Kopi campur gelatin babi
Oleh Mary Victoria Dass dan Mohamad Fahd Rahmat
am@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.
Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.
“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.
“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.
“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya.
Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.
“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.
“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.
Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.
“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.
“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.
“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya.
PPIM : Berhati-hati dengan kopitiam/kedai minum. Pastikan ia milikan Islam, menggunakan produk Islam dan mempunyai logo halal yang DIIKTIRAF.
14 comments:
perketatkan undang-undang melalui Akta Halal...dan sebagai muslim..pastikan apa yang anda hendak mkn atau minum halal..! jgn pandang enteng hal-hal sebegini ..nampak kecil tetapi tetap jadi darah daging...sesetengah orang kata tak apa bukan mkn pun minum jer...nahh amik skrg ni...kopi pun ada geletin babi!!!
minta maaf bertanya, boleh saya/kami sebagai pengguna tahu produk apakah yg dimaksudkan itu?
perkara & hal yg sama jugak terjadi sejak dr dulu hingga sekarang.!!! yg menjadi mangsa org- org islam sendiri..,ttg halal & haram tu dah mmmg dah diperkatakan dlam ajaran islam lg..mcm tak ada kedai kopi org islam ke yg sampai kena pg minum jugak kat kedai tu.? dah tau yg berniaga tu bkn org islam..yg pg minum jugak tu buat apa.? org bkn islam kalau dia guna brg halal pun..adakah dr segi penyediaanya halal jugak.? kuatkuasa undang2 kita hanya pd logo halal. ada logo sah boleh masuk.yg x ada boleh apply.?? ini semuanya `TEPUK DADA TANYA IMAN`
PENGAJARANNYA:JANGAN MAKAN DAN MINUM DI KEDAI YG DIMILIKI OLEH ORG BUKAN ISLAM,WALAUPUN PEKERJANYA ORG ISLAM.
bila masuk bab halal, seolah-olah tiada pihak yang ada kuasa untuk bertindak. Kebanyakannya mengatakan yg pengguna harus berhati-hati dan tengok tanda halal sblm makan disatu-satu kedai. Kenapa produk yg tak halal namanya tak didedahkan, supaya pengguna boleh elak dari guna produk tersebut? kenapa hanya tindakan 'menasihati' sahaja yg boleh diambil? takat bagi nasihat, baik tak payah! cmana plak dengan salah guna logo halal? Bukan susah nak copy sijil halal tu. logo tu pun. kenapa takde directory restoran / produk halal diwujudkan. Yang ada kat website halal kerajaan tu dah lama berkubur dah. nak akses bukan main payah.
Kenapa kerajaan tidak membuat syarat bahawa setiap kedai makan patut meletak kan tanda HALAL atau TIDAK HALAL. Kalau iklan jenis makanan boleh di pamerkan kenapa tanda halal atau tidak halal di pamerkan.
Dengan itu pengguna Islam senang lah membuat pilihan
sokong ngn yes...sepatutnya kerajaan menetapkan syarat tersebut....sekalipun pekerjanya berperwatakan spt org Islam....kdg2, diorg hanya nk mengelirukan org Islam...
Tanda halal ni kadang2 tidak boleh percaya sangat sbb mereka boleh memalsukan sijil tersebut, dan kadang2 bila hari ini JAKIM bg sijil halal utk restoran ni, belum tentu esok atau lusa restoran tersebut masih dalam keadaan halal....jd alternatif yg terbaik pilih lh restoran org-org muslim...jd lh pengguna yang bijak memilih agar kita tidak tersalah pilih.....
Umat islam perlu peka dengan status kehalalan setiap produk makanan..kerana apa yang masuk dalam perut kita itulah yang akan menjadi darah daging kita
Dalam soal makanan halal, sebilangan umat Islam juga perlu dipertanggungjawabkan.
Ini kerana terdapat ramai di kalangan kita yang mengambil mudah tentang aspek halal.
Terdapat ramai umat Islam yang mana walaupun mereka tahu bahawa status halal sesebuah premis makanan diragui, namun mereka mengambil mudah perkara itu. Mereka tetap makan di premis tersebut.
Saya juga menyokong cadangan yes supaya setiap kedai makan meletakkan tanda HALAL atau TIDAK HALAL bagi memudahkan pengguna membuat pilihan.
Moga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan.
Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/
btul apa yang dperkatakan oleh saudara dan saudari sekalian...
seeloknya kita tidak patut amik ringan tntg hal yang kecik ini...
makanlah makanan yg halal dan bersih..
jgn makan makanan hanya sebab premis or kdai dya yg cantik, nama kdai yg gah sahaja, tp cubalah kita cari kedai makan yg bersih, mempunyai sijil halal, serta tiada ragu2, pemiliknya org islam, perkerjanya islam, x kesah lah kedainya sederhana sekalipun aslkan ada ciri2 yg mengikut kehendak syarak...
Yang mencari yang halal itu wajib...Saya tidak faham mengapa dihebohkan terdapat kopitiam yang menjual kopi haram tetapi PIHAK BERTANGGUNGJAWAB TIDAK MEMAKLUMKAN KOPITIAM DAN PRODUK YANG DIJUAL?Adakah ada unsur penyalahgunaan kuasa di sini?atau cuba melindungi kepentingan pihak tertentu?
Post a Comment