Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Toqqi dan beberapa Aktivis lain telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan Majlis Jamuan Muhibbah sempena Sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2018 yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor yang terletak di Jalan Maharajalela.
Majlis jamuan ini merupakan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
SHAH ALAM – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan supaya kerajaan dapat memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pembelian minyak masak dalam bentuk paket 1kg, susulan dakwaan kekurangan stok bekalan bahan itu sejak kebelakangan ini.
Ketua aktivisinya, Datuk Nadzim Johan berkata, langkah itu bagi memastikan kaedah, agihan subsidi untuk minyak masak paket dapat disampaikan kepada golongan sasar dengan sebaiknya, selain mengelak pihak lain mengambil kesempatan.
“Minyak masak paket ini sukar diperoleh di kedai runcit dan pasar raya kerana ramai membelinya dengan jumlah besar, dan jika adanya kad ini, ia hanya akan diberikan kepada pihak layak mendapat subsidi berkenaan.
“Dan kad ini juga, mungkin boleh disekalikan untuk pemberian subsidi lain seperti gas, minyak masak dan sebagainya katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Isu itu susulan, bekalan minyak masak paket disekitar Kedah, didakwa berkurangan sejak hujung Disember lalu, sekaligus menimbulkan kesukaran kepada pengguna. Difahamkan, masalah yang sudah hampir sebulan berlalu itu berpunca daripada pengurangan kuota bekalan minyak masak paket kepada pemborong dan peniaga, menyebabkan penjualan kepada pelanggan juga terpaksa dihadkan.
Mengulas mengenai perkara itu, Nadzim berkata, masalah bekalan minyak masak paket tersebut bukan hanya berlaku di utara tanah air sahaja, malah kawasan Lembah Klang turut dilaporkan berdepan masalah Sama. “PPIM telah menerima beberapa laporan daripada pengguna berhubung perkara ini sejak minggu lalu dan ia menunjukkan kawasan bandar turut berdepan masalah sama.
“Kebanyakan laporan yang diterima adalah berkaitan pengehadan pembelian minyak paket oleh pengguna sejak kebelakangan ini,” katanya. Nadzim memberitahu, kerajaan perlu menyediakan langkah jelas untuk pembelian minyak dalam paket tersebut supaya subsidi bagi bahan berkenaan dapat diagihkan dengan adil kepada individu layak. “Kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang-undang bagi melihat perkara ini secara menyeluruh kerana masalah ini sering dilaporkan berlaku” katanya.
BANGI, 27 NOV 2017 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) buat julung kalinya telah mengadakan Pertandingan Debat Belia 3.0 yang melibatkan lebih 30 buah universiti awam dan swasta terkemuka Malaysia.
Pertandingan Debat Belia 3.0 yang dianjurkan sendiri oleh Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Burhanuddin Helmi UKM dengan tajaan penuh dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dilihat berpotensi untuk melahirkan generasi muda yang berdaya saing disamping keterbukaan dalam melibatkan diri secara menyeluruh dalam pelbagai isu berbangkit yang berlaku di dalam Malaysia.
Pertandingan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 24 November sehingga 26 November 2017 menyaksikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang bertindak sebagai pembangkang dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang hadiah utama bernilai RM2,500.00.
Manakala tempat kedua pula berpihak kepada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia, Gombak yang bertindak sebagai kerajaan dengan habuan sebanyak RM1,700.00. Pusingan akhir di dalam dewan perdebatan panas dan tidak senang duduk membawakan isu “Belia : Dua Kerja Bukan Satu Pilihan” sekaligus mengiktiraf pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Tahun ke-3 UiTM Shah Alam, Dinie Zhafri Zainuddin sebagai pendebat terbaik.
Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Debat Belia 3.0 yang berlangsung di Persada Canselori UKM telah dirasmikan oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi sambil disaksikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni UKM, Dr. Mohd. Suzeren Md. Jamil, Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi UKM, Dr. Muhammad Rahimi Yusop, Pengarah Kreatif YPNM, Haji Yann Razal, para juri dan lebih 50 orang mahasiswa.
Program seperti ini dilihat mampu mencorak belia yang produktif dalam membentuk perhubungan korporat disamping menjana aset dan produk negara yang mampu menjadi tampok kepimpinan Malaysia pada masa akan datang. Semoga jalinan baik diantara PPIM, YPNM, UKM dan semua pihak yang terlibat dalam Pertandingan Debat Belia 3.0 akan diteruskan pada masa akan datang.
KUALA LUMPUR: A consumer group and an NGO have called for the police to look into improving the state of the country's police lock-ups.
According to the Malaysian International Humanitarian Organisation (MHO) and the Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM), the conditions found within some police lock-ups leave something to be desired.
