Thursday, March 24, 2011

ADUAN PILIHAN : MI SEGERA




136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.

Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.

Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

2) 10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

10 comments:

azlyana said...

hmm if the ingredients contains all those toxic..kenapa masih terjual di pasaran?..adakah KKM/ KPDN tidak memeriksa terlebih dahulu kandungan sesuatu produk sebelum memberi kelulusan penjualan?..dimanakah hak kita untuk mendapat makanan selamat?

miss said...

inilah makanan rutin harian bagi mahasiswa dan mahasiswi. Renung-renungkan bahan-bahan yang telah digunakan..Bagaimana negara ingin melahirkan graduan yang bertaraf dunis sekiranya mereka ini mengamalkan pemakanan yang salah

Unknown said...

Saya kira artikel ini kena nyatakan sumber bagi mengesahkan. Rujukan tanpa sumber lebeih bersifat propaganda sahaja.

Puteri Ariana said...
This comment has been removed by the author.
hijau said...

hbis la perutku...

Unknown said...

sikap berjaga-jaga perlu..
Makanan yang segera, banyak mengandungi bahan pengawet, pewarna dan perasa untuk memperlihatkan rupa yang cantik dan tahan lama..

Fikir-fikirkan lah..
terima kasih untuk tulisan ini.

Unknown said...

memang makanan segera ada byk kesan smpingnnya...jd berhati2lah semua pengguna skalian....

Unknown said...

kurangkan pengambilan makanan segera..

mutiara hati said...

owh...siapakah yg perlu bertanggungjawab bagi mengatasi isu ini....

nudin said...

PPIM mesti WAJIBkan setiap artikel ada sebut / nyatakan SUMBERnya... baru ada credicle / wibawa. mudah orang ramai nk semak...

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...