Tuesday, April 11, 2017

3598) Izzah ajak MP perangi ah long - Sinar Online - 11/4/2017

SHAH ALAM - Kesedaran terhadap ancaman pinjaman ah long masih rendah dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya golongan Melayu.
Terpanggil mengenai perkara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menganjurkan forum 'Bahaya Ancaman Ah Long' di Parlimennya yang berlangsung semalam.
"Alhamdulillah kita berjaya mengadakan forum ini, di mana kita turut memanggil Dr Izham, wakil pakar motivasi dan pembanterasan gejala ah long daripada PPIM.
"Di kesempatan ini penduduk sekitar Lembah Pantai berpeluang mendengar sendiri tentang kengerian mangsa ah long menerusi penerangan  informatif oleh mereka," katanya kepada Sinar Online.
Berkongsi lanjut, Nurul Izzah berkata, menerusi forum itu, PPIM mendedahkan hampir 80 peratus daripada aduan yang diterima oleh pertubuhan itu adalah berkenaan pinjaman ah long daripada masyarakat Melayu, di mana ada di antara mereka yang terjebak dengan jenayah perjudian.
"Oleh itu saya akan minta kawan-kawan Parlimen saya dari Parlimen Batu dan Wangsa Maju untuk meneruskan program ini dan saya sendiri akan meneruskan program sebegini menerusi program jelajah seluruh KL untuk menyahkan warga kota daripada bahaya ah long," katanya.
Sumber Dari : 
http://www.sinarharian.com.my/nasional/izzah-ajak-mp-perangi-ah-long-1.656811
Izzah ajak MP perangi ah long
Sumber Dari: http://www.sinarharian.com.my/nasional/izzah-ajak-mp-perangi-ah-long-1.656811

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...