan harga makanan sehingga pembeli tidak mempunyai pilihan.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL