Wednesday, August 23, 2017

3998) "Lokap tak perlu selesa sangat, cuma jangan sampai menzalimi"- Ibrahim Ali - Astro Awani - 19/8/2017

Snapshot
KOTA BHARU: Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berbeza pandangan dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung tahap kebersihan lokap polis di seluruh negara yang dikatakan menjijikkan.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, keadaan lokap tidak perlu bersih kerana ianya dapat memberi pengajaran kepada tahanan.
Katanya, lokap adalah tempat tahanan sementara sebelum tahanan di hantar ke penjara jika didapati bersalah.
Untuk itu, keadaan lokap yang jijik itu sepatutnya dapat memberikan pengajaran kepada pesalah sebaliknya jika lokap bersih, tahanan merasa selesa.
“Saya dalam bab ini terbuka untuk sedikit perbezaan pendapat dengan pihak PPIM, saya lebih mirip kepada lokap ini jangan selesa sangat, tapi jangan lah teruk sangat, janganlah sampai menzalimi.
“Sebab binatang pun ada klinik binatang, kos masuk klinik lebih mahal dari manusia, kucing, anjing, tapi itu lain, itu binatang peliharaan, ni orang yang buat salah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan PPIM yang melahirkan rasa kesal dengan keadaan lokap polis yang kotor dan menjijikkan
Ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya menerima lebih 30 aduan mengenai keadaan lokap di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang tidak menyenangkan.
Ibrahim juga berpandangan perkara ini perlu dirujuk kepada majlis fatwa bagi menetapkan satu garis panduan tentang kebersihan dalam lokap.
Beliau yang mempunyai pengalaman ditahan dalam lokap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengakui keadaan lokap menjijikkan, namun ianya merupakan satu pengajaran dan pengalaman yang memberi kesan kepada tahanan.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lokap-tak-perlu-selesa-sangat-cuma-jangan-sampai-menzalimi-ibrahim-ali-152870

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...