Friday, April 28, 2017

3675) GUNAKAN KOTAK ROKOK BAHARU - KOSMO - 28/4/2017

                    KOSMO 28.4.2017 2 KOSMO 28.4.2017
KUALA LUMPUR – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NG0) menggesa kerajaan supaya mewajibkan syarikat pengeluar rokok memperkenalkan pembungkusan kotak rokok tanpa logo jenama pengeluar di Malaysia seperti yang akan dilaksanakan di Britain pada bulan depan. Pegawai Penyelidikan dan Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, N. V. Subbarow berkata, langkah drastik itu perlu segera dilaksanakan berikutan jumlah perokok semakin meningkat di negara ini. Statistik Kementerian Kesihatan mendedahkan setakat tahun 2015, terdapat lima juta perokok di Malaysia. Menurut beliau, pihaknya yakin pembungkusan kotak rokok tanpa logo jenama dan memiliki warna seragam serta tiada logo akan dapat mengurangkan bilangan perokok. “Langkah mewajibkan pihak terlibat melaksanakan pembungkusan kotak rokok tanpa jenama perlu dilaksanakan di Malaysia walaupun mungkin akan dibantah oleh mereka yang berkepentingan. “Tujuan utama kita adalah untuk mengurangkan jumlah perokok dan pesakit akibat merokok. Kos perubatan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan juga dapat dikurangkan,” katanya kepada Kosmo! semalam. Beliau mengulas mengenai pengenalan kotak rokok tanpa jenama yang akan dijual di Britain mulai bulan hadapan. Langkah tersebut diaporkan akan dapat mengurangkan sebanyak 300,000 perokok di Britain dalam masa setahun, kata sepasukan penyelidik di negara itu. Kotak rokok tanpa logo jenama itu diwajibkan memiliki warna, bentuk dan saiz tulisan yang seragam. Bagaimanapun, amaran kesihatan dan maklumat lain oleh kerajaan masih dikekalkan pada kotak rokok. Subbarow memberitahu, kempen yang dilaksanakan kerajaan selama ini seperti mempamerkan amaran kesihatan bergambar pada kotak rokok sejak 2009 dilihat tidak menunjukkan impak kepada golongan perokok. Senada dengan Subbarow ialah Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan yang bersetuju supaya kerajaan mewajibkan pihak pengeluar rokok memperkenalkan pembungkusan kotak rokok tanpa jenama di Malaysia. " Kita perlu serius dalam usaha mengurangkan jumlah perokok. Jika negara-negara lain berjaya berbuat demikian, kita boleh mencontohinya. " Kita lihat negara lain seperti Australia dan Perancis merupakan antara negara yang melaksanakan pembungkusan baharu itu dan  berjaya menunjukkan penurunan perokok," ujarnya.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...