Showing posts with label Dr. Noorazman Bin Mohd Samsuddin. Show all posts
Showing posts with label Dr. Noorazman Bin Mohd Samsuddin. Show all posts

Friday, August 18, 2017

3996) PUSAT TAHANAN YANG AMAT KOTOR DAN MENJIJIKKAN - PPIM - 18/8/2017


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima jumlah aduan yang banyak daripada pengadu yang pernah ditahan di pusat tahanan yang mengatakan keadaan tempat tahanan tersebut berada dalam keadaan yang amat menyedihkan, memalukan dan dianggap bertentangan dengan ajaran Islam sepertimana Malaysia sebagai negara yang agama rasminya Islam.
Mengulas perkara tersebut, Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan berkata pihaknya banyak menerima aduan mengenai pusat tahanan yang sangat kotor dan tidak sesuai untuk dijadikan tempat untuk beribadat.
WhatsApp Image 2017-08-18 at 15.21.34
“Kita bukan hendak menunding jari atau menuduh siapa-siapa di dalam hal ini, tetapi perkara yang melibatkan isu kebersihan ini sangat penting kerana kita adaalah negara Islam” kata beliau pada sidang media PPIM hari ini.
Tambahan beliau, sikap layanan semasa di pusat tahanan adalah sama rata antara pesalah dan tidak bersalah. “Bukan semua orang di dalam lock up bersalah kerana ada yang ditahan di dalam hanya untuk membantu siasatan sahaja” jelas beliau.
Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Datuk Hishamuddin turut mempersoalkan bahawa orang yang ditangkap oleh pihak Polis tidak semestinya bersalah dan tidak sepatutnya diletakkan di tempat yang sama dengan orang yang bersalah.
“ Jangan disebabkan undang-undang kita lupa pada kemanusiaan” tegas beliau
WhatsApp Image 2017-08-18 at 15.22.40
Turut hadir bersama President Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO), Dr. Noorazman Bin Mohd Samsuddin. “Saya pernah ditahan di penjara Israel dan apabila saya masuk ke penjara mereka tidaklah lawa tetapi keadaan di dalam sana amat bersih berbanding dengan penjara tempat kita yang sangat kotor” katanya.
“Kami mengambil berat akan perkara ini, apabila keadaan penjara yang terlalu kotor maka masalah kesihatan boleh terjejas.” Beliau turut menyatakan sekiranya pihak berkuasa memerlukan bantuan dari pihak NGO mengenai perkara tersebut boleh duduk berbincang bersama mereka.
“ Saya pernah ke dalam sana (lock up), keadaan di dalam sana amatlah kotor, berbau busuk dan tidak sesuai untuk dibuat tempat sembahyang.,” kata Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi.
WhatsApp Image 2017-08-18 at 15.22.35
“ Orang masuk penjara untuk berubah tetapi bila keluar jadi makin teruk sebab suasana dan layanan yang tidak beperikemanusiaan dan perlu ada satu agensi ditubuhkan yang tugasnya adalah untuk menjaga penjara dan kebersihannya,” Yusuf berkata.
Beliau turut memohon kepada Kementerian Pendidikan, Kementerian Di Dalam Negeri, Ketua Polis Negeri dan Daerah untuk melihat kembali perkara ini.
Di akhir sidang media terbabit, Datuk Nadzim Johan meminta kepada pihak berkenaan untuk memantau perkara ini dengan serius dan mengatakan pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis bagi memantau perkara ini.
WhatsApp Image 2017-08-18 at 15.51.16

