Tuesday, April 18, 2017

3614) Harga minyak: Kaedah pengapungan mingguan langkah tepat - ismaweb

KUALA LUMPUR, 18 Rejab 1438H, Sabtu – Kaedah pengapungan terkawal secara mingguan bagi penetapan harga minyak adalah bertepatan buat masa ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Beliau berkata, ini kerana penetapan harga minyak di Malaysia dipengaruhi pasaran harga bahan api dunia yang tidak tetap. “Jika dilihat pada permulaan kaedah pengapungan secara mingguan ini dilaksanakan, sebanyak 17 sen telah diturunkan bagi RON95 dan 19 sen untuk RON97 serta sembilan sen bagi diesel…masyarakat masih lagi mendapat manfaat kerana harganya masih munasabah dan terkawal. “Bagaimanapun, kerajaan sentiasa bersiap sedia untuk mengambil langkah lebih proaktif sekiranya harga minyak dunia naik secara mendadak,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MyPrihatin Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) peringkat Parlimen Titiwangsa di sini, hari ini. Turut hadir, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Nadzri Siron dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan. Beliau mengulas masalah kenaikan harga minyak sebanyak dua kali sepanjang bulan ini yang dilihat membebankan rakyat. Johari juga tidak menolak kemungkinan peperangan di Syria ketika ini memberi impak kepada kenaikan harga minyak dunia. “Apabila ada serangan dari Amerika Syarikat terhadap negara itu (Syria) yang merupakan pengeluar minyak di rantau Asia Barat, maka pelbagai pihak berpendapat bekalan minyak dunia akan terganggu…ini antara berlaku peningkatan harga minyak secara mendadak,” katanya. Harga runcit mingguan bagi tempoh 13-20 April untuk petrol RON95 naik lapan sen kepada RM2.24 seliter, RON97 naik sembilan sen kepada RM2.52 seliter manakala diesel naik lapan sen kepada RM2.16 seliter. Sementara itu, pada program berkenaan, seramai 325 peserta berjaya mendapatkan lesen memandu percubaan motosikal B2 (motosikal tidak melebihi 250cc).- Bernama http://www.ismaweb.net/2017/04/harga-minyak-kaedah-pengapungan-mingguan-langkah-tepat/#

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...