Wednesday, April 26, 2017

3655) HAMPIR 300 RIBU RAKYAT MALAYSIA TIDAK MEMPUNYAI KAD PENGENALAN !!


26 April 2017 – “Hampir 300 ribu warga Sabah tiada kad pengenalan diri.” Kata President Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia, En. Zamri Zainon dalam satu sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Isu kesukaran warga asing memohon untuk menjadi warganegara Malaysia adalah benda yang menjadi kebiasaan didengari tetapi bagi warganegara Malaysia, yang lahir di Malaysia tiada kad pengenalan adalah perkara yang luar biasa.
 Walaupun sudah mempunyai surat beranak namun sukar bagi Cik Riana Mae Christopher Bakar (19 tahun) untuk memperolehi kad pengenalan, kerana ibu bapanya mempunyai masalah dalam sijil perkahwinan. Hampir 8 tahun beliau berusaha dalam memperolehi kad pengenalan namun sehingga kini masih gagal. Difahamkan beliau dilahirkan di Malaysia dan dibesarkan di Sentul, Kuala Lumpur. Kesan dari pemasalahan ini, beliau sukar untuk memohon pekerjaan untuk menyara kos hidup serta pembelajaran.
Menurut Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan (Toqqi). Beliau mengatakan bahawa setiap individu tidak kira apa jua status, mereka perlu mempunyai kad identiti. Ini bertujuan untuk memudahkan urusan-urasan perundangan dan juga sebagai data untuk rujukan pihak berkuasa. Jika perkara ini tidak diambil tindakan segera. Agak sukar bagi kerajaan untuk mengenal pasti individu jika mereka ini melakukan jenayah didalam Negara ini.
“Satu kaedah perlu dihalusi bagi menyelesaikan masalah tersebut.” Kata Toqqi, pihak PPIM merayu agar kerajaan melakukan sesuatu tindakan seperti menggubal undang-undang berkenaan isu kewarganegaraan tidak menjadi topik utama dalam pentadbiran kerajaan.
Selain itu President Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO), Dr. Noorazman Bin Mohd Samsuddin berpendapat bahawa setiap orang tidak kira status yang dimiliki olehnya berhak untuk menimba ilmu. Ketiadaan dokumen pengenalan akan menyukarkan kanak-kanak untuk memasuki alam persekolahan.
“Kita tidak tanya kenapa orang “Stateless” ini melakukan jenayah. Kita hanya tahu menghukum mereka sahaja.” kata Dr. Noorazman lagi, hak untuk bekerja bagi setiap insan perlu supaya mereka mampu menyara diri dan keluarga. Jika seseorang yang status tanpa kerakyatan tidak diberikan peluang untuk bekerja, mereka berkemungkinan melakukan perkara diluar dugaan seperti mencuri, meragut malah menjadi pembunuh upahan demi meraih kewangan untuk meneruskan kehidupan.
Oleh itu, pihak PPIM dan MHO menyeru agar kerajaan melihat perkara ini dengan serius serta mengambil inisiatif dalam membantu rakyat Malaysia yang tidak mempunyai apa jua bentuk dokumen.
IMG_3862 IMG_3956 IMG_3998 IMG_4056

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...