Monday, April 3, 2017

3586)WUJUDKAN MEKANISMA PENETAPAN HARGA MINYAK – MALAYSIA HARI INI – 3/4/2017



3 April 2017 – Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan ditemuramah berkenaan Penetapan Harga Syiling Petrol dan Diesel Secara Mingguan di Malaysia Hari Ini @ TV3 pagi tadi.
Kini, antara mekanisma yang digunakan oleh Malaysia adalah “Automatic Pricing Mechanism” (APM) dimana kebanyakkan negara-negara luar telah pun menggunakan sistem ini.
Dari sudut PPIM, PPIM melihat bahawa mekanisma baru ini adalah yang baik. Namun, ia juga mempunyai kesan negatif nya tersendiri. Bedasarkan aduan-aduan yang dibuat oleh pemilik stesen minyak adalah mereka terpaksa menanggung beban dan ada juga terpaksa meminjam Ahlong untuk terus bertahan. Ini adalah kerana margin yang diperolehi oleh pengusaha-pengusaha adalah rendah. Oleh itu, mungkin perlu ada bantuan ataupun kerjasama yang lebih dari diantara syarikat-syarikat pengusaha minyak itu sendiri.
Syarikat minyak tidak perlu mempunyai sikap “Kiasu” dimana mereka mengaut keuntungan hanya untuk kumpulan mereka sahaja. Sikap ini perlu diubah supaya industri lebih sihat. Syarikat minyak perlu mengawal margin penjualan minyak kerana jika tiada pengawasan yang betul, ia mampu membunuh pengusaha-pengusaha stesen minyak yang kecil atau diluar bandar. Untuk menyelamatkan keadaan ini, syarikat minyak perlu mengekalkan margin supaya syarikat minyak kecil boleh bertahan dalam industri ini.
Seorang pengusaha stesen minyak, Puan Zati Abdullah mengatakan bahawa impaknya sangat besar kepada pengusaha-pengusaha stesen minyak kerana penurunan harga yang mendadak telah mengakibatkan pengusaha-pengusaha menanggung jumlah kerugian yang banyak.
Harapan PPIM agar syarikat minyak tertentu dapat lebih bertanggungjawab dalam menjaga pengusaha-pengusaha stesen minyak dibawah mereka supaya industri ini lebih berkembang maju.
WhatsApp Image 2017-04-03 at 9.01.37 AMWhatsApp Image 2017-04-03 at 9.01.39 AM WhatsApp Image 2017-04-03 at 9.01.41 AM WhatsApp Image 2017-04-03 at 9.01.42 AM

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...