Wednesday, August 30, 2017

4014) KPDNKK TIDAK PILIH BULU PENAMATAN KONTRAK CALTEX - UTUSAN MALAYSIA - 30/8/2017

utusan malaysia 30.8.2017
Larut 29 Ogos - Dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) seolah-olah memperlihatkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Jamil Salleh tidak memperjuangkan pengusaha Islam berhubung penamatan kontrak pengusaha stesen minyak Caltex yang kini tular di media sosial adalah dakwaan tidak benar.
  Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sebagai Caring Ministry untuk semua rakyat di negara ini, pihaknya tidak memilih bulu, malah menjalankan tugas untuk mencari penyelesaian "menang-menang" bagi semua pihak.
  "Saya merasakan Ketua Setiausaha Kementerian  (KSU) saya telah melakukan sesuatu yang tepat dan membuat keputusan baik supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
  "PPIM tidak ada kena-mengena dalam isu ini. Oleh sebab itu, KSU tidak membenarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu untuk sama-sama berbincang dengan pengusaha dan syarikat minyak," katanya.
  Beliau yang juga Ahli Perlimen Larut berkata sedemikian selepas majlis penyerahan lembu korban semperna Aidiladha di pekarangan Pejabat Umno Bahagian Larut di sini hari ini.
  Sebanyak 145 lembu disumbangkan oleh Hamzah untuk diagihkan kepada 102 Cawangan Umno termasuk jabatan dan agensi kerajaan di kawasan Larut.
  Pada 15 Mei lalu, Caltex menyerahkan notis penamatan serta memberikan tempoh sehingga Jun untuk pengusaha menamatkan operasi stesen minyak masing-masing.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...