MHO secretary-general Hishamuddin Hashim said that he had received reports that some lock-ups were lacking in regards to cleanliness and the food provided.
"The people detained (in these lock-ups) have not necessarily done anything wrong.
"Is it fair to put those who have not been found wrong in a place that is not suitable, in terms of cleanliness and facilities," Hishamuddin told reporters at a press conference here on Friday.
"We need to be firm with the law but we also need to be kind to human beings," he added.
PPIM chairman Datuk Nadzim Johan said that the authorities should provide appropriate facilities at the lock-ups, including prayer mats and clothing to enable Muslim detainees to perform their prayers.
"We are not asking for six-star service but basic needs must be met," said Nadzim.
Nadzim also suggested that existing bodies, such as the Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) or Bukit Aman's Integrity and Standard Compliance Department (JIPS), could take the lead in ensuring that those detained in police lock-ups receive their basic requirements.
Read more at http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/08/18/groups-want-police-lock-up-conditions-improved/#HUkBbhpKZTmPuhBP.99
Kes yang berlaku melibatkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan syarikat pajakan kenderaan dimiliki ‘Datuk Kabi’ bagaikan satu wake-up call kepada semua pihak yang terlibat.
Perkara itu tidak boleh dipandang mudah kerana titik-tolaknya mungkin lebih ramai rakyat yang menjadi mangsa tampil melakukan tindakan sendiri kerana sudah hilang kepercayaan kepada pihak berkuasa.
Bukan satu atau dua laporan polis dibuat, namun tidak ada satu usaha yang menampakkan perkembangan kes itu walaupun sudah berbulan lamanya hingga mereka meminta bantuan PPIM sebagai pemudah cara.
Tindakan yang mereka ambil mungkin salah menurut perspektif pihak berkuasa, namun apakah jalan yang mereka ada, hutang kepada bank sudah berbulan tidak berbayar hingga kereta terpaksa ditarik sedangkan laporan kepada pihak berkuasa sudah lama dibuat.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah berkata, apa yang berlaku itu boleh diibaratkan satu wake-up call kepada pihak berkuasa dan juga bank kerana mungkin menganggap ia perkara remeh.
“PPIM bertindak atas dasar menyuarakan suara rakyat yang telah lama terbuku dan itu adalah salah satu peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menjadi orang tengah kepada pihak berkuasa.
“Pihak berkuasa tidak seharusnya memusuhi NGO dan seharusnya menjadikan mereka sebagai rakan dalam menangani pelbagai isu yang mungkin selama ini terlepas pandang,” katanya.
Ketidakadilan banyak berlaku dan selalu yang menjadi mangsa adalah rakyat. Seharusnya pihak berkuasa dan bank perlu mengkaji mekanisme lain seperti memantapkan undang-undang sedia ada,
Pihak bank juga dilihat menggunakan mereka yang ditugaskan menarik kereta dalam kalangan yang terlibat dengan aktiviti gengsterisme kononnya memudahkan tugas mereka.
Jika pihak berkuasa mampu menjalankan tugas lebih efisien dan proaktif, perkara seperti itu mungkin dapat dielakkan dan rakyat boleh menjadikan pihak berkuasa tempat menyuarakan permasalahan mereka.
Apa yang dikhuatiri kini, apabila rakyat sudah tidak percaya dan tidak tahu ke mana saluran untuk mengadu masalah, akhirnya tindakan sendiri yang akan diambil yang pastinya mengganggu keamanan negara.
KUALA LUMPUR: Hasrat kira-kira 500 pemilik kereta untuk mencari pendapatan tambahan dengan cara memajak kenderaan untuk disewakan, musnah apabila mereka mendakwa ditipu syarikat pajakan berkenaan.
Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusof Azmi, berkata ada sesetengah pemilik kereta itu juga menghadapi kemungkinan muflis apabila syarikat terbabit tidak membayar ansuran bulanan seperti dijanjikan.
Katanya, pemilik kereta juga mendakwa tidak lagi menerima bayaran tambahan daripada syarikat terbabit sejak Disember lalu dan usaha untuk mendapatkan kembali kenderaan yang dipajakkan juga gagal.
Difahamkan, mangsa juga ada membuat aduan polis berhubung perkara itu tetapi ia tidak mengubah keadaan.
Yusof berkata PPIM menerima banyak aduan daripada mangsa yang mendakwa ditipu oleh syarikat pajakan kenderaan berkenaan.
"Hampir 500 pemilik kenderaan membabitkan kira-kira 1,500 kereta menjadi mangsa penipuan ini.
"Mangsa dijanjikan dengan pelbagai imbuhan menarik seperti syarikat menanggung bayaran bulanan kepada bank dan kemudiannya memberi bayaran tambahan kepada mereka," katanya pada sidang media, hari ini.
Terdahulu, kira-kira 20 pemilik kereta, ada yang memiliki tiga unit yang dipajakkan kepada syarikat itu, datang ke pejabat PPIM untuk membuat aduan dan meminta bantuan menyelesaikan masalah mereka.
Yusof berkata, pada peringkat awal syarikat berkenaan membayar ansuran bulanan kereta dan memberi bayaran tambahan kepada pemilik kenderaan tetapi keadaan berubah apabila syarikat berkenaan bertukar tangan.
Malah, Yusof berkata mangsa mendakwa syarikat itu bukan saja tidak membuat bayaran ansuran bulanan kereta kepada bank sehingga menyebabkan mereka hampir disaman pihak bank tetapi pada masa sama meminta mereka membayar pampasan sekiranya mahukan kereta mereka semula.
20 Jun 2017- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan satu sidang akhbar di Nagasari Kristal Sdn. Bhd, Sungai Buloh, berkenaan dengan kes pencabulan hak terhadap rakyat Malaysia yang menjadi operator stesen minyak yang turut dilayan seperti hamba abdi dengan kezaliman melampaui adab kemanusiaan.
"Wajarkah surat diberhentikan perkhidmatan hanya dengan notis 30 hari sedangkan kebanyakan mereka berkhidmat ada yang menjangkau 46 tahun?" antara persoalan yang diajukan oleh Ketua Aktivis PPIM, Dato' Nadzim Johan, berhubung isu ini.
"Mereka yang menjadi mangsa ini telah melaksanakan arahan kerajaan tetapi salah sebuah syarikat pengeluar minyak petrol gergasi sewenangnya melanggar arahan yang dikeluarkan" tambahnya lagi.
Dato Nadzim Johan turut berharap supaya isu ini dapat dinilai semula dan menyeru supaya semua jabatan mahupun pihak berwajib sama-sama berjuang menentang pembuli.
"PPIM akan terus membongkar kes-kes seperti ini dan kami minta Pengurus Besar (GM) syarikat minyak gergasi terbabit untuk tampil berjumpa dengan kami pada 30 Jun ini bagi menjelaskan sebab munasabah perkhidmatan beberapa operator ini diberhentikan secara mengejut" tambahnya lagi.
"Tujuan sidang media pada hari ini adalah untuk sesi pertanyaan dan bukan menuduh mana-mana pihak, sebab tiada sebarang sebab munasabah yang dinyatakan dalam notis yang diterima oleh semua operator" ujar Biro Undang-undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim, yang turut hadir bagi menegakkan hak beberapa operator yang terkesan akibat isu ini.
"Kesemua operator juga memaklumkan bahawa mereka telah berjumpa dengan syarikat gergasi terbabit tetapi tiada sebarang maklum balas yang diterima" tambahnya lagi.
Pihak berwajib digesa supaya mencari jalan penyelesaiaan yang adil bagi menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak tanpa menjatuhkan nama baik keduanya.
Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesyen Minyak Malaysia, Dato’ Mohd Rofaie Dato’ Mohd Hamdan, turut terkilan dengan tindakan yang dikeluarkan oleh syarikat minyak gergasi terbabit mengganggu periuk nasi kesemua yang terkena tempias dalam isu ini terutamanya kakitangan yang terpaksa diberhentikan menjelang Aidilfitri yang hampir tiba.
"Tiada satu proses untuk tamatkan perkhidmatan yang betul. Mereka hanya bagi satu surat dalam tempoh 30 hari perlu bungkus dan keluar dari premis" ulasnya.
“Kebanyakkan mereka adalah bumiputera, seharusnya kerajaan khususnya KPDNKK dapat mengambil tindakan yang terbaik bagi menyelesaikan isu ini.”
Peneraju Nagasari Kristal Sdn. Bhd, Fauziah Ahmad Fadzil, yang juga merupakan salah seorang mangsa pencabulan hak ini berharap bahawa pihak syarikat minyak gergasi terlibat dapat menyatakan sebab dan menjawab segala persoalan yang timbul.
“Selama 17 tahun, kami selalu dapat markah tinggi dalam perkhidmatan pelanggan, jadi mengapa kami perlu ditamatkan perkhidmatan?”
“Modal permulaan kami setengah juta tapi sewenangnya kami diberi notis tamat dalam masa 30 hari.”
“Harapan saya supaya KPDNKK jangan hanya melihat dari sudut OilCo sahaja, lihat juga dari pihak kami yang berada dihadapan ini seolah dianaiya.” tambahnya lagi.