Showing posts with label KACA TV. Show all posts
Showing posts with label KACA TV. Show all posts

Friday, April 18, 2025

PELANCARAN GALERI KERATAN AKHBAR MUKA HADAPAN DI PEJABAT PPIM - KACA TV - 17/04/2025

 

#KACATV

Himpunan lebih 500 naskah keratan akhbar muka hadapan yang berjaya dikumpulkan sepanjang 30 tahun penglibatan PPIM dalam menggerakan ke penggunaan barangan Islam.

#BERITA

Datuk Nadzim Johan (Toqqi) sempat melancarkan Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM sempena hari Rumah Terbuka PPIM.

Sambil itu Toqqi menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada pelbagai syarikat akhbar yang menjadikan berita berkenaan dengan PPIM sebagai berita muka hadapan.

Sumber: Kaca TV

PELANCARAN GALERI KERATAN AKHBAR MUKA HADAPAN DI PEJABAT PPIM

https://www.facebook.com/watch/?v=1310088580060463&rdid=IDLPHXBikHYXbOS5

Wednesday, February 12, 2025

“MEMBELIBELAH RAYA JADI MUDAH DI GALAXY MALL BAZAR RAMADHAN & EXPO RAYA MENANTI ANDA!!! - KACA TV - 12/02/2025

 

#KACATV

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) amat prihatin untuk membantu usahawan kecil dan sederhana untuk mengembangkan perniagaan mereka bagi meningkatkan ekonomi keluarga.

#BERITA

Justeru itu, diatas semangat ini PPIM bekerjasama dengan Galaxy Mall Ampang untuk memenuhi keperluan masyarakat di kawasan Ampang bagi memudahkan mereka untuk berbelanja. PPIM juga mengalu-alukan sumbangan pakaian terpakai yang masih elok dan sesuai untuk dijual semula sebagai pakaian Hari Raya kepada pengunjung dengan harga yang berpatutan. Tempat ini juga mempunyai Gelblaster, Go Kart, Master Art Centre dan lain-lain.

Sumber: Kaca TV

“MEMBELIBELAH RAYA JADI MUDAH DI GALAXY MALL BAZAR RAMADHAN & EXPO RAYA MENANTI ANDA!!!

https://www.youtube.com/watch?v=AFvFLr1e3SM

Wednesday, September 18, 2024

PPIM KECAM KENYATAAN PEMIMPIN DAP BERKENAAN ISU SIJIL HALAL. - KACA TV - 18/09/2024

 

#KACATV

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengecam kenyataan oleh dua pemimpin DAP, YB Teresa Kok dan YB Anthony Loke berhubung isu sijil halal baru-baru ini.

#BERITA

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata pihaknya mahu tindakan tegas diambil terhadap sesiapa sahaja yang mengganggu-gugat ketenteraman dan keharmonian rakyat Malaysia. PPIM berpendapat sebagai pemimpin parti politik yang kini menerajui negara, kedua-dua mereka seharusnya lebih peka mengenai sensitiviti agama dan masyarakat di Malaysia.

Sumber: Kaca TV

PPIM KECAM KENYATAAN PEMIMPIN DAP BERKENAAN ISU SIJIL HALAL.

https://www.youtube.com/watch?v=eNIPElgK5v4&t=920s

Friday, August 23, 2024

PELANCARAN PERSIDANGAN MEJA BULAT KEPIMPINAN NGO MALAYSIA DAN MASYARAKAT - KACA TV - 23/08/2024

 

#BERITA #KACATV

#KACATV

Pelancaran persidangan Task Force Rakyat yang menghimpunkan 100 NGO utama seluruh negara.

#BERITA

Task Force Rakyat ini bagi membincangkan tindakan segera berkenaan isu-isu yang mendesak demi kepentingan rakyat dan membawa Negara ke arah keharmonian yang berkekalan serta lebih bermakna.

Persidangan yang dijadualkan berlangsung pada 7 September 2024 bertujuan untuk membentangkan cabaran dan permasalahan kritikal serius yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia, terutamanya akibat kelemahan pentadbiran dan agensi, ahli-ahli politik, pengaruh kartel, tonto, GLC, penguasaan kapitalis, isu tanah, pendatang haram, kesihatan termasuklah campur tangan globalis dalam sistem pentadbiran negara-negara membangun serta memahami cabaran negara berhadapan dengan kuasa-kuasa besar dunia yang menekan kerajaan, rakyat dan kemanusiaan.

Isu-Isu Tumpuan Mendesak Yang Dibawa Kepada Task Forca Rakyat:

 Isu Utama:

  1. Isu rakyat & ancaman : Balckrock - Agen Israel - Pelancong china lesap -   Ekonomi - Hutang negara.
  2. Polisi kesihatan di Malaysia : Kematian mengejut - Kelahiran menurun - Kesan AEFI - Detox - Program vaksinasi kerajaan.
  3. Ancaman dan tekanan terhadap rakyat : Akta 342 - Akta 775 – IHR2005.
  4. Krisis perlembagaan : Rezab tanah - Krisis kuasa suruhanjaya diraja - Hak kebebasan rakyat.
  5. Isu agama perpecahan - Peranan agensi agama - Status Stateless - Fatwa.

Sumber: Kaca TV

PELANCARAN PERSIDANGAN MEJA BULAT KEPIMPINAN NGO MALAYSIA DAN MASYARAKAT

https://www.youtube.com/watch?v=66wrM7d

Monday, October 3, 2022

SIAP SIAGA MENGHADAPI BENCANA - KACA TV - 01/010/2022

 

#KACATV

Banjir merupakan bencana alam yang boleh mengancam kehidupan dan ekonomi negara. Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam yang ketiga terbesar yang telah banyak mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda. Masalah banjir di negara ini yang disebabkan tibanya musim tengkujuh dan banjir kilat akan berterusan walaupun pelbagai langkah struktur dan bukan struktur dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kesannya. Sebagai orang awam, kita berperanan untuk bersiap sedia menghadapi ancaman bahaya banjir dengan bertindak lebih awal.

#BERITA

Kuala Lumpur 27 September 2022 (Selasa) bulan kesiapsiagaan bencana banjir pada Oktober 2022 perlu diteruskan untuk tahun-tahun yang seterusnya sebagai langkah persediaan awal untuk hadapi bencana alam ini.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil mengambil inisiatif untuk memberi pendedahan awal kepada rakyat serta turut membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan dalam menghadai situasi bencana alam banjir ini. Sebagai langkah berjaga-jaga, rakyat perlu diberi latihan simulasi ketika berdepan dengan bencana banjir dan diberi pendedahan awal terhadap kepentingan menyimpan barang-barang penting sebelum banjir berlaku.

Menurut YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Bulan kesiapsiagaan hadapi bencana banjir ini bukan sahaja melibatkan segala persediaan dalam kalangan NGO atau agensiagensi pertolongan yang lain, malahan rakyat juga memainkan peranan penting untuk mempersiapkan diri dan keluarga.

Selain itu, pihak kerajaan juga perlu lebih jelas terhadap kepentingan semasa, antaranya dengan penangguhan Pilihan Raya Umum (PRU) ke15 dengan membantu rakyat dan memberi pampasan awal kepada mereka yang terjejas dengan banjir.

Dalam pada itu, beliau turut berpendapat aktiviti penyelenggaraan di kawasan longkanglokang yang tersumbat perlu dilakulan dengan kadar segera.

“Bukan payung yang perlu disediakan sebelum hujan, tapi cangkul untuk menyelenggara kawasan-kawasan ini”, YB Tuan Ahmad Fahmi.

Tambah Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis PPIM, pihak kerajaan juga perlu mempunyai satu senarai semak berkenaan makanan dan bantuan-bantuan khas. Hal ini bertujuan untuk memudahkan pihak kerajaan memantau segala keperluan yang diperlukan oleh rakyat terutamanya ketika berdepan dengan situasi bencana banjir.

“Setelah kita lihat pada tahun lepas, masih ramai pihak-pihak kementerian yang memilih untuk bercuti berbanding dengan turun padang bagi membantu rakyat yang dalam kesusahan. Oleh itu Perdana Menteri perlu meneliti semula perkara ini,” Datuk Nadzim Johan.

Selain daripada rakyat perlu bersedia dan cakna dengan lebih awal untuk menyimpan segala dokumen dokumen penting, pihak kerajaan juga perlu bersedia lebih awal dengan mempersiapkan sumber makanan (ready to eat) yang bakal memudahkan serta membantu mereka yang terlibat.


Artikel oleh: Kaca TV

SIAP SIAGA MENGHADAPI BENCANA

https://www.youtube.com/watch?v=QktKZn9QOoQ

Monday, April 25, 2022

AGIH 5,000 PEK BUBUR LAMBUK DI JALAN AMPANG OLEH PPIM, AMC DAN 30 NGO - KACA TV - 24/04/2022

 

#KACATV

Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM), Angkatan Malaysia Cemerlang (AMC), Pertubuhan Kasih Setia Malaysia dan 30 NGO lain akan mengagihkan 5,000 pak bubur lambuk khusus untuk warga kota Kuala Lumpur.

#BERITA

Ampang, 23 April 2022 (Sabtu), agihan ini bukti kesepakatan sesama NGO dalam merapatkan ukhwah dan menghidupkan amalan bersedekah dalam masyarakat tampa mengira bangsa dan agama.


Sumber: Kaca TV

AGIH 5,000 PEK BUBUR LAMBUK DI JALAN AMPANG OLEH PPIM, AMC DAN 30 NGO

https://www.youtube.com/watch?v=OdgR8K3UnOk

Wednesday, April 20, 2022

PELANCARAN KONVOI 2022 OTAI GROUP AGIHAN ZAKAT PADA ASNAF DI ENAM NEGERI - KACA TV - 16/04/2022

 

#KACATV

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berganding tenaga dengan Otai Group Malaysia mendakan konvoi agihan zakat dan menyantuni asnaf di enam negeri (Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kuala Lumpur dan Selangor).

#BERITA

Kuala Lumpur, 14 April 2022 Khamis, peruntukan zakat berjumlah RM 420.000 akan diagihkan kepada 1,200 asnaf dan 28 masjid di daerah terbabit. Progran ini diharap mampu membawa lembaran baharu Khususnya kepada rakyat yang sedang memulihkan ekonomi masing-masing.


Sumber: Kaca TV

PELANCARAN KONVOI 2022 OTAI GROUP AGIHAN ZAKAT PADA ASNAF DI ENAM NEGERI

https://www.youtube.com/watch?v=iKgVPvxci5Y

Thursday, December 30, 2021

6151) MISI BANTUAN BANJIR PPIM X ATMS - KACA TV - 29/12/2021

 

#KACATV

Persatuan Penguna Islam Malaysia PPIM dan kerjasama dengan Adventure Touring Motorsports ATMS, misi bantuan banjir di bulan december 2021 ini yang melibatkan kawasan Hulu Langat dan Shah Alam.

#BERITA

21 December 2021 (Selasa), Kuala Lumpur misi bantuan banjir ini dijalankan adalah untuk menyampaikan sumbangan keperluan barang, makanan yang sepatutnya dan pembersihan rumah-rumah yang terkesan akibat banjir.


Sumber: Kaca TV

MISI BANTUAN BANJIR PPIM X ATMS

https://www.youtube.com/watch?v=nLrZn6DGuOQ

Tuesday, November 16, 2021

6036) PEMERDAGANGAN PEKERJA ASING - KACA TV - 16/11/2021

 


#KACATV Pemerdaganggan Pekerja Asing isu yang di bangkitkan oleh persatuan PPIM amat merisaukan ia nya berlaku di Malaysia yang tidak ditangani dengan betul, menyebabkan pandangan buruk oleh pihak global. #BERITA 10 November 2021 (Rabu) Kuala Lumpur, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengemukakan berhubung isu penipuan, penindasan dan salahlaku dalam pengambilan kemasukkan pekerja asing ke Malaysia serta penglibatan syarikat swasta dalam permohonan pengambilan pekerja asing.

Pelbagai aduan telah PPIM terima berhubung isu penindasan oleh sindiket yang telah lama menjalankan modus operandi haram mereka di Malaysia.

Objektif utama ini adalah untuk mendedahkan salahlaku dalam pengambilan pekerja asing dan PATI di negara ini.


Sumber: Kaca TV

PEMERDAGANGAN PEKERJA ASING

https://www.youtube.com/watch?v=ufYlCAEFrac

Friday, September 24, 2021

5952) KIBARKAN BENDERA JALUR GEMILANG DI HARI MALAYSIA DAN PRODUK KELUARAN USAHAWAN MUSLIM YANG BERKUALITI - KACA TV - 24/09/2021

 


# KACATV Sukacitanya menjayakan Majlis Kibarkan Bendera Jalur Gemilang Sempena Hari Malaysia oleh badan NGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, Kuala Lumpur. # BERITA 19 Semtember 2021 (Ahad), Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama dengan AJ Best dan Chef Selebriti Yang Jamil dengan disokong oleh Empayar Panglima Resources mengadakan Majlis Kibarkan Bendera Malaysia di Pasaraya AJ Best bagi memupuk semangat perpaduan melalui perniagaan Usahawan-Usahawan Muslim bersempena dengan Hari Malaysia 2021.
Matlamat program pengibaran bendera ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan dan menyemarakan semangat cintakan negara serta memupuk semangat patriotisma dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.
Selain daripada menyambut Hari Malaysia, program ini juga digunakan untuk memperkenalkan masyarakat Malaysia dengan produk-produk keluaran Usahawan Muslim yang berkualiti.

Artikel oleh: Kaca TV

KIBARKAN BENDERA JALUR GEMILANG DI HARI MALAYSIA DAN PRODUK KELUARAN USAHAWAN MUSLIM YANG BERKUALITI

Saturday, July 31, 2021

5830) SUMBANGAN INFAQ REZEKI KEPADA PEMANDU TEKSI KLIA - KACA TV - 29/07/2021

 


#KACATV “Kami mahu PEMANDU TEKSI dan PENERIMA MANFAAT yang disantuni merasakan ada yang masih peduli dan sayang kepada mereka. Bentuk bantuan yang diberikan adalah berupa Barangan Asas Keperluan Dapur. Setakat hari ini sebanyak lebih 100 ribu penerima manfaat INFAQ REZEKI telah disalurkan. Melalui jalinan Kerjasama dari pelbagai agensi ini juga di lihat InsyaAllah akan memberikan IMPAK yang POSITIF dan kami sentiasa membuka ruang kepada mereka yang ingin bersama-sama dalam Misi Bantuan INFAQ REZEKI supaya lebih ramai akan menerima manfaat. DANA bagi gerak kerja ini dikumpulkan melalui SUMBANGAN ORANG RAMAI (CROWD FUNDING) mengunakan platform atas talian iaitu sumbangan.com ”. #BERITA Kuala Lumpur, 24 July 2021, Ujian pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia tentunya memberi impak besar buat kita semua. Ramai yang telah kehilangan tempat tinggal, harta benda serta terputus sumber pendapatan. Oleh yang demikian, bagi meringankan ujian mereka yang terkesan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dibawah selian Unit Kebajikan PPIM (UKPPIM), PERKESO, KINGZ Motorcycle Group, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWIP), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd & Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) telah berkolaberasi bagi Agihan SUMBANGAN INFAQ REZEKI bagi menyantuni PEMANDU TEKSI KLIA sebanyak 200 penerima manfaat INFAQ REZEKI Bernilai RM16,000 yang terkesan pandemik COVID-19. Agihan ini turut melibatkan jalinan kerjasama dan tajaan beberapa organisasi seperti sumbangan.com (Gerbang Sumbangan Sdn Bhd), Yayasan PATRIOT Negara Malaysia (YPNM), Icon Production Sdn Bhd dan SATRIA Intelligence Agency Sdn Bhd.
“Ujian ini sebenarnya untuk kita bersama - sama menghadapinya dan membantu saudara - saudara kita. Oleh yang demikian PPIM bersama-sama beberapa organisasi, penaja & penyumbang berganding bahu bagi menyalurkan bantuan. Berdasarkan maklumbalas yang kami terima dari penyelaras, PEMANDU TEKSI juga merupakan golongan yang tidak terkecuali berhadapan saat gentir ini. Mereka sangat memerlukan sumbangan bantuan dengan kadar segera terutama bagi mereka yang merupakan golongan ASNAF dan B40. Kami dengan ini berusaha bersama-sama menguruskan untuk menghantar bantuan sumbangan dan beberapa keperluan pada tarikh yang dinyatakan di atas.”


Artikel oleh: Kaca TV

SUMBANGAN INFAQ REZEKI KEPADA PEMANDU TEKSI KLIA

Saturday, July 17, 2021

5799) INFAQ REZEKI 2.0 BAGI MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN GOLONGAN YANG MEMERLUKAN, JPJ @ MOT PRIHATIN RAKYAT - KACA TV - 16/07/2021

#KACATV

Menjayakan acara JPJ Malaysia telah menjalinkan kolaborasi rapat bersama PPIM, dan PATRIOT bagi melaksanakan inisiatif agihan bantuan sumbangan Infaq Rezeki kepada golongan yang terkesan ekoran daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak Kerajaan.

#BERITA

15 Julai 2021 Kuala Lumpur, Melalui kolaborasi ini, JPJ turut sama menyumbangkan tenaga dalam usaha membantu mengurangkan beban kewangan dan inisiatif ini sekaligus dapat dilihat sebagai satu usaha bagi membantu golongan yang terkesan akibat impak pandemik Covid-19.

Malah, gerakan tuntas yang merupakan suatu sinergi di antara pihak Kerajaan iaitu JPJ,PPIM serta PATRIOT ini juga merupakan suatu manifestasi jelas mengenai keprihatinan pihak Kerajaan kepada mereka-mereka yang benar-benar memerlukan. Harapan JPJ ialah melalui kerjasama ini,JPJ bukan hanya dilihat sebagai agensi yang memfokuskan kepada aktiviti penguatkuasaan undang-undang semata-mata namun juga cakna terhadap situasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda ketika ini.


Artikel oleh: Kaca TV

INFAQ REZEKI 2.0 BAGI MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN GOLONGAN YANG MEMERLUKAN, JPJ @ MOT PRIHATIN RAKYAT

https://www.youtube.com/watch?v=-JVzmqrMFNg

Saturday, July 10, 2021

5776) BANTUAN INFAQ REZEKI BUAT GOLONGAN PENERIMA TERKESAN PKPD - KACA TV - 09/07/2021


#KACATV Sukacitanya menjayakan program yang di anjuurkan oleh badan NGO, iaitu Bantuan Infaq Rezeki Buat Golongan Penerima Terkesam PKPD di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur.

#BERITA Kuala Lumpur 6 Julai 2021, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama beberapa agensi badan pertubuhan lain akan melancarkan bantuan Infaq Rezeki kepada golongan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang telah dikuatkuasakan kerajaan sejak Sabtu lalu.
Penglibatan PPIM bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), MasjidAbu Ubaidah Al Jarrah, Balai Polis Wangsa Maju, SCOPURS Malaysia dan Sumbangan.com ini merupakan satu inisiatif gabungan bersama yang jitu dalam sesebuah organisasi demi menzahirkan rasa keprihatinan terhadap masyarakat seluruhnya.

Artikel oleh: Kaca TV

BANTUAN INFAQ REZEKI BUAT GOLONGAN PENERIMA TERKESAN PKPD

 https://www.youtube.com/watch?v=dchtSQeAt-E

Tuesday, March 2, 2021

5445) PELANCARAN ROYALE PARATHA KURMA, FATIHAH FROZEN FOOD - KACA TV - 27/02/2021

 


#KACATV Program Pelancaran Produk Baharu Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Royale Paratha Kurma di Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR), Kuala Lumpur. Program dirasmikan oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan. #BERITA 20 . Fabruary . 2021 (Sabtu) Kuala Lumpur, Fatihah Frozen Food setelah sekian lama berniaga dalam industri pemakanan sejuk beku di Malaysia ini dengan mencita nama berbagai jenis makanan sejuk beku yang di terima ramai oleh masyarakat Malaysia dan kini melancarkan produk baharunya Royale Paratha Kurma, rasai nikmat sebenar kurma dengan paratha yang cukup mudah untuk mendiakannya dengan cukup berhasiat.


Artikel oleh: Kaca TV

PELANCARAN ROYALE PARATHA KURMA, FATIHAH FROZEN FOOD

Tuesday, February 2, 2021

5355) PELANCARAN RINTIS, MISI BANTUAN KEMANUSIAN KE PAHANG - KACA TV - 31/01/2021

 


#KACATV​
Sukacitanya menjayakan Majlis Pelancaran Rintis oleh NGO-NGO dan pihak Persatuan Masjid, pelancaran dilepaskan di Masjid Abu Ubaidah Aljarrah,  Setapak, Kuala Lumpur.

#BERITA​
11, January, 2021 (Isnin) ada acara Pelancaran Rintis misi bantuan kemanusiaan untuk bencana banjir di Pahang @ Chini, Pekan dengan penglibatan sukarelawan ahli NGO-NGO dan sukarelawan ahli masjid untuk sumbangan makanan, pakaian, perubatan dan keperluan seadanya.

Artikel oleh: Kaca TV

PELANCARAN RINTIS, MISI BANTUAN KEMANUSIAN KE PAHANG


Wednesday, January 13, 2021

5288) DAGING SELUDUP : PERLU TINDAKAN LEBIH DRASTIK - KACA TV - 12/01/2021

 


#KACATV Suka dilmaklumkan tindakan pihak berkuasa menahan dua individu berkaitan penyeludupan dan pemalsuan logo halal terhadap daging iyang dibawak masuk secara gelap dari beberapa buah negara yang tidak diiktiraf, namun tindakan yang lebih drastik perlu diambil. #BERITA Kuala Lumpur 31/Disember/2020, merasakan banyak lagi perlu dilakukan oleh pihak berkuasa dan masih ada persoalan terhadap penjelasan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri hdan Hal Ehwal Pengguna, tidak mempunyai kaitan yang signifikan dengan kartel yang dikatakan bermaharajalela selama ini.


Artikel oleh: Kaca TV

DAGING SELUDUP : PERLU TINDAKAN LEBIH DRASTIK


Monday, October 26, 2020

6022) KENYATAAN MENJUNJUNG KASIH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG - KENYATAAN MEDIA PPIM - 26/10/2020

 


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menjunjung kasih dan amat menyambut baik titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah mengenai pengisytiharan bahawa tiada keperluan untuk melaksanakan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak COVID-19 di negara ini.

Kami menganggap ini adalah satu keputusan yang bijak, adil dan prihatin terhadap nasib rakyat jelata yang sedang terperangkap dalam ketidakpastian masa depan mereka.

Walaupun masih belum bebas dari wabak global ini, rakyat boleh menarik nafas lega kerana setidak-tidaknya masih mempunyai ruang untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.

PPIM juga mengikuti secara teliti akan perkembangan politik yang semakin tidak menentu dan amat bimbang jika ianya berterusan, ia akan mencetuskan suasana yang lebih buruk dan tidak berkesudahan. Lebih mengancam ketenteraman rakyat jika keadaan ini akan menyebabkan pembubaran parlimen dan pilihanraya umum perlu diadakan dalam keadaan hiruk pikuk wabak bahaya ini. Kita tidak mahu melihat perkara yang sama berulang seperti apa yang telah berlaku semasa pilihanraya negeri Sabah baru-baru ini, yang telah menjadi penyebab utama kenaikan mendadak kes-kes positif COVID-19 ini. 

Oleh yang demikian, PPIM amat bersetuju dengan teguran Seri Paduka Baginda agar ahli-ahli politik memberhentikan segera segala politiking, perbalahan dan perbezaan pendapat, yang semua maklum telah menggugat kestabilan pemerintahan negara.

Negara kini sekarang di ambang COVID-19 yang kian mengancam keselamatan rakyat dan adalah wajar semua pihak berganding bahu serta mengenepikan semua perbezaan yang ada, dan menumpukan seluruh tenaga, sumber dan kepakaran yang ada untuk memerangi wabak ini.

Kami juga dengan penuh harapan agar titah Seri Paduka Baginda mengenai pembentangan Belanjawan Negara 2021 yang amat penting kepada rakyat dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara ini dijunjung perintah oleh semua pihak.

Kami mempunyai keyakinan yang penuh akan kemampuan barisan hadapan kita dalam memerangi wabak ini seperti yang telah terbukti sebelum ini.

Sama-samalah kita berdoa agar negara dapat keluar dari gejala ini dengan baik dan meraih pengalaman yang baru dalam berdepan dengan sebarang kemungkinan gejala di masa akan datang.

Sekian terima kasih.

DAULAT TUANKU!

Nadzim Johan@toqqi
Pengerusi
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)


https://www.facebook.com/307501000176427/posts/707756056817584/

Friday, July 10, 2020

6109) KACA TV / BERITA, SUMBANGAN PEMBERSIHAN & PENCEGAHAN PANDEMIK COVID 19 - KACA TV - 08/07/2020


#KACATV

Sukacitanya menjayakan Majlis Sumbangan Perkhidmatan Pembersihan Pasarana (Masjid) Nyah Kuman (Disinfeksi) dan Peralatan Canggih bersempena Kempen Kebersihan Rakyat dan Pencegahan Jangkitan Pendemik Covid 19, di Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.


#BERITA

26 / June / 2020 (Jumaat), Pendemik Covid 19 telah menjadi satu cabaran yang bersar terhadap banyak negara di dunia terutamanya dalam aspek ekonomi, kesihatan dan cara hidup manusia keseluruhannya, Pendemik Covid 19 telah merebak dengan meluas di seluruh dunia menyebabkan impak yang amat terkesan kepada cara hidup manusia yang terpaksa berubah bagi mencegah penyakit Covid 19 dan cara hidup yang baru manusia dalam Norma baru yang melibatkan beberapa aspek yang kritikal yang di anjurkan termasuk
1) Kebersihan Diri
2) Penjarakan Sosial dan Fizikal
3) Pakai Alat Pelindung
4) Disinfeksi Prasarana
5) Saringan Covid 19.

Dalam usaha pembudayaan Norma Baru ini pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan AJK Masjid Saidina Umar Al-khatab amatlah bersyukur dah berterimakasih kepada Syarikat ARB Berhad, ARB Berhat yang telah bermurah hati menjalankan khidmat kebajikan dengan menjalankan program pencegahan Covid 19 melalui proses desinfeksi (nyah kuman) pasarana Masjid Saidina Umar Al-Khatab dan bangunan kuarters di kawasan masjid dan juga menyumbang satu Terowong Disinfeksi yang bernilai RM 40,000.00


Artikel oleh: Kaca TV

KACA TV / BERITA, SUMBANGAN PEMBERSIHAN & PENCEGAHAN PANDEMIK COVID 19 

Wednesday, June 17, 2020

6035) KACA TV / BERITA, SILATURRAHIM PEKERJA INDUSTRI E-HAILING MALAYSIA DAN BANTUAN MAKANAN ASAS - KACA TV - 16/06/2020


#KACATV Sukacitanya menjayakan Perjumpaan Silaturrahim Pekerja Industri E-Hailing Malaysia Dan Bantuan Makanan Asas Sempena Perayaan Aidil Fitri di Restoran Ali Cafe, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur. #BERITA 6 Jun 2020 (Sabtu), Persatuan kebajikan pekerja E-Hailing Malaysia (Persatuan E-Hailing Malaysia) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama pihak PERKESO dengan kerjasama beberapa pihak mengambil inisiatif untuk mengadakan perjumpaan silaturrahim singkat bersama pekerja dan penggerak E-Hailing Malaysia sebagai tanda penghargaan kepada para penggerak dan pekerja industri ini yang banyak membantu dan melancarkan aktiviti-aktiviti ekonomi negara kita secara langsung dan tidak langsung.

Dalam masa yang sama pihak PPIM dan persatuan E-Hailing Malaysia jugak akan mengadakan 'mini talk' ringkas yang akan dihadiri oleh pihak PERKESO dan wakil-wakil yang terlibat dengan industri dan badan korporat bagi membincangkan cabaran, masalah dan masa depan mereka termasuk isu pemandu mabuk.
Dengan keperihatinan ini, PPIM bersama persatuan E-Hailing Malaysia dan juga Restoran Ali Cafe Tomyam Menyediakan sedikit bantuan makanan asas Untuk diberikan kepada mereka pekerja dan pengerak E-Hailing sempena Aidil Fitri dan Bulan Syawal yang mulia ini.


Artikel oleh: Kaca TV

KACA TV / BERITA, SILATURRAHIM PEKERJA INDUSTRI E-HAILING MALAYSIA DAN BANTUAN MAKANAN ASAS


6034) KACA TV / BERITA, BANTUAN RAMADHAN AHLI PERSATUAN E-HAILING MALAYSIA - KACA TV - 15/06/2020


#KACATV Sukacitanya menjayakan bantuan sumbangan ramadhan kepada ahli persatuan e-hailing Malaysia, di rastoran Ali Cafe, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur. #BERITA 14 May 2020 (Khamis), Industri E-Hailing merupakan satu industri sokongan yang sangat penting dalam membantu melancarkan proses transaksi dan logistik dokumen, barangan, keperluan dan kecemasan kita seharian sama ada jauh atau dekat, sama ada berat atau ringan, sama ada hujan atau panas, sama ada siang atau malam. Namun dengan cabaran Covid-19 arahan PKP dan PKPB yang berlaku diseluruh negara telah banyak memberi kesan terhadap sumber pendapatan penggerak perkhidmatan industri ini.
Persatuan Kebajikan Pekerja Industri E-Hailing Malaysia (Persatuan E-Hailing Malaysia) yang diwujudkan dengan inisiatif PPIM adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli di dalam industri ini, disamping sebagai satu tempat mendegar dan memberi khidmat bantuan untuk peningkatan perkhidmatan dan kemajuan semua ahli yang berdaftar.
Bukan itu saja, pihak persatuan dengan aktifnya telah memilih dan melantik Malakat Mall, Cyberjaya dan Restoran Ali Cafe, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur sebagai pusat perhentian untuk para ahli berehat, solat, makan, merancang jadual dan sebagainya. Program Bantuan Ramadhan ini di mana pek makanan ringan dan dah mudah yang ditaja oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) sebagai sumbangan kepada ahli di bulan Ramadhan menunjukkan keperihatinan semua pihak bagi menyokong industri ini untuk terus cemerlang dan mapan.


Artikel oleh: Kaca TV

KACA TV / BERITA, BANTUAN RAMADHAN AHLI PERSATUAN E-HAILING MALAYSIA 


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL