Showing posts with label METRO ONLINE. Show all posts
Showing posts with label METRO ONLINE. Show all posts

Friday, April 28, 2017

3672) Gadis tiada negara - Metro Online -27/4/2017

Kuala Lumpur: “Setiap hari saya bawa surat beranak untuk membuktikan bapa adalah warganegara dan saya dilahirkan di Sentul. Disebabkan ibu warga Filipina dan perkahwinan mereka gagal didaftarkan sebelum ini, saya menjadi mangsa keadaan,” kata Riana Mae Christopher Bakar, 29, yang sentiasa hidup dalam dilema kerana statusnya sebagai warga tanpa negara.
Menurutnya, dia mengimpikan kehidupan bebas seperti rakyat Malaysia lain dan dapat melakukan urusan seperti berkahwin secara sah, sekali gus memberi kerakyatan kepada anaknya kelak.
Selain itu, katanya, banyak urusan lain yang tergendala termasuk melancong ke luar negara.
“Sejak 2010 saya turun naik Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan taraf kerakyatan, namun jawapan mereka tetap sama iaitu permohonan saya ditolak,” katanya.
Mengulas isu itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, sudah tiba masanya kerajaan memberi perhatian khusus mencari alternatif untuk memberi kerakyatan kepada mereka yang betul-betul berhak.
1 copyGadis tiada negara
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 April 2017 @ 6:42 AM
Sumber Dari:
http://www.hmetro.com.my/node/224760

Thursday, February 16, 2017

3461) Tak Perlu Risau - Metro Harian -16/2/2017

                           metro1
Kuala Lumpur: Tindakan peruncit mengehadkan pembelian minyak masak jenis peket ke atas pelanggan di bandar raya ini mampu mengawal bekalan bahan mentah itu daripada kehabisan akibat pembelian panik sempena perayaan Tahun Baharu Cina dan Thaipusam, baru-baru ini. Tinjauan Metro Ahad di kedai runcit dan pasar raya di Wangsa Maju dan Semenyih, dekat sini, mendapati bekalan minyak masih mencukupi, sekali gus boleh menampung permintaan pelanggan.
Kebanyakan peruncit mengehadkan pembelian supaya bekalan di kedai mereka sentiasa ada selain mengawal pembelian oleh orang ramai secara pukal. Menurut seorang pemilik kedai runcit Azman Karim Abdullah, 50, tindakannya mengehadkan pembelian minyak masak jenis peket kepada dua saja setiap individu terpaksa dilakukan kerana ada antara mereka sengaja membeli secara pukal kerana mahu membuat simpanan stok. “Saya tidak rugi mengehadkan pembelian minyak masak kepada dua peket saja setiap individu kerana ada lagi pelanggan mahu membelinya dan rasa tidak senang apabila melihat bekalan itu habis di premis. “Setakat ini, bekalan minyak masak peket tiada masalah termasuk juga jenis botol cuma tempat lain saya tidak tahu pula,” katanya, di sini, semalam. Sementara itu, seorang lagi pemilik kedai runcit di Ampang, Asmah Halim, 45, berkata, sebelum ini premisnya mengalami kekurangan minyak masak jenis peket cuma berlaku dalam tempoh singkat saja. “Minggu lalu bekalan minyak jenis peket sememangnya tidak mencukupi kemungkinan disebabkan musim cuti dan ramai yang buat majlis kenduri. “Namun, masalah bekalan minyak masak itu hanya berlaku dalam beberapa hari saja sebelum kembali pulih seperti biasa,” katanya ketika ditemui, di sini. Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan kekurangan bekalan minyak masak jenis peket daripada pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Februari 2017 @ 6:46 AM

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL