Showing posts with label GALERI MUKA DEPAN AKHