Kiosk ini mula beroperasi 2 bulan yang lalu dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat. Mini 'sembang-sembang cafe' kami ini menjual makanan dan minuman ringan keluaran usahawan Islam kami.
Sambil menikmati keindahan tasik atau santapan selepas beriadah di taman, antara juadah yang boleh dinikmati adalah buah-buahan potong, dadih, sandwich, kuih-muih tradisonal, nasi lemak, bihun, nasi dagang, murtabak, pelbagai cupcakes, pelbagai kerepek, ice blended, jus, popcorn, the tarik, susu kambing dan pelbagai jenis susu.
Datanglah ke kiosk kami berhadapan sekretariat/pejabat PPIM di 70x Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur.
Sebarang pertanyaan, cadangan atau jika anda berminat untuk meletakkan produk anda, hubungi kami di talian 0199130000 atau 0193591000.
BERSAMA MENYOKONG PRODUK ISLAM!
12 comments:
dah cuba dah mkanan kt gerai tu memang menarik dan sedap2..mai laa ramai2 datang sokong produk Islam
mari la ramai-ramai memeriahkan kiosk sambil membeli produk2 suci lagi halal.
semoga sembang-sembang kiosk ini akan berkembang maju pada masa akan datang dalam memartabatkan produk halal....insyaAllah, amalan yang baik akan dibalas baik....
makanan yg halal sahaja akan mendapat berkat dari ALLAH...sama2 lah kita menyokong barangan Islam.
Selain kita membantu membeli produk2 saudara seislam kita, kita juga boleh mncri info2 yg terdapat di PPIM..
semoga bukan barangan tmpatan hanya dijual di Kiosk n Cafe sembang2 je...tp entire of the world...hidup Islam...
Tempat yg nmpak menarik dan ceria...
Disamping boleh dpatkan mknan yg diyakini halal krn hasil keluaran sepenuhnya milik orang Islam,dan dpat juga kita mmbntu usahawan Islam yg baru ingin mnceburi bidang ini...
lokasinya yg strategi pasti membuatkan anda selesa dengan suasananya...datanglah beramai2
ni baru bukak ek?
selalu pergi yg kt the mall tu
insya Allah akan singgah dan menyokong produk muslim..
Yup kiosk ni bru je beropersi...jom la prgi...hrga pn ok je...
banyak menu2 yg menarik serta byk pilihan pasti anda tertarik...
Post a Comment