Showing posts with label merdeka ride 2017. Show all posts
Showing posts with label merdeka ride 2017. Show all posts

Monday, August 14, 2017

3994) Anita Bikers Club anjur aktiviti jelajah ASEAN - Malaysia Gazette - 14/8/2017

Snapshot
KUALA LUMPUR – Skuad Muda Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan dan Kelab motosikal berkuasa tinggi, Anita Bikers Club menganjurkan siri jelajah kembara ke seluruh negara termasuk ASEAN.
Presiden Anita Bikers Club, Anita Yusop berkata, penganjuran aktiviti tersebut bermatlamat untuk mewujudkan kesedaran serta membina etika pemanduan yang berhemah di atas jalan raya.
Selain itu katanya, ia sebagai menjalankan tanggungjawab sosial bersama dalam kempen kembara kemanusiaan tanpa mengira sempadan dan bangsa.
“Pada Ogos ini Jelajah Kembara kemanusiaan sempena bulan kemerdekaan akan menjelajahi ke seluruh semenanjung dan Borneo.
“Di samping itu kembara ini akan ke destinasi pelancongan dalam luar negara seperti negara Brunei,” katanya ketika ditemui pada majlis penutup Anita Merdeka Ride Kembara Kemanusiaan Dan Yayasan Patriot Negara di sini.
Disamping itu kata beliau, kembara tersebut akan merentasi beberapa destinasi pelancongan dalam dan luar negara seperti Brunei. – MalaysiaGazette

3993) YPNM SOKONG PROGRAM JELAJAH MERDEKA RIDE 2017 - UTUSAN MALAYSIA - 14/8/2017

utusan malaysia 14.8.2017
Kuala Lumpur 13 Ogos - Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) akan terus memberi sokongan padu kepada program amal, Merdeka Ride 2017 "Kembara Kemanusiaan" yang dianjurkan oleh Anita Bikers Club bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-60.
Program yang turut mendapat sokongan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Skuad 1JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu merupakan titik mula dalam menyuntik semangat patriotisma dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.
Timbalan Pengerusi YPNM, Datuk Nadzim Johan berkata,penjelajahan selama enam hari ke seluruh Semenanjung oleh enam penunggang motosikal berkuasa tinggi itu telah membawa mesej yang berguna kepada masyarakat.
"Kita cuba pendekatan berbeza dengan menyuntik semangat dalam diri anak-anak muda agar sayang kepada negara dengan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang penjelajahan tersebut.
"Dalam kita mengingatkan mereka dengan sambutan kemerdekaan, pada masa sama, kita dapat menggalakkan mereka untuk mempraktikkan kempen keselamatan serta pemanduan berhemah Go-Green dan kami Prihatin,"katanya.
Sebelum itu, beliau menyaksikan perasmian penutupan Merdeka Ride 2017 yang disempurnakan oleh Pengarah JPJ WPKL, Datuk Ismail Zawawi, yang turut dihadiri Pengerusi YPNM, Datuk Husainay Hashim.
Sementara itu, Presiden Anita Bikers Club, Anita Yusup berkata, siri kembara pada kali ini telah melahirkan ramai insan prihatin khususnya dalam kalangan peserta itu sendiri.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL