Showing posts with label LHDN. Show all posts
Showing posts with label LHDN. Show all posts

Tuesday, March 9, 2021

5458) AKTIVITI | MESYUARAT KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (OPERASI PERCUKAIAN) LHDN - PPIM - 09/03/2021

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri mesyuarat bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Datuk Mohd Nizom Sairi di LHDN Cyberjaya.

Tuesday, January 12, 2021

5281) AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA PEGAWAI LHDN JOHOR - PPIM - 12/01/2021

Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Johor, En Irman di Pusat Aktiviti PPIM, Kuala Lumpur.

Thursday, August 16, 2018

4593) LHDN PERLU PERJELAS ISU RM10 BILION SECEPAT MUNGKIN – UTUSAN MALAYSIA – 16/8/18

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu memberi penjelasan kepada berhubung isu RM10 bilion tuntutan lebihan bayaran yang belum dilunaskan kepada orang ramai.
Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sewajarnya pihak LHDN memberi penjelasan yang penuh dalam kenyataan yang berkait dengan rakyat ini.
“Setiap kenyataan yang diberikan secara berperingkat sehingga rakyat pun tidak tahu yang mana sahih dan tidak. Fakta kena betul, setiap kenyataan yang diberikan haruslah jelas kerana takut rakyat berfikir negatif mengenai isu ini.
“Kalau isu ini benar, kita harap perkara ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin, serta mohon melihat perkara ini dengan penuh kemanusiaan dan memberi kenyataan rasmi yang boleh dikeluarkan oleh kementerian,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.
Terdahulu LHDN telah menarik balik kenyataan yang dikeluarkan petang ini atas alasan hanya menteri berkenaan sahaja yang boleh memberi penjelasan
Utusan Malaysia semalam melaporkan sebanyak RM10 bilion lebihan potongan cukai pendapatan berjadual yang perlu LHDN kembalikan kepada pembayar cukai belum ditunaikan dan meletakkan agensi kerajaan berkenaan kini berhutang dengan rakyat.
Jika jumlah itu benar, ia akan memberi tekanan kepada kemampuan kewangan negara yang tentunya turut memberi kesan kepada ekonomi negara.- UTUSAN ONLINE
Artikel Oleh: Utusan Malaysia
LHDN PERLU PERJELAS ISU RM10 BILION SECEPAT MUNGKIN

Tuesday, April 11, 2017

3599) Tindakan LHDN Beri Impak - Utusan Malaysia - 11/4/2017

20170411
KUALA LUMPUR 10 April - Tindakan tegas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap syarikat gergasi yang mengelak cukai merupakan satu peringatan kepada syarikat lain agar tidak melakukan kesalahan serupa.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, syarikat lain yang melakukan kesalahan sama sudah tentu tidak senang duduk dan akan segera menyelesaikan cukai yang masih belum dibayar.
Menurutnya, hasil daripada tindakan LHDN itu akan memberi impak positif terhadap aliran ekonomi negara.
 
‘‘Kesalahan ini bukan sesuatu yang baharu berikutan kelicikan ejen cukai yang dilantik. LHDN perlu lebih berhati-hati dalam bertindak. Apabila jejak yang disembunyikan ditemukan, pasti pihak yang memanipulasi undang-undang tidak akan terlepas daripada tindakan.
‘‘Penglibatan syarikat gergasi dalam kegiatan mengelak cukai adalah sesuatu yang amat memalukan dan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara dalam jangka panjang. Oleh itu, syarikat-syarikat yang turut mela­kukan kegiatan sama digesa untuk melunaskan cukai kepada LHDN,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Yusof berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah bahawa tindakan telah pun diambil terhadap syarikat-syarikat terlibat dengan menghentikan semua pembayaran balik selain diarahkan membayar jumlah cukai sebenar serta dikenakan pe­nalti RM800 juta.
Katanya, LHDN juga sedang memburu sekurang-kurangnya 50 lagi syarikat korporat terkemuka dalam sektor telekomunikasi, hartanah dan perladangan yang turut me­lakukan kegiatan tidak bertanggungjawab itu.
Pengerusi Biro Integriti dan Anti Rasuah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Jais Abdul Karim pula berpendapat, individu yang mengendalikan mana-mana syarikat korporat perlu bersikap lebih bertanggungjawab dan tidak melakukan sebarang amalan yang boleh me­rugikan negara.
‘‘Mereka harus sedar bahawa masyarakat akan turut menerima kesan negatif apabila kerajaan tidak menerima sebarang pembayaran cukai. Pembangunan dalam negara menjadi sukar untuk dijalankan.
‘‘Semua pihak perlu sedar bahawa aliran ekonomi negara sedang lemah, maka janganlah ditambah pula dengan sikap dan budaya yang mementingkan keuntungan semata-mata kerana perbuatan sedemikian wajar dihentikan,” katanya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula berkata, pembayaran cukai adalah sesuatu yang wajib dan syarikat tidak perlu risau kerana mereka sebenar­nya tidak akan mengalami apa-apa kerugian.
“Cukai yang dibayar adalah untuk membantu syarikat masing-masing meningkatkan prestasi perniagaan, namun dalam kes ini kebanyakan individu yang me­nguruskan syarikat tidak berlaku jujur dan akhirnya mereka terpaksa mengalami kerugian akibat kesalahan sendiri.
‘‘Perkara ini perlu dibendung agar kegiatan itu tidak menjadi ikutan kakitangan. Ejen-ejen cu­kai yang bersubahat memanipulasi kaedah percukaian yang diamalkan di negara ini sememangnya wajar dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran,” katanya.

Tindakan LHDN beri impak – Utusan Online – 11/4/2017

KUALA LUMPUR 10 April – Tindakan tegas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap syarikat gergasi yang mengelak cukai merupakan satu peringatan kepada syarikat lain agar tidak melakukan kesalahan serupa.

Artikel Penuh: http://ift.tt/2oSIgeO
© Utusan Melayu (M) Bhd

Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3596) Tindakan LHDN beri impak - Utusan Online - 11/4/2017

Tindakan LHDN beri impak

Monday, March 13, 2017

3548) BONGKAR LEBIH BANYAK " KELDAI CUKAI " - UTUSAN MALAYSIA - 13/3/2017

                                UTUSAN MALAYSIA 13.3.2017
  KUALA LUMPUR 12 Mac – Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara (NRRET) Jabatan Peguam Negara perlu membentuk pasukan petugas khas bersama agensi-agensi penguat kuasa berkaitan untuk melakukan lebih banyak pembongkaran berhubung kelicikan pihak tertentu mengelak pembayaran cukai. Pengerusi Biro Integriti dan Anti Rasuah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Jais Abdul Karim berkata, ini termasuk mengenal pasti mereka yang mempergunakan ‘keldai cukai’ dalam kalangan orang Melayu dan bumiputera untuk mengaut keuntungan berlipat-ganda dengan memanipulasi proses jual beli hartanah. Katanya, kebanyakan orang Melayu yang menjadi mangsa keldai cukai itu tidak sedar mereka dipergunakan hanya kerana telah ‘dibutakan mata’ dengan menerima imbuhan wang walaupun dalam jumlah sedikit. “Pasukan petugas khas ini amat perlu untuk membongkar lebih banyak kegiatan seumpama ini, kita percaya banyak lagi yang berlaku di luar sana daripada sekecil-kecil perniagaan hinggalah berstatus perniagaan besar yang mengaut keuntungan tanpa membayar cukai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas serbuan NRRET Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang membongkar perbuatan tidak membayar cukai oleh dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri. Pasukan ber­kenaan mendapati, kerajaan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit setahun akibat tindakan mereka tidak mengisyti­harkan pendapatan sebenar bagi mengelak syarikatnya membayar cukai yang lebih tinggi kepada kerajaan. Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kegiatan berunsur ‘ekonomi gelap’ itu sudah lama berlaku dalam masyarakat sehingga ada di antara mereka mampu memperoleh keuntungan hasil perniagaan judi haram sehingga RM16 juta sehari tanpa membayar cukai. Sehubungan itu katanya, pasukan NRRET perlu diperkasakan untuk terus membongkar perbuatan mengelak cukai oleh pihak tidak bertanggungjawab itu dengan cara menyalurkan wang ke beberapa akaun lain. Pada masa sama katanya, pihak berkuasa juga perlu mencari satu kaedah supaya lebih mudah untuk mengesan kegiatan itu selain menjalinkan kerjasama dengan orang ramai supaya mereka turut bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Monday, December 15, 2014

2250) UTUSAN MALAYSIA - Jangan Beri Ruang, Peluang Kepada Sindiket

Nadzim Johan

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Kerajaan perlu meneruskan serbuan terhadap premis dipercayai terlibat dengan kegiatan haram supaya sindiket yang semakin berleluasa itu dapat dihentikan sepenuhnya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan berterusan perlu supaya sindiket yang merupakan kartel menjalankan aktiviti haram tidak langsung diberikan peluang dan ruang.

“Pegawai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu sentiasa menjalankan pemeriksaan terperinci terhadap syarikat yang gagal melunaskan cukai kepada kerajaan kerana sindiket ini dilihat cukup kuat menipu.

“Kita yakin, jika diberi ruang dan peluang kepada sindiket ini, sudah pasti penjenayah kecil akan bertukar besar dan mungkin bertambah besar jika tidak dikekang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Laporan eksklusif Mingguan Malaysia hari ini mendedahkan beberapa syarikat milik seorang ahli perniagaan yang diserbu kerana dipercayai gagal melunaskan cukai kepada kerajaan, rupa-rupanya berselindung di sebalik perniagaan ternakan ayam dan udang bagi menjalankan aktiviti perjudian haram empat nombor ekor (4D).

Malah, hasil daripada serbuan itu turut menemukan senarai nama pegawai dan anggota sebuah agensi penguat kuasa yang didakwa menerima habuan secara bulanan daripada sindiket tersebut.

Dalam pada itu, Nadzim berkata, amalan rasuah yang berlaku dalam kalangan agensi penguat kuasa tidak kira melibatkan pegawai atasan mahupun bawahan adalah didorong oleh imbuhan sangat lumayan.

“Rasuah ini bagaikan api. Untuk jangka masa pendek, mungkin boleh memadamnya menggunakan pemadam api tetapi untuk jangka panjang, perkara ini perlu dididik dari kecil bermula dengan keluarga dan peringkat sekolah.

“Perkara ini perlu dimulakan daripada sekolah supaya masyarakat terutamanya golongan muda dididik bukan untuk takut dengan undang-undang tetapi menjadikannya sebagai satu budaya,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, pihak berkuasa perlu bertindak lebih agresif dalam menjalankan siasatan dan serbuan.

“Buat masa ini, mungkin pengusaha menggunakan pelbagai taktik untuk mengaburi mata pihak berkuasa tetapi dengan adanya serbuan demi serbuan, sindiket ini pasti akan lumpuh,” katanya.

Monday, October 27, 2014

2185) UTUSAN 27/10/2014 - Masyarakat Perlu Jadi ‘Mata Dan Telinga’ Pihak Berkuasa

Datuk Nadzim Johan

Firdaus Abdullah

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Masyarakat perlu menjadi ‘mata dan telinga’ kerajaan dengan melaporkan aktiviti yang dipercayai berselindung di sebalik perniagaan sah bagi memastikan transaksi wang haram berjumlah berbilion ringgit berjaya digagalkan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, apa juga kegiatan sindiket haram tidak akan dapat dibanteras sehingga ke akar umbi sekiranya pihak berkuasa tidak mempunyai maklumat mencukupi.

“Kita sedia maklum perkara ini sudah lama diperdebatkan tetapi masalah ini dilihat masih gagal diselesaikan. Penglibatan masyarakat amat diperlukan kerana pihak berkuasa tempatan tidak mampu menangani isu ini secara bersendirian.

“Saya berharap semua pihak dapat membantu memberikan maklumat sekiranya mereka mendapat informasi yang berguna bagi memudahkan penguat kuasa menjalankan siasatan dengan lebih terperinci dan secara sistematik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan eksklusif Mingguan Malaysia hari ini yang mendedahkan lebih 15 syarikat berselindung di sebalik perniagaan sah di seluruh negara dikesan melakukan transaksi kewangan haram berjumlah berbilion ringgit hasil daripada pelbagai aktiviti jenayah seperti penyeludupan, penjualan dadah dan perjudian.

Dalam masa sama, PPIM mendesak pihak berwajib memperketatkan undang-undang sedia ada dan menjalankan pemantauan berkala.

“Kegiatan jenayah ini jika dibiarkan boleh menjejaskan ekonomi dan reputasi negara. Siasatan dan tindakan susulan perlu dilakukan secara berterusan dalam memastikan individu terbabit menerima hukuman yang setimpal.

“Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga disaran menjalankan siasatan dan meneliti senarai perniagaan yang gagal untuk membayar cukai, tidak mustahil mereka ini mungkin turut terlibat dalam kegiatan jenayah tersebut,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang lebih agresif dan proaktif dalam membendung isu melibatkan sindiket haram.

“Anggota berwajib harus memandang serius hal ini dan tidak mengambil jalan mudah untuk membanterasnya. Jangan lagi mengamalkan sikap ‘sekadar melepaskan batuk di tangga’ yang menyebabkan sindiket seperti ini terus bermaharajalela sehingga kini.

“Saya menyarankan pihak berwajib menggunakan pelbagai pendekatan yang khusus seperti memperbanyakkan anggota profesional, kelengkapan peralatan atau teknologi terkini dan juga ilmu pengetahuan tinggi agar isu ini dapat dibanteras segera,” katanya.

Sunday, October 26, 2014

2183) UTUSAN 26/10/2014 - Pasukan Khas Tangani Mesin Judi

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Kerajaan digesa menubuhkan satu pasukan khas menangani kegiatan mesin judi haram yang dianggotai oleh beberapa agensi dan jabatan kerajaan jika mahu memerangi kegiatan tersebut daripada terus berleluasa.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (gambar) berkata, pasukan khas tersebut mestilah daripada kalangan pasukan penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan lain-lain.

“PPIM mencadangkan supaya pemantauan secara bersepadu dilakukan pasukan khas yang dike­tuai oleh LHDN. Penglibatan agensi tersebut akan menakutkan aktiviti haram yang sering mengelak daripada membayar cukai dan sebagainya.

“Tindakan seperti menyita premis dan mengenakan cukai yang tinggi akan dapat mematikan pergerakan mereka. Penglibatan lembaga percukaian bagi membanteras aktiviti seperti ini telah pun digunapakai di negara maju seperti Amerika Syarikat dan ter­nyata berkesan,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai sindiket perjudian yang tidak gentar dengan serbuan pihak berkuasa dalam usaha membanteras aktiviti tersebut.

Nadzim turut menggesa masyarakat supaya menjadi 'mata dan telinga’ penguat kuasa dengan melaporkan segala aktiviti perjudian haram di kawasan mereka kepada pihak berwajib.

“Penglibatan masyarakat amat diperlukan kerana pihak berkuasa tempatan tidak mampu mena­ngani isu ini secara bersendirian,” katanya.

Sementara itu, Penaung Kuasa Ke-3, Datuk Zaaba Aman berpendapat bahawa kementerian, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak cukup serius dalam usaha membanteras kegiatan tersebut dari akar umbi.

“Pemantau secara berterusan perlu dilakukan pihak berwajib. Sikap sekadar melepaskan batuk di tangga telah menyebabkan sindiket lebih berani melakukan aktiviti tersebut tanpa memikirkan risiko yang bakal diterima.

“Selain itu, setiap agensi terlibat perlu melantik seorang pemberi maklumat yang boleh dipercayai dari kelompok masyarakat tempatan. Segala maklumat yang diberikan akan dapat memudahkan kerja-kerja pihak penguat kuasa untuk melakukan pemantauan,” katanya.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL