Thursday, April 13, 2017

3606) HIMPUNKAN 200 ULAMA - HARIAN METRO - 13/4/2017

                  harian metro 13.4.2017

 Lebih daripada 200 ulama dunia akan berhimpun semperna Haflah Zikir Perdana Sedunia (HZPS) 2017 yang akan berlangsung di sini dan Putrajaya dari 26 hingga 30 Julai depan. Setiausaha Agung Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Sheikh Abd Kareem Sheikh Khadaeid berkata, haflah masjlis zikir memasuki  tahun ketiga penganjuranya namun kali ini, ia lebih bersifat antarabangsa kerana menghimpunkan ramai ilmuwan islam dari negara lain. Menurutnya, penganjuran halah mendapat kerjasama daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain antaranya Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Ta'lim Darul Murtadza, Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara (Gabungan AMIN) dan beberapa NGO lain. "Pada tahun ini, haflah zikir diberhagikan kepada dua komponen utama iaitu program ilmiah berbentuk persidangan. Untuk komponen ini, kami mengadakan Persidangan Ulama Antarabangsa 2017 dan Simposium Tarekat Tasawuf Nusantara. "Bagi komponen kedua pula, kami memperkenalkan bentuk hiburan berkonsepkan islam yang dikenali sebagai sama'. Bagaimanapun, program itu berbayar dan tempat terhad,"katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar, di sini, semalam. Hadir sama Yang Dipertua PERTAMA Datuk As'ari Ibrahim, Timbalan Yang Dipertua I Sheikh Abd Raof Nurin dan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dr Izham Nayan. Sheikh Abd Kareem berkata, pihaknya menjangkakan tokoh pemimpin negara akan hadir antaranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau berkata, anatara ulama yang dijangka hadir adalah Habib Umar Ben Hafidz, Sheikh Ali Juma'ah dan ilmuwan Islam serata dunia termasuk dari Maghribi dan Amerika Syarikat. "Semperna haflah zikir pada tahun ini, kami mengangkat tema Islam itu kedamaian yang menjanjikan satu lonjakan paradigma yang harus diperjuangkan secara konsisten. "PERTAMA menjangkakan 500,000 pengunjung hadir HZPS melebihi 500,000 mengikut komponen,"katanya.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...