Thursday, April 13, 2017

3606) Majlis Perasmian Penutup Program Myprihatin JPJ WPKL - PPIM - 13/04/2017

Majlis Perasmian Penutup Program Myprihatin JPJ WPKL
13 April 2017 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dijemput ke Majlis Pelancaran & Penutup Myprihatin JPJ Parlimen Titiwangsa di Dewan Komuniti Taman Maluri, Kg Pandan, Kuala Lumpur. Majlis ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Datuk Seri Haji Johari Abdul Ghani.
Mesyuarat Myprihatin yang dipengurusikan oleh Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) WPKL, Dato’ Md Zaki bin A. Rahman ini memberi pencerahan berkenaan dengan program Myprihatin kepada Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan dan aktivis-aktivis PPIM.
Program Myprihatin adalah sebuah program dimana ia dapat membantu golongan berpendapatan rendah bagi mendapatkan lesen kenderaan dengan harga yang berpatutan. Program ini mampu mengurangkan salah laku jalan raya seperti tidak mempunyai lesen kenderaan sekaligus membawa kepada kemalangan.
Selain itu, program ini bukan sahaja mensasarkan untuk membantu golongan tidak berlesen untuk mendapatkan lesen semata-mata. Malah, ia juga dapat mendidik masyarakat untuk menjadi pengguna jalan raya yang berhemah.
PPIM amat menyokong inisiatif ini dan berharap agar program ini dapat diteruskan diseleruh Malaysia dari semasa ke semasa demi mendidik masyarakat.
WhatsApp Image 2017-04-13 at 10.17.42 AM
WhatsApp Image 2017-04-13 at 10.24.38 AM WhatsApp Image 2017-04-13 at 10.24.39 AM WhatsApp Image 2017-04-13 at 10.24.41 AM WhatsApp Image 2017-04-13 at 10.24.42 AM

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...