Wednesday, April 19, 2017

3629) PPIM MOHON KERAJAAN KAJI SEMULA AKTA KWSP - SINAR HARIAN - 19/4/2017

                   sinar harian 19.4.2017
 Kuala Lumpur - Persatuan Pengguna Islam malaysia (PPIM) meminta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kaji semula dasar dan peraturan ke atas pengeluaran wang caruman KWSP sebelum mencecah usia 55 tahun bagi mengelak seseorang diisytiharkan muflis. Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, sejak akhir-akhir ini pihaknya menerima rungutan daripada pencarum KWSP yang tidak dibenar mengeluarkan wang caruman, walaupun telah mengemukakan alasan munasabah kepada KWSP dan Kementerian Kewangan. Menurutnya, ia menyukarkan pengadu menggunakan wang terutama bagi melangsaikan hutang, sedangkan mereka mempunyai hak mutlak ke atas wang disimpan di KWSP. " Dalam hal ini, pengguna kebanyakan meminta sebahagian wang boleh dikeluarkan untuk kegunaan mereka, contohnya dalam hal rumah akan dilelong. " Kita juga meminta bank beri laluan supaya rumah yang menjadi tempat perlindungan itu dapat diselamatkan. " Kami faham peranan KWSP sediakan faedah persaraan kepada ahli melalui pengurusan simpanan secara cekap dan boleh dipercayai," katanya pada sidang media PPIM berkaitan pengeluaran caruman KWSP. Hadir sama, seorang pengadu yang juga ibu tunggal, ingin dikenali dengan nama Kak J,54. Nadzim berkata, merujuk masalah menimpa Kak J, sudah sampai masanya satu akta baharu atau penambahbaikan dilakukan kerana ia dikira keperluan semasa terutama utnuk elak lebih ramai pencarum muflis. Wanita itu memberitahu, dia telah mengemukakan permohonan untuk pengeluaran wang daripada akaun 1 kepada KWSP sejak tahun lalu. " Akaun 2 KWSP sudah dikeluarkan bagi menyelesaikan masalah hutang dan kegunaan peribadi, kali ini saya perlukan wang untuk langsaikan pembiayaan perumahan dan jika gagal, rumah tersebut akan dilelong," katanya. Katanya, jumlah wang di dalam akaun 1 mencecah RM150,000 dan hutang bank yang sedang ditanggung lebih kurang RM54,000. Dakwa wanita itu, surat permohanan sama juga dirujuk kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri, namun sehingga hari ini tiada jawapan. Sinar harian cuba hubungi KWSP dan jawapan lanjut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...