Thursday, April 27, 2017

3658) PPIM: BERI DOKUMEN SEMENTARA - UTUSAN MALAYSIA - 27/4/2017

                             utusan malaysia 27.4.2017

 KUALA LUMPUR 26 April - Satu kaedah baharu perlu dilaksanakan segera bagi mengatasi isu bukan warganegara dalam kalangan rakyat negara ini. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, inisiatif tersebut penting bagi memberi hak yang sama kepada mereka terutama dalam bidang pendi­dikan dan perubatan. “Satu dokumen sementara perlu diberikan kepada golongan ini supaya hak mereka terjamin atas dasar kemanusiaan dan jika tiada inisiatif yang diambil, ini bermakna kita menzalimi hak kemanusiaan mereka. “Dalam Perlembagaan Malaysia sendiri ada memperuntukkan hak kemanusiaan kepada semua orang dan mereka ini juga berhak mendapatkan hak yang sama,” katanya dalam sidang akhbar khas mengenai isu bukan warganegara di sini hari ini. Yang turut hadir, Presiden Pertu­buhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa, Dr. Noorazman Mohd. Shamsudin dan Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia, Zamri Zaimon. Mengulas lanjut, Nadzim berkata, walau apapun keadaannya golongan tersebut seharusnya mempunyai identiti. Sehingga kini jelasnya, terdapat lebih 15,000 penduduk di bahagian timur Sabah berdepan dengan status bukan warganegara. “Status mereka tergantung berikutan tiada kaedah yang dapat dilaksanakan untuk menyelesaikan isu berkenaan,” ujarnya.

Wednesday, April 26, 2017

3655) HAMPIR 300 RIBU RAKYAT MALAYSIA TIDAK MEMPUNYAI KAD PENGENALAN !!


26 April 2017 – “Hampir 300 ribu warga Sabah tiada kad pengenalan diri.” Kata President Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia, En. Zamri Zainon dalam satu sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Isu kesukaran warga asing memohon untuk menjadi warganegara Malaysia adalah benda yang menjadi kebiasaan didengari tetapi bagi warganegara Malaysia, yang lahir di Malaysia tiada kad pengenalan adalah perkara yang luar biasa.
 Walaupun sudah mempunyai surat beranak namun sukar bagi Cik Riana Mae Christopher Bakar (19 tahun) untuk memperolehi kad pengenalan, kerana ibu bapanya mempunyai masalah dalam sijil perkahwinan. Hampir 8 tahun beliau berusaha dalam memperolehi kad pengenalan namun sehingga kini masih gagal. Difahamkan beliau dilahirkan di Malaysia dan dibesarkan di Sentul, Kuala Lumpur. Kesan dari pemasalahan ini, beliau sukar untuk memohon pekerjaan untuk menyara kos hidup serta pembelajaran.
Menurut Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan (Toqqi). Beliau mengatakan bahawa setiap individu tidak kira apa jua status, mereka perlu mempunyai kad identiti. Ini bertujuan untuk memudahkan urusan-urasan perundangan dan juga sebagai data untuk rujukan pihak berkuasa. Jika perkara ini tidak diambil tindakan segera. Agak sukar bagi kerajaan untuk mengenal pasti individu jika mereka ini melakukan jenayah didalam Negara ini.
“Satu kaedah perlu dihalusi bagi menyelesaikan masalah tersebut.” Kata Toqqi, pihak PPIM merayu agar kerajaan melakukan sesuatu tindakan seperti menggubal undang-undang berkenaan isu kewarganegaraan tidak menjadi topik utama dalam pentadbiran kerajaan.
Selain itu President Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO), Dr. Noorazman Bin Mohd Samsuddin berpendapat bahawa setiap orang tidak kira status yang dimiliki olehnya berhak untuk menimba ilmu. Ketiadaan dokumen pengenalan akan menyukarkan kanak-kanak untuk memasuki alam persekolahan.
“Kita tidak tanya kenapa orang “Stateless” ini melakukan jenayah. Kita hanya tahu menghukum mereka sahaja.” kata Dr. Noorazman lagi, hak untuk bekerja bagi setiap insan perlu supaya mereka mampu menyara diri dan keluarga. Jika seseorang yang status tanpa kerakyatan tidak diberikan peluang untuk bekerja, mereka berkemungkinan melakukan perkara diluar dugaan seperti mencuri, meragut malah menjadi pembunuh upahan demi meraih kewangan untuk meneruskan kehidupan.
Oleh itu, pihak PPIM dan MHO menyeru agar kerajaan melihat perkara ini dengan serius serta mengambil inisiatif dalam membantu rakyat Malaysia yang tidak mempunyai apa jua bentuk dokumen.
IMG_3862 IMG_3956 IMG_3998 IMG_4056

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL