Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi telah menghadiri Sidang Meja Bulat Tergempar: Kontroversi Isu UEC 2.0 anjuran PERKASA Malaysia yang berlangsung di Anjung Melayu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).
Showing posts with label PERKASA. Show all posts
Showing posts with label PERKASA. Show all posts
Monday, January 26, 2026
Monday, December 22, 2025
AKTIVITI | PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN KE-16 PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA 2025 - PPIM - 20/12/2025
20 Disember 2025 - Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan@toqqi, telah menghadiri Persidangan Agung Tahunan ke-16 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) atas jemputan Presiden PERKASA, Tuan Syed Hassan Syed Ali.
Persidangan tersebut telah berlangsung di Dewan Tun Hamdan, Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah, mantan Pengerusi dan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Tuesday, January 22, 2019
4784) MAS IKLAN MASAKAN BABI SENSITIVITI UMAT ISLAM – UTUSAN MALAYSIA – 21/1/19
KUALA LUMPUR 20 Jan. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membantah promosi makanan dan gambar daging babi yang diterbitkan dalam iklan majalah Going Places dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) keluaran Januari 2019.
Naib Presiden merangkap Pengerusi Biro Hal Ehwal Agama Perkasa, Dr. Amini Amir Abdullah mendakwa, iklan yang disiarkan dalam ruangan Restaurant Openings itu jelas menyentuh sensitiviti umat Islam yang merupakan antara pelanggan utama syarikat tersebut.
“Apakah MAS yang merupakan syarikat milik penuh kerajaan Malaysia tidak lagi mempunyai sumber-sumber lain untuk menjana pendapatan?
“Pihak MAS perlu prihatin dan peka dengan sensitiviti umat Islam, paparan gambar daging stik babi dalam iklan tersebut amatlah menggusarkan umat Islam. Apakah tiada lagi makanan lain yang boleh diiklankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, jelas Dr. Amini Amir, MAS perlu meminta maaf kepada umat Islam dan perlu memastikan perkara tersebut tidak lagi berulang.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, semua pihak khususnya rakyat Malaysia sendiri perlu prihatin dengan keadaan persekitaran di negara ini termasuk akur dan menghormati bahawa Islam merupakan agama Persekutuan.
“Apa ertinya agama Islam sebagai agama Persekutuan jika tidak terlaksana, ia ada maknanya supaya dihormati. Apa juga yang terjadi kita kena sensitif dengan perasaan orang lain, cukup penting untuk memahami antara satu sama lain jika tidak akan timbul perselisihan.
“Sekiranya perkara sebegini dibiar berlarutan tentunya tidak akan membawa kebaikan kepada negara kita, masing-masing perlu menasihati antara satu sama lain dan saling faham-memahami. Saya amat berharap supaya perkara sebegini tidak diulangi lagi,” katanya.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya juga berkata, pihak pengurusan MAS wajar mengambil tindakan segera dan lebih sensitif pada masa hadapan supaya isu seperti itu tidak berulang.
“Sebagai sebuah syarikat penerbangan nasional, isu-isu sensitif seperti ini mesti disingkirkan. Janganlah hanya mengutamakan kepentingan penumpang-penumpang barat dan bukan Islam sahaja sedangkan penumpang dari Malaysia yang beragama Islam lebih ramai.
“MAS wajar mengambil contoh beberapa syarikat penerbangan dari negara-negara lain yang sentiasa mengutamakan budaya negara mereka, kita sahaja yang berlebih-lebih,” katanya.
Artikel oleh : Utusan Malaysia
MAS IKLAN MASAKAN BABI SENSITIVITI UMAT ISLAM
Share this:
Friday, October 27, 2017
4196) PERKASA SOKONG PPIM BANTERAS JUDI – UTUSAN MALAYSIA – 27/10/17
KUALA LUMPUR 26 Okt. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menyatakan sokongan dan pendirian untuk terus bersama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam usaha membanteras aktiviti perjudian negara.
Ketua Penerangan Perkasa, Datuk Ruslan Kasim berkata, tidak ada mana-mana agama di dunia menghalakan aktiviti tidak bermoral itu sebaliknya ia merupakan kesalahan yang besar.
“Aktiviti perjudian yang beroperasi secara berlesen mengikut perundangan negara atau sebaliknya merupakan kesalahan dalam setiap ajaran agama, moral dan budaya.
“Perkasa dengan penuh takzim menyokong usaha yang dijalankan PPIM dan tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang cuba melindungi aktiviti perjudian sama ada penjawat awam, pemimpin kerajaan atau pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, mendedahkan menerima beberapa ugutan dan ancaman daripada sindiket perjudian selepas membuat pendedahan berkaitan aktiviti berkenaan yang didalangi sembilan ketua digelar dragon yang mengutip RM5 bilion sebulan.
Kata Roslan lagi, Perkasa turut mendesak pihak berkuasa menyiasat perkara demikian sehingga ke akar umbi dakwaan dikemukakan aktivis PPIM mengenai kegiatan perjudian itu dan mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Sehubungan itu, Ruslan mengajak masyarakat bersama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mengembleng usaha dan tenaga bagi membanteras aktiviti yang tidak bermaruah berkenaan.
Wednesday, August 23, 2017
3998) "Lokap tak perlu selesa sangat, cuma jangan sampai menzalimi"- Ibrahim Ali - Astro Awani - 19/8/2017

KOTA BHARU: Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berbeza pandangan dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung tahap kebersihan lokap polis di seluruh negara yang dikatakan menjijikkan.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, keadaan lokap tidak perlu bersih kerana ianya dapat memberi pengajaran kepada tahanan.
Katanya, lokap adalah tempat tahanan sementara sebelum tahanan di hantar ke penjara jika didapati bersalah.
Katanya, lokap adalah tempat tahanan sementara sebelum tahanan di hantar ke penjara jika didapati bersalah.
Untuk itu, keadaan lokap yang jijik itu sepatutnya dapat memberikan pengajaran kepada pesalah sebaliknya jika lokap bersih, tahanan merasa selesa.
“Saya dalam bab ini terbuka untuk sedikit perbezaan pendapat dengan pihak PPIM, saya lebih mirip kepada lokap ini jangan selesa sangat, tapi jangan lah teruk sangat, janganlah sampai menzalimi.
“Sebab binatang pun ada klinik binatang, kos masuk klinik lebih mahal dari manusia, kucing, anjing, tapi itu lain, itu binatang peliharaan, ni orang yang buat salah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan PPIM yang melahirkan rasa kesal dengan keadaan lokap polis yang kotor dan menjijikkan
“Saya dalam bab ini terbuka untuk sedikit perbezaan pendapat dengan pihak PPIM, saya lebih mirip kepada lokap ini jangan selesa sangat, tapi jangan lah teruk sangat, janganlah sampai menzalimi.
“Sebab binatang pun ada klinik binatang, kos masuk klinik lebih mahal dari manusia, kucing, anjing, tapi itu lain, itu binatang peliharaan, ni orang yang buat salah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan PPIM yang melahirkan rasa kesal dengan keadaan lokap polis yang kotor dan menjijikkan
Ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya menerima lebih 30 aduan mengenai keadaan lokap di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang tidak menyenangkan.
Ibrahim juga berpandangan perkara ini perlu dirujuk kepada majlis fatwa bagi menetapkan satu garis panduan tentang kebersihan dalam lokap.
Beliau yang mempunyai pengalaman ditahan dalam lokap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengakui keadaan lokap menjijikkan, namun ianya merupakan satu pengajaran dan pengalaman yang memberi kesan kepada tahanan.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lokap-tak-perlu-selesa-sangat-cuma-jangan-sampai-menzalimi-ibrahim-ali-152870
Friday, April 28, 2017
3669) 23 NGO tubuh badan bertindak tentang Hindraf - Utusan Online - 26/04/2017
KUALA LUMPUR 26 April – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini bersetuju menubuhkan Badan Bertindak Melayu Islam (Bertindak) untuk menyeru semua umat Islam bangkit menentang kebiadaban pertubuhan haram Hindraf.
Bertindak yang diketuai peguam dan aktivis, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Hindraf sering mencabar dan menghina kedaulatan agama Islam di negara ini tanpa memikirkan soal sensitiviti umatnya.
“Sudah banyak kali mereka memalukan Islam dan terbaharu, mempertikaikan keputusan kerajaan memberi taraf penduduk tetap kepada pendakwah kontroversi, Dr. Zakir Naik yang dikatakan sebagai ancaman keselamatan negara.
“Sehubungan itu, Bertindak juga mahu mencabar Hindraf menerusi desakan kepada kerajaan untuk menyemak semula taraf kewarganegaraan ahli-ahlinya sama ada mengikut Perlembagaan atau sebaliknya berdasarkan Perkara 17 dan Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang akhbar di sini.
Yang turut hadir, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup.
Selain Perkasa dan MJMM, NGO lain yang turut terlibat menubuhkan Bertindak antaranya Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.
Dalam pada itu, Mohd. Khairul Azam menyatakan cabaran itu dibuat berdasarkan ahli-ahli Hindraf tergolong dalam 1.75 juta penduduk Malaysia bukan Melayu yang diberi taraf kewarganegaraan dari 1957 hingga 1970.
Jelas beliau, dalam tempoh tersebut, sesiapa yang diberi taraf kewarganegaraan perlu melakukan upacara angkat sumpah dan difahamkan mereka tidak menjalankan prosedur tersebut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/23-ngo-tubuh-badan-bertindak-tentang-hindraf-1.474612#ixzz4fVTWzeT1
© Utusan Melayu (M) Bhd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thursday, April 27, 2017
3662) NGO mahu kerakyatan 1.75 juta orang disemak semula - kinitv - 26/4/2017
3657) 23 NGO TUBUH BADAN BERTINDAK TENTANG HINDRAF - UTUSAN MALAYSIA - 27/4/2017

KUALA LUMPUR 26 April – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini bersetuju menubuhkan Badan Bertindak Melayu Islam (Bertindak) untuk menyeru semua umat Islam bangkit menentang kebiadaban pertubuhan haram Hindraf. Bertindak yang diketuai peguam dan aktivis, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Hindraf sering mencabar dan menghina kedaulatan agama Islam di negara ini tanpa memikirkan soal sensitiviti umatnya. “Sudah banyak kali mereka memalukan Islam dan terbaharu, mempertikaikan keputusan kerajaan memberi taraf penduduk tetap kepada pendakwah kontroversi, Dr. Zakir Naik yang dikatakan sebagai ancaman keselamatan negara. “Sehubungan itu, Bertindak juga mahu mencabar Hindraf menerusi desakan kepada kerajaan untuk menyemak semula taraf kewarganegaraan ahli-ahlinya sama ada mengikut Perlembagaan atau sebaliknya berdasarkan Perkara 17 dan Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang akhbar di sini. Yang turut hadir, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup. Selain Perkasa dan MJMM, NGO lain yang turut terlibat menubuhkan Bertindak antaranya Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Dalam pada itu, Mohd. Khairul Azam menyatakan cabaran itu dibuat berdasarkan ahli-ahli Hindraf tergolong dalam 1.75 juta penduduk Malaysia bukan Melayu yang diberi taraf kewarganegaraan dari 1957 hingga 1970. Jelas beliau, dalam tempoh tersebut, sesiapa yang diberi taraf kewarganegaraan perlu melakukan upacara angkat sumpah dan difahamkan mereka tidak menjalankan prosedur tersebut.
Tuesday, April 25, 2017
3649) Pengusaha pusat hiburan ‘dilindungi’? - Utusan Online - 23/04/2017
KUALA LUMPUR 23 April – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) didesak tidak ‘lepas tangan’ selepas meluluskan pemberian lesen kepada kelab-kelab malam, pusat hiburan keluarga dan pusat karaoke (KTV) yang bebas menjalankan kegiatan-kegiatan haram tanpa halangan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pasukan penguat kuasa PBT yang bertanggungjawab itu tidak sepatutnya hanya memakai ‘cermin mata gelap’ sehingga tidak nampak apa yang berlaku di luar sana sehingga premis-premis mereka dijadikan pusat kegiatan jenayah.
Beliau turut mengesyaki pengusaha-pengusaha premis yang menjadi lubuk kegiatan haram seperti pelacuran, perjudian haram, penjualan minuman keras selain menjadi pusat pengedaran dan penagihan dadah itu telah mendapat ‘perlindungan’ daripada orang-orang tertentu atau dalam kalangan penguat kuasa sendiri yang menerima wang perlindungan itu.
“PBT kena serius melaksanakan tanggungjawab. Pusat-pusat hiburan yang disyaki ini bukan terletak jauh pun tetapi hanya berlaku di kawasan mereka, depan mata sahaja.
“Inilah masalah yang berlaku jika penguatkuasaan lemah. Kadang-kadang mereka sendiri memberikan perlindungan kepada pengusaha-pengusaha pusat hiburan yang terlibat untuk membenarkan kegiatan haram ini berjalan. Ini belum lagi termasuk pusat-pusat hiburan yang 10 tahun sudah wujud tanpa lesen, bagaimana ini boleh berlaku?,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan khas Mingguan Malaysia hari ini berhubung kelab malam, pusat hiburan keluarga dan pusat karaoke kini dikenal pasti menjadi lubuk pelbagai kegiatan jenayah berdasarkan serbuan pihak berkuasa di premis-premis tersebut sejak kebelakangan ini termasuk yang terbaharu di selatan tanah air.
Dalam pada itu, Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Hassan Basri Muhammad berkata, kebanjiran pusat hiburan tanpa kawalan adalah berpunca daripada aspek penguatkuasaan yang lemah sehingga menimbulkan persoalan adakah mereka telah menerima rasuah daripada pengusaha-pengusaha premis berkenaan.
Beliau berkata, jika benar wujud situasi tersebut, kegiatan haram yang berlaku sekian lama itu tidak mampu diselesaikan sampai bila-bila.
“Tindakan penguatkuasaan yang lemah ini juga akibat pasukan yang terlibat saling menuding jari, apabila dihalakan kepada PBT, mereka kata tugas polis dan sebaliknya. Sepatutnya mereka melakukan tugas ini secara bersepadu dan menggunakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Begitu juga kerajaan negeri perlu bekerjasama dengan kerajaan Pusat walaupun tidak sama ideologi politik,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, kerajaan negeri khususnya di Selangor perlu menghentikan serta-merta pengeluaran lesen pusat hiburan dan keluarga walaupun tujuannya untuk memberikan hasil kepada kerajaan negeri.
Katanya, mana-mana lesen yang telah dikeluarkan perlu ditarik balik dan premis-premis tidak bermoral itu harus ditutup kerana melalui pemantauan yang dibuat, tidak ada satu pun premis yang kononnya menjalankan aktiviti untuk hiburan berkeluarga sedangkan pelbagai kegiatan haram berselindung di sebalik nama pusat hiburan itu.
“Lebih malang lagi apabila ada antara ahli majlis PBT yang dilantik kerajaan negeri telah melindungi pengusaha-pengusaha ini. Apa guna kerajaan negeri mengaut hasil daripada kerosakan akhlak yang telah berlaku dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pengusaha-pusat-hiburan-8216-dilindungi-8217-1.473009#ixzz4fDn2X9do
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, April 11, 2017
Tindakan LHDN beri impak – Utusan Online – 11/4/2017
KUALA LUMPUR 10 April – Tindakan tegas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap syarikat gergasi yang mengelak cukai merupakan satu peringatan kepada syarikat lain agar tidak melakukan kesalahan serupa.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, syarikat lain yang melakukan kesalahan sama sudah tentu tidak senang duduk dan akan segera menyelesaikan cukai yang masih belum dibayar.
Menurutnya, hasil daripada tindakan LHDN itu akan memberi impak positif terhadap aliran ekonomi negara.
‘‘Kesalahan ini bukan sesuatu yang baharu berikutan kelicikan ejen cukai yang dilantik. LHDN perlu lebih berhati-hati dalam bertindak. Apabila jejak yang disembunyikan ditemukan, pasti pihak yang memanipulasi undang-undang tidak akan terlepas daripada tindakan.
‘‘Penglibatan syarikat gergasi dalam kegiatan mengelak cukai adalah sesuatu yang amat memalukan dan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara dalam jangka panjang. Oleh itu, syarikat-syarikat yang turut melakukan kegiatan sama digesa untuk melunaskan cukai kepada LHDN,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Yusof berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah bahawa tindakan telah pun diambil terhadap syarikat-syarikat terlibat dengan menghentikan semua pembayaran balik selain diarahkan membayar jumlah cukai sebenar serta dikenakan penalti RM800 juta.
Katanya, LHDN juga sedang memburu sekurang-kurangnya 50 lagi syarikat korporat terkemuka dalam sektor telekomunikasi, hartanah dan perladangan yang turut melakukan kegiatan tidak bertanggungjawab itu.
Pengerusi Biro Integriti dan Anti Rasuah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Jais Abdul Karim pula berpendapat, individu yang mengendalikan mana-mana syarikat korporat perlu bersikap lebih bertanggungjawab dan tidak melakukan sebarang amalan yang boleh merugikan negara.
‘‘Mereka harus sedar bahawa masyarakat akan turut menerima kesan negatif apabila kerajaan tidak menerima sebarang pembayaran cukai. Pembangunan dalam negara menjadi sukar untuk dijalankan.
‘‘Semua pihak perlu sedar bahawa aliran ekonomi negara sedang lemah, maka janganlah ditambah pula dengan sikap dan budaya yang mementingkan keuntungan semata-mata kerana perbuatan sedemikian wajar dihentikan,” katanya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula berkata, pembayaran cukai adalah sesuatu yang wajib dan syarikat tidak perlu risau kerana mereka sebenarnya tidak akan mengalami apa-apa kerugian.
“Cukai yang dibayar adalah untuk membantu syarikat masing-masing meningkatkan prestasi perniagaan, namun dalam kes ini kebanyakan individu yang menguruskan syarikat tidak berlaku jujur dan akhirnya mereka terpaksa mengalami kerugian akibat kesalahan sendiri.
‘‘Perkara ini perlu dibendung agar kegiatan itu tidak menjadi ikutan kakitangan. Ejen-ejen cukai yang bersubahat memanipulasi kaedah percukaian yang diamalkan di negara ini sememangnya wajar dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran,” katanya.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/
3596) Tindakan LHDN beri impak - Utusan Online - 11/4/2017

KUALA LUMPUR 10 April - Tindakan tegas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap syarikat gergasi yang mengelak cukai merupakan satu peringatan kepada syarikat lain agar tidak melakukan kesalahan serupa.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, syarikat lain yang melakukan kesalahan sama sudah tentu tidak senang duduk dan akan segera menyelesaikan cukai yang masih belum dibayar.
Menurutnya, hasil daripada tindakan LHDN itu akan memberi impak positif terhadap aliran ekonomi negara.
‘‘Kesalahan ini bukan sesuatu yang baharu berikutan kelicikan ejen cukai yang dilantik. LHDN perlu lebih berhati-hati dalam bertindak. Apabila jejak yang disembunyikan ditemukan, pasti pihak yang memanipulasi undang-undang tidak akan terlepas daripada tindakan.
‘‘Penglibatan syarikat gergasi dalam kegiatan mengelak cukai adalah sesuatu yang amat memalukan dan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara dalam jangka panjang. Oleh itu, syarikat-syarikat yang turut melakukan kegiatan sama digesa untuk melunaskan cukai kepada LHDN,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Yusof berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah bahawa tindakan telah pun diambil terhadap syarikat-syarikat terlibat dengan menghentikan semua pembayaran balik selain diarahkan membayar jumlah cukai sebenar serta dikenakan penalti RM800 juta.
Katanya, LHDN juga sedang memburu sekurang-kurangnya 50 lagi syarikat korporat terkemuka dalam sektor telekomunikasi, hartanah dan perladangan yang turut melakukan kegiatan tidak bertanggungjawab itu.
Pengerusi Biro Integriti dan Anti Rasuah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Jais Abdul Karim pula berpendapat, individu yang mengendalikan mana-mana syarikat korporat perlu bersikap lebih bertanggungjawab dan tidak melakukan sebarang amalan yang boleh merugikan negara.
‘‘Mereka harus sedar bahawa masyarakat akan turut menerima kesan negatif apabila kerajaan tidak menerima sebarang pembayaran cukai. Pembangunan dalam negara menjadi sukar untuk dijalankan.
‘‘Semua pihak perlu sedar bahawa aliran ekonomi negara sedang lemah, maka janganlah ditambah pula dengan sikap dan budaya yang mementingkan keuntungan semata-mata kerana perbuatan sedemikian wajar dihentikan,” katanya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula berkata, pembayaran cukai adalah sesuatu yang wajib dan syarikat tidak perlu risau kerana mereka sebenarnya tidak akan mengalami apa-apa kerugian.
“Cukai yang dibayar adalah untuk membantu syarikat masing-masing meningkatkan prestasi perniagaan, namun dalam kes ini kebanyakan individu yang menguruskan syarikat tidak berlaku jujur dan akhirnya mereka terpaksa mengalami kerugian akibat kesalahan sendiri.
‘‘Perkara ini perlu dibendung agar kegiatan itu tidak menjadi ikutan kakitangan. Ejen-ejen cukai yang bersubahat memanipulasi kaedah percukaian yang diamalkan di negara ini sememangnya wajar dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran,” katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tindakan-lhdn-beri-impak-1.467791#ixzz4dttCmynN
© Utusan Melayu (M) Bhd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Monday, March 13, 2017
3548) BONGKAR LEBIH BANYAK " KELDAI CUKAI " - UTUSAN MALAYSIA - 13/3/2017

KUALA LUMPUR 12 Mac – Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara (NRRET) Jabatan Peguam Negara perlu membentuk pasukan petugas khas bersama agensi-agensi penguat kuasa berkaitan untuk melakukan lebih banyak pembongkaran berhubung kelicikan pihak tertentu mengelak pembayaran cukai. Pengerusi Biro Integriti dan Anti Rasuah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Jais Abdul Karim berkata, ini termasuk mengenal pasti mereka yang mempergunakan ‘keldai cukai’ dalam kalangan orang Melayu dan bumiputera untuk mengaut keuntungan berlipat-ganda dengan memanipulasi proses jual beli hartanah. Katanya, kebanyakan orang Melayu yang menjadi mangsa keldai cukai itu tidak sedar mereka dipergunakan hanya kerana telah ‘dibutakan mata’ dengan menerima imbuhan wang walaupun dalam jumlah sedikit. “Pasukan petugas khas ini amat perlu untuk membongkar lebih banyak kegiatan seumpama ini, kita percaya banyak lagi yang berlaku di luar sana daripada sekecil-kecil perniagaan hinggalah berstatus perniagaan besar yang mengaut keuntungan tanpa membayar cukai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas serbuan NRRET Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang membongkar perbuatan tidak membayar cukai oleh dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri. Pasukan berkenaan mendapati, kerajaan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit setahun akibat tindakan mereka tidak mengisytiharkan pendapatan sebenar bagi mengelak syarikatnya membayar cukai yang lebih tinggi kepada kerajaan. Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kegiatan berunsur ‘ekonomi gelap’ itu sudah lama berlaku dalam masyarakat sehingga ada di antara mereka mampu memperoleh keuntungan hasil perniagaan judi haram sehingga RM16 juta sehari tanpa membayar cukai. Sehubungan itu katanya, pasukan NRRET perlu diperkasakan untuk terus membongkar perbuatan mengelak cukai oleh pihak tidak bertanggungjawab itu dengan cara menyalurkan wang ke beberapa akaun lain. Pada masa sama katanya, pihak berkuasa juga perlu mencari satu kaedah supaya lebih mudah untuk mengesan kegiatan itu selain menjalinkan kerjasama dengan orang ramai supaya mereka turut bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.
Thursday, August 20, 2015
Tuesday, January 20, 2015
2411) FREE MALAYSIA TODAY - 16/01/2015 - Eric Paulsen Ada Masalah Jiwa – Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin menyifatkan Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen seorang yang mempunyai masalah jiwa kerana menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyebarkan fahaman ekstremis pada setiap Jumaat kepada umat Islam.
Menurut beliau, tindakan secara bersiri yang dilakukan Eric untuk menghentam orang Islam menerusi akaun Twitternya membuktikan bahawa beliau mempunyai penyakit.
“Kita kasihan pada beliau (Eric) kerana beliau ada penyakit yang saya rasa penyakit itu penyakit jiwa,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri perhimpunan aman gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu yang menyokong Ketua Polis Negara menangkap Eric di hadapan Masjid Bukit Aman.
Jelas beliau, NGO Islam dan Melayu sebelum ini tidak pernah mengambil tindakan terhadap kaum lain yang menghina Islam, tetapi bagi isu yang melibatkan Eric yang sejak akhir-akhir ini sering menghentam umat Islam maka tindakan wajar dikenakan terhadapnya.
Katanya, tindakan perlu diambil terhadap peguam itu supaya segala kesalahan perlakuannya sebeluam ini dapat diperbetulkan mengikut undang-undang negara ini.
“Kita berterima kasih kepada Ketua Polis Negara dan pihak berkuasa yang terlibat kerana telah mengambil tindakan mengikut undang-undang. Kalau beliau bersalah kenakan hukuman, kalau beliau tidak bersalah bebaskan beliau,” ujarnya.
Sementara itu, Yang Dipertua PERKASA Negeri Sembilan Ruslan Kasim berkata, tindakan yang dikenakan terhadap Eric merupakan keputusan yang tepat, untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain supaya mereka jangan cuba bermain dengan api untuk menimbulkan kemarahan umat Islam.
Sebanyak empat NGO menyertai perhimpunan tersebut antaranya, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).
Saturday, January 17, 2015
2390) UTUSAN MALAYSIA - 17/01/2015 - Sokong Ketegasan KPN
NGO Islam sokong tindakan tegas PDRM terhadap Eric Paulsen
KUALA LUMPUR 16 Jan. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini tampil di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman di sini bagi menyokong tindakan tegas yang diambil terhadap Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen.
Pertubuhan Pribumi Melayu Perkasa (Perkasa) antara NGO-NGO yang tampil menyerahkan Memorandum Menyokong Tindakan Tegas Ketua Polis Negara dan PDRM Terhadap Penghina Agama Islam di sini selepas solat Jumaat tengah hari ini.
Memorandum yang diserahkan kepada Urusetia Komunikasi Korporat PDRM, DSP Anwal Ab Wahab itu antara lain meminta agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak terlepas pandang terhadap kumpulan lain yang turut menghina Islam.
Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, Datuk Salleh Ismail berkata, banyak laporan polis yang dibuat terhadap kumpulan berkenaan tidak diambil tindakan.
"Perkasa bimbang jika mereka-mereka yang menghina kesucian Islam tidak diambil tindakan yang tegas, ini akan menyebabkan pihak lain yang tidak dapat mengawal kemarahan untuk mengambil tindakan sendiri.
"Kami melihat penghinaan agama Islam berlaku secara berterusan sejak 2008 dari kejadian melempar daging dan kepala khinzir sehingga insiden terbaharu melibatkan Eric Paulsen," kata Salleh.
Menurut Salleh, Perkasa mengalu-alukan Ketua Polis Negara dan PDRM menggunakan Akta Hasutan 1948 sebagai satu-satunya mekanisme yang ada untuk menyekat perbuatan menghina agama Islam di negara ini.
PDRM telah pun menahan Eric di pejabatnya, di Brickfield kira-kira pukul 9.45 malam ini pada 12 Januari lalu dan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.
Eric ditahan bagi siasatan terhadap kenyataan beliau di Twitter yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebarkan fahaman ekstremis pada setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam.
Eric kemudiannya dibebaskan pada 4.30 petang pada 14 Januari selepas direman dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. - UTUSAN ONLINE
Friday, October 24, 2014
2168) ARKIB BERITA PPIM - 29/9/2014 ASTRO AWANI - Gabungan NGO Melayu-Islam Gubal Memorandum Perpaduan Nasional
Ketua Sekretariat, Laksamana Madya (B) Datuk Mat Rabi Abu Samah pada sidang media selepas mesyuarat khas NGO-NGO Melayu-Islam Sebagai Penggerak Perpaduan Nasional. Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sebanyak 80 wakil gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu-Islam hari ini mengadakan mesyuarat bagi menggubal satu memorandum berkaitan perpaduan nasional.
Menurut Ketua Sektretariat gabungan tersebut, Laksamana Madya (B) Datuk Mat Rabi Abu Samah, memorandum itu akan dibentangkan di sebuah konvensyen yang dipanggil Konvensyen Perpaduan Nasional pada 23 November nanti.
"Kandungan memorandum ini merupakan pandangan NGO-NGO Melayu-Islam... kandungannya akan diketuahui pada konvensyen itu.
"Dan juga kita akan memperluaskan semua jemputan kepada semua tokoh-tokoh profesional, akademik, politik, termasuk tokoh-tokoh daripada Sabah dan Sarawak," katanya pada satu sidang media selepas mesyuarat khas tersebut.
Menurut beliau, kovensyen tersebut akan dianjurkan oleh gabungan itu yang dinamakan NGO-NGO Melayu-Islam Sebagai Penggerak Perpaduan Nasional dan dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jelas Mat Rabi, memorandum tersebut kemudiannya akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau wakil kerajaan.
Mengulas tentang perbincangan mesyuarat, beliau berkata antara isu-isu yang diutarakan termasuk isu hal-hal agama, ekonomi, kaum, pendidikan, Akta Hasutan serta institusi diRaja.
Katanya isu-isu perlu ditangani secara pro-aktif sebelum perkara yang lebih serius lagi timbul di masa hadapan.
"Kita tahu di Malaysia ini ada berbilang kaum.. hal-hal agama, ekonomi, pendidikan, serta banyak isu kalau tidak ditangani dengan bijaksana tentu akan menjejaskan perpaduan nasional dan akan menjejaskan keselamatan nasional," tegasnya.
Bagaimanapun, kata Mat Rabi, adalah terpulang kepada pihak berkuasa untuk mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan oleh NGO-NGO tersebut.
NGO-NGO Melayu-Islam Sebagai Penggerak Perpaduan Nasional merupakan gabungan NGO yang sebelum ini dikenali sebagai Barisan Perpaduan Nasional.
Gabungan tersebut yang pada awalnya terdiri daripada ditubuhkan atas tujuan membela kepentingan, keharmonian, kesejahteraan rakyat serta keamanan negara.
Gabungan NGO itu menyifatkan bahawa perpaduan mampu dicapai apabila kuasa dominan iaitu orang-orang Melayu mempunyai kuasa yang baik.
Antara badan-badan NGO besar yang turut serta dalam gabungan itu termasuk PERKASA, Muafakat, JATI, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), PEMBELA dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Wednesday, October 22, 2014
2164) ISMAWEB 21/10/2014 - NGO-NGO Islam Menunggu Tindakan Segera KPN
BANGI, 20 Oktober – Pimpinan-pimpinan NGO Islam menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan segera berhubung laporan polis yang dibuat oleh Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) semalam ke atas seorang ahli Gerakan Batu Pahat Johor, Tan Lai Soon kerana mengeluarkan kenyataan menghasut.
Setiausaha Biro Politik Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman mahu kes ini ditangani dengan segera.
Katanya, semua mata rakyat Malaysia sedang memerhatikan ke arah Ketua Polis Negara dan menunggu tindakan yang diambil.
“Jelas dan terbukti kenyataan Tan itu mengandungi unsur hasutan dan laporan polis telah dibuat. Maka Tan Sri Khalid harus laksanakan tanggungjawabnya sebagai KPN,” kata beliau ketika dihubungi.
Presiden Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ustaz Ismail Mina Ahmad berkata, Ketua Polis Negara perlu bertindak segera dengan laporan yang dibuat.
“Tidak perlu tunggu laporan yang lain. Laporan daripada PEMBELA sudah cukup untuk beliau bertindak dan membuat siasatan. Ini kerana tuduhan Tan kepada Melayu itu cukup berat dan bersifat huru-hara.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan juga meminta agar tindakan ke atas Tan Lai Soon perlu disegerakan.
“Ketua Polis Negara perlu bertindak dengan cepat. Kes seperti ini perlu ditangani secara serius apatah lagi kenyataan Tan itu berniat jahat. Mengatakan Melayu adalah pendatang adalah penipuan dalam sejarah,” tegasnya.
Manakala Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hassan Syed Ali menyatakan bahawa kata-kata Tan itu sebenarnya adalah antara cubaan pihak tertentu yang mahu bercakap apa sahaja bagi merealisasikan pemansuhan akta hasutan.
“Mereka mula berlatih sekarang ini. Jadi matlamat Perdana Menteri untuk membiasakan rakyat untuk menerima kenyataan sensitif selepas ini akan terlaksana,” katanya.
Tambah beliau, jika sebelum ini lambat tindakan yang diambil ke atas pihak tertentu yang mengeluarkan kenyataan sensitif kerana tekanan politik, tetapi kali ini Ketua Polis Negara harus bertindak segera kerana tidak mahu perkara seperti ini berulang lagi.
Semalam PEMBELA yang mewakili 82 pertubuhan Islam utama dan arus perdana membuat laporan polis ke atas ahli Gerakan Batu Pahat Johor, Tan Lai Soon kerana mengeluarkan kenyataan biadap dan menghasut apabila mengatakan Melayu juga adalah pendatang di negara ini.
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 10 pagi.
Friday, August 15, 2014
2097) MALAY MAIL ONLINE 10/8/2014 - The fault in our boycott - PPIM
The fault in our boycott
AUG 10 — It is a wonder how much McDonald’s and Starbucks have managed to grow in Malaysia in the past decades, considering the seasonal “boycott” and brickbats they get from the Muslim community from their so-called links to Zionists or Israel.
But then again, perhaps the reason why they have stayed this long is because the boycotts themselves have been, well, seasonal.
And right now, the season has returned for the Muslim community to boycott these companies, and many others including Tesco, Nestle and Coca-Cola. Furthermore, the intensity of the boycott seems to be the fiercest this time around as the Israeli armed forces continue their military offensive in Gaza.
There is just something fascinating about Malaysian Muslims’ obsession with the decades-long Israel-Palestine conflict, that elevates it above mere concern over the atrocious crimes of humanity being perpetrated with utmost impunity by Israel.
Is it because most Palestinians are Muslims? Then again this frenzy totally outstrips concern for other Muslims facing calamities all around the world, from the Rohingyas in Myanmar, to those in the Central African Republic, and even minorities under the Islamic State.
Inadvertently, this frenzy has led many Muslims here to jump headfirst, ignorant of their own boycott itself. Many Muslims and Islamic NGOs here have based their boycott on information provided by an anonymous website called Innovative Minds (Inminds), which started out as a company providing Islamic software. The list of boycotted companies was also endorsed by the London-based group Islamic Human Rights Commission.
However, not only is a lot of the information provided by Inminds outdated (it was last updated two years ago), but the list of companies are also invalid in the Malaysian context. This is simply because the Malaysian branches of the companies mentioned in the list, although same in name, are different entities altogether.
Take McDonald’s, for example. A commonly used argument is that any money spent in Malaysian McD outlets will eventually reach Israel through the non-profit charity group Jewish Unity Fund (JUF).
Fact of the matter is, only the US-based McDonald’s Corp contributes to JUF. McDonald’s Malaysia, being a local franchisee and a different company, has no links with JUF aside from paying its parent company a franchising royalty.
For many, this is enough to implicate Malaysian McD as guilty of supporting Israel. They do not really care whether the money spent actually funds the Israeli army. A tenuous link is enough.
I felt despair when I saw on Twitter young Malaysians producing a crude caricature of a flowchart linking McDonald’s Malaysia to Israel’s army as “concrete evidence” to justify their boycott. There were no sources, no numbers. Just a caricature, probably endorsed by an Islamic figure.
But then again, people do not want to be right. They just want to be righteous.
To be frank, there is a reason why the response to this conflict has always been such a frenzy: because it is being committed by Jews — which many Muslims see as their sworn enemies for centuries.
Unable to compete with the Jewish lobby worldwide, their giant multinational companies, or the Israeli state itself — with their more superior military and intelligence — the Muslim world might have felt that this time it has a chance to hurt the Jews where it hurts, and this boycott is their chance for a ‘jihad’ or a holy struggle.
Therefore, when presented with opposing arguments against their boycott — such as from the non-denominational BDS Movement Malaysia — some Muslims have even resorted to accusing the source or the messenger as pro-Jew or Zionists.
Some, bereft of facts to tackle the absence of evidence to implicate companies, fell back on that common Muslim accusation: that the Jews are born liars and tricksters, and there is no reason to believe these “facts” supplied by them.
The longer this boycott goes on, the more danger it will pose towards our fellow Malaysians who work for these companies.
We have already seen mass protests at McD outlets. We have heard anecdotes of McD and Starbucks staff being harassed and spat on. We have seen some publicly shame their consumers, with the attitude of “if you are not with us, you are with the Israelis”.
The way Malaysians are treating some of our fellow countrymen, it is as if they were the ones selling the bullets, the missiles, or the tanks that murdered those in Gaza. What fault did they commit in earning honest cash?
This is not a boycott. This is a misplaced, misguided show of anger and hatred. We are turning our own countrymen into targets, into proxies of a force that we ourselves cannot face.
Worse still, this is the sort of thing some see as a God-sent religious crusade, and there will be no reasoning with them.
When Muslim NGOs such as Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Perkasa, Pembina and the Muslim Consumers Association (PPIM) launch their month-long campaign today to show their rage, it will not be Israel which feels their anger. It will be our fellow Malaysians.
As for me, I will not be joining the boycott, at least not in this guise. I have no desire to be part of something which is steeped in ignorance, hatred, and at its heart is nothing more than a show of anti-Semitism.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/opinion/zurairi-ar/article/the-fault-in-our-boycott#sthash.jvg4TVhI.dpuf
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(245)
-
▼
June
(29)
- NEGARA IBARAT DIKAWAL KUASA VIRAL, MASALAH BOLEH S...
- RAKYAT MESTI DIBERI PERANAN PENTING TADBIR URUS NE...
- PPIM SOKONG USAHA TUKAR STATUS TANAH DATUK KERAMAT...
- KUASA VIRAL LEBIH BERKESAN DARIPADA ADUAN? UJAR TO...
- MUDAH SANGAT DAPAT PINJAMAN PUNCA RAMAI TERJERAT B...
- PPIM SOKONG CADANGAN TUKAR STATUS TANAH DATUK KERA...
- DATUK KERAMAT WAJAR DIBERI STATUS TANAH PEGANGAN K...
- PPIM CADANG JAWATANKUASA KHAS STATUS TANAH DATUK K...
- STATUS TANAH DATUK KERAMAT - KENYATAAN MEDIA PPIM ...
- AKTIVITI | LAWATAN TAPAK JABATAN PERTANIAN KE KEBU...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-54: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGURUS KANAN ...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA YAD SENATOR DATO' SE...
- PENGENDALI MEDIA SOSIAL MASIH GAGAL PATUHI GARIS P...
- MAMPU PERKUKUH KESELAMATAN DIGITAL - HARIAN METRO ...
- PENGESAHAN UMUR AKAUN MEDIA SOSIAL LINDUNGI KESELA...
- PPIM GESA PEMATUHAN PENUH KOD PENGESAHAN UMUR AKAU...
- GOVT'S AGE VERIFICATION REQUIREMENT FOR SOCIAL MED...
- PPIM GESA PLATFORM MEDIA SOSIAL PATUH KOD BAHARU -...
- LANGKAH KUAT KUASA PENGESAHAN UMUR BAGI PENGGUNA M...
- PPIM GESA PENYEDIA PLATFORM MEDIA SOSIAL PATUH CPC...
- PPIM BACKS SOCIAL MEDIA AGE VERIFICATION RULE - TH...
- LANGKAH PENGESAHAN UMUR PENGGUNA MEDIA SOSIAL WAJA...
- CONSUMERS GROUP CALLS FOR STRONG DATA SECURITY IN ...
- PENGESAHAN UMUR MEDIA SOSIAL LANGKAH WAJAR LINDUNG...
- PPIM YAKIN SYARAT PENGESAHAN UMUR BUKA AKAUN MEDIA...
- PPIM SOKONG PENGESAHAN UMUR AKAUN MEDIA SOSIAL DEM...
- AKTIVITI | LAWATAN TOQQI KE THE GREEN FACTORY - PP...
- PPIM SAMBUT BAIK PENGESAHAN UMUR AKAUN MEDIA SOSIA...
-
▼
June
(29)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)


.jpeg)











