Showing posts with label PENGARAH UNIT TINDAKAN KHAS. Show all posts
Showing posts with label PENGARAH UNIT TINDAKAN KHAS. Show all posts

Wednesday, August 23, 2017

3997) GROUPS WANT POLICE LOCK-UP CONDITION IMPROVED - THE STAR ONLINE - 18/08/2017

the star 21.8.2017
KUALA LUMPUR: A consumer group and an NGO have called for the police to look into improving the state of the country's police lock-ups.
According to the Malaysian International Humanitarian Organisation (MHO) and the Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM), the conditions found within some police lock-ups leave something to be desired.
MHO secretary-general Hishamuddin Hashim said that he had received reports that some lock-ups were lacking in regards to cleanliness and the food provided.
"The people detained (in these lock-ups) have not necessarily done anything wrong.
"Is it fair to put those who have not been found wrong in a place that is not suitable, in terms of cleanliness and facilities," Hishamuddin told reporters at a press conference here on Friday.
"We need to be firm with the law but we also need to be kind to human beings," he added.
PPIM chairman Datuk Nadzim Johan said that the authorities should provide appropriate facilities at the lock-ups, including prayer mats and clothing to enable Muslim detainees to perform their prayers.
"We are not asking for six-star service but basic needs must be met," said Nadzim.
Nadzim also suggested that existing bodies, such as the Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) or Bukit Aman's Integrity and Standard Compliance Department (JIPS), could take the lead in ensuring that those detained in police lock-ups receive their basic requirements.
Read more at http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/08/18/groups-want-police-lock-up-conditions-improved/#HUkBbhpKZTmPuhBP.99

Tuesday, July 25, 2017

3957) MENENTANG PENINDASAN HAK PENGGUNA - UTUSAN ONLINE - 24/07/2017

Menentang penindasan hak pengguna Utama Utusan Online
KEBELAKANGAN ini rancak perbincangan tentang kes penarikan kereta apabila Muhammad Yusuf Azmi, selaku Pengarah Unit Tindakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan beberapa insiden bantahan kepada tatacara penarikan kereta oleh pemberi pinjaman wang berlesen yang dilakukan secara tidak sah.
Pendedahan ini turut memanggil banyak pihak untuk menghujah keesahan serta kekurangan yang wujud dalam sindiket ‘pajak kereta’.
Secara  mudahnya, sindiket ‘sambung bayar’ kereta atau ‘pajak kereta’ berlaku apabila peminjam memberikan kereta yang mereka beli melalui sistem sewa beli kepada pemberi pinjaman wang berlesen.
Memandangkan peminjam ‘memajakkan’ kereta yang masih menjadi subjek kepada pinjaman kenderaan daripada mana-mana bank, pemberi pinjaman menjanjikan bahawa kereta mereka akan disewakan dan wang sewaan akan digunakan untuk membuat bayaran ansuran bulanan kepada bank untuk jumlah tertunggak di bawah pinjaman kenderaan itu.
Hal ini seperti sudah menjadi kebiasaan di Malaysia dan mungkin berlaku disebabkan beberapa alasan se­perti desakan hidup atau kesukaran memperoleh pinjam­an bank secara sah.
Malangnya, menurut pendedahan yang kerap dilakukan oleh PPIM, seringkali kereta yang ‘dipajakkan’ tidak disewakan dan ansuran bulan kepada bank di bawah pinjaman kenderaan tidak dijelaskan.
Akibatnya, pihak bank akan mengambil tindakan terhadap peminjam yang bukan saja kini dibebani de­ngan hutang di bawah pinjaman kenderaan tetapi juga ditambah dengan masalah mendapatkan semula kereta mereka dari pemberi pinjaman.
Hakikatnya, sindiket pajak kereta ini lebih mendatangkan bencana kepada pengguna berbanding kebaikan. Malahan budaya ini bertentangan dengan undang-undang di bawah Seksyen 36A, Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212) yang jelas memperuntukkan bahawa: “Mana-mana pemunya, peniaga, ejen atau orang yang bertindak bagi pihak pemilik yang mengumpul apa-apa bayaran berkenaan dengan perjanjian sewa-beli selain daripada bayaran yang disenaraikan dalam Jadual Kedua atau bayaran yang dibenarkan di bawah Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah akta ini.”
Kebanyakan pe­minjam mungkin memandang ringan impak yang akan dihadapi oleh mereka apabila menye­rahkan kenderaan kepada orang lain untuk disambung bayar, sehingga boleh menyebabkan peminjam jatuh bankrap, harta benda dilelong dan sebagainya.
Tindakan PPIM dalam meningkatkan kesedaran pengguna terhadap bahaya sindiket pajak kereta ini telah dimulakan lama dahulu dan masih berterusan. Tindakan berani PPIM dalam membantu peminjam dan pengguna bagi mendapatkan semula kenderaan mereka di salah sebuah premis kenderaan di Kajang baru-baru ini harus diberi pujian.
Malangnya, terdapat beberapa kecaman dan aduan pula yang dilontarkan untuk mengkritik tindakan PPIM ini. Kritikan terhadap PPIM amat dikesali dan diragui lebih-lebih lagi memandangkan PPIM telah banyak membantu ramai pengguna untuk mendapatkan hak mereka.
Penulis berpendapat, walaupun terdapat aduan untuk menyiasat PPIM atas dakwaan menceroboh, pihak berkuasa juga masih perlu menyiasat aduan penipuan yang telah dibuat oleh pemilik-pemilik kenderaan yang mendakwa telah diperdaya oleh sindiket pajak kereta ini dan jika benar terdapat kecurangan dilakukan, tindakan harus diambil dan mereka yang terbabit hendaklah dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan.
Penulis menggesa pihak kerajaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat yang mengendalikan perniagaan tidak sah serta berganding bahu bersama-sama dengan PPIM dalam mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna dalam isu sindiket pajak kenderaan ini.
Penulis turut menggesa agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat isu ini jika terdapat unsur salah guna kuasa dan ra­suah supaya masalah ini dibanteras dari peringkat akar umbi.
Masyarakat hendaklah bersatu dalam isu mening­katkan hak-hak pengguna demi memperkukuhkan kuasa pengguna di Malaysia.
Jika sindiket dan sistem pinjaman yang tidak sah masih dibiarkan berleluasa di Malaysia, hal ini hanya akan membenarkan hak pengguna terusan ditindas oleh mereka yang mengambil kesempatan di atas ke­sempitan hidup peminjam wang.
Lebih-lebih lagi memandangkan pemberi pinjaman wang sering kali menggunakan elemen kekerasan dan paksaan ke atas mereka yang dilihat lemah.
Jalan untuk menaikkan kuasa pengguna adalah de­ngan menghentikan era dominasi pemberi pinjaman wang secara tidak sah yang hanya mampu wujud dek kerana masyarakat masih memberi muka iaitu membenarkan pihak terbabit meneruskan penindasan ke atas peminjam.
PENULIS ialah pengamal undang-undang dan aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ).

Monday, July 24, 2017

3949) GAGAL BERTEMU PENGURUSAN CALTEX, PENGUSAHA STESEN KECEWA DIMINTA PERGI - FMT NEWS - 21/07/2017

Gagal bertemu pengurusan Caltex pengusaha stesen kecewa diminta pergi Free Malaysia Today Sekumpulan bekas pengusaha stesen minyak pergi ke Chevron Malaysia untuk mendapatkan penjelasan tetapi diminta pergi dari situ.

 KUALA LUMPUR: Sekumpulan bekas pengusaha stesen minyak pergi ke Chevron Malaysia, lebih dikenali sebagai Caltex, untuk mendapatkan penjelasan mengenai penamatan kontrak mereka tidak berpeluang menemui pegawai pengurusan syarikat minyak gergasi itu.

 Kira-kira 20 bekas pengusaha dan kakitangan mereka tampil di ibu pejabat Caltex di Menara Milenium, Pusat Bandar Damansara pada 4.30 petang tadi tetapi diminta pergi dari situ.

 Salah seorang bekas pengusaha, Fadzilah Abdul Hamid berkata para pegawai yang mereka mahu temui tidak berada di pejabat mereka atau di luar negara. Malangnya, ini bukan kali pertama beliau diminta pergi dari situ.

 “Dua hari lalu saya tidak dibenarkan naik ke tingkat 3 (pejabat Caltex). Kemudian, saya hanya boleh berurusan di kaunter. Hari ini, saya tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan,” katanya kepada pemberita.

 “Apa yang mereka takutkan? Sepatutnya Caltex mempunyai hubungan perniagaan dengan kita.”

 Menurutnya, mereka cuba berunding dengan syarikat antarabangsa itu sejak 7 bulan lalu tetapi gagal. Tadi mereka bagaimanapun sempat menyerahkan memorandum kepada wakil syarikat.

 Memorandum itu meminta syarikat menjelaskan sebab utama mereka menamatkan operasi 15 pengusaha stesen minyak mereka dan meminta syarikat menjawab mengapa pihak atasan tidak mahu bertemu mereka.

Turut serta Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz dan Pengarah Unit Tindakan Khas Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi.

 Khairul berkata pengusaha yang ditamatkan kontrak ini dilayan dengan buruk sekali. Beliau juga mendakwa cara penamatan kontrak 15 pengusaha itu dilakukan secara berat sebelah.

 “Kita adalah peruncit dan beli daripada syarikat minyak. Jadi dia kena ingat, kami penting sepertimana pelanggan penting kepada kami,” katanya.

 Bulan lalu, Caltex menamatkan kontrak 6 pengusaha stesen minyak atas alasan “keputusan perniagaan”. Caltex bagaimanapun tidak memaklumkan butiran mengenai penamatan itu, kerana mereka “tidak wajib memberi apa-apa sebab bagi penamatan itu”.

 “Pendirian kami ialah kedua-dua pihak perlu mematuhi peruntukan kontrak,” katanya dalam kenyataan sebelum ini. Fadzilah bersama 14 pengusaha dari Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak dilaporkan menerima notis penamatan operasi stesen mereka melalui notis 15 Mei lalu.

 Caltex memberikan tempoh 30 hari kepada mereka untuk menyerahkan stesen masing-masing. Penamatan kontrak itu menjadi kontroversi selepas pengusaha terbabit mendakwa ia dilakukan “tanpa alasan munasabah”, dan juga kerana ia berlaku beberapa hari selepas Aidilfitri.

 Dalam emel kepada FMT malam tadi, Caltex menjelaskan mana-mana pengunjung perlu membuat temujanji terlebih dahulu sebelum tarikh mesyuarat.

 Menurut Caltex, Fadzilah tidak dapat bertemu dengan pihak pengurusan kerana beliau tidak membuat sebarang temujanji.

 

 Artikel selanjutnya http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/07/21/gagal-bertemu-pengurusan-caltex-pengusaha-stesen-kecewa-diminta-pergi/

Friday, July 21, 2017

3943) WAKE-UP CALL KEPADA SEMUA PIHAK - UTUSAN ONLINE - 21/07/2017

i Wake up call i kepada semua pihak Nasional Utusan Online
Kes yang berlaku melibatkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan syarikat pajakan kenderaan dimiliki ‘Datuk Kabi’ bagaikan satu wake-up call kepada semua pihak yang terlibat.
Perkara itu tidak boleh dipandang mudah kerana titik-tolaknya mungkin lebih ramai rakyat yang menjadi mangsa tampil melakukan tindakan sendiri kerana sudah hilang kepercayaan kepada pihak berkuasa.
 
Bukan satu atau dua laporan polis dibuat, namun tidak ada satu usaha yang menampakkan perkembangan kes itu walaupun sudah berbulan lamanya hingga mereka meminta bantuan PPIM sebagai pemudah cara.
Tindakan yang mereka ambil mungkin salah menurut perspektif pihak berkuasa, namun apakah jalan yang mereka ada, hutang kepada bank sudah berbulan tidak berbayar hingga kereta terpaksa ditarik sedangkan laporan kepada pihak berkuasa sudah lama dibuat.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah berkata, apa yang berlaku itu boleh diibaratkan satu wake-up call kepada pihak berkuasa dan juga bank kerana mungkin menganggap ia perkara remeh.
“PPIM bertindak atas dasar menyuarakan suara rakyat yang telah lama terbuku dan itu adalah salah satu peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menjadi orang tengah kepada pihak berkuasa.
“Pihak berkuasa tidak seharusnya memusuhi NGO dan seharusnya menjadikan mereka sebagai rakan dalam menangani pelbagai isu yang mungkin selama ini terlepas pandang,” katanya.
Ketidakadilan banyak berlaku dan selalu yang menjadi mangsa adalah rakyat. Seharusnya pihak berkuasa dan bank perlu mengkaji mekanisme lain seperti memantapkan undang-undang sedia ada,
Pihak bank juga dilihat menggunakan mereka yang ditugaskan menarik kereta dalam kalangan yang terlibat dengan aktiviti gengsterisme kononnya memudahkan tugas mereka.
Jika pihak berkuasa mampu menjalankan tugas lebih efisien dan proaktif, perkara seperti itu mungkin dapat dielakkan dan rakyat boleh menjadikan pihak berkuasa tempat menyuarakan permasalahan mereka.
Apa yang dikhuatiri kini, apabila rakyat sudah tidak percaya dan tidak tahu ke mana saluran untuk mengadu masalah, akhirnya tindakan sendiri yang akan diambil yang pastinya mengganggu keamanan negara.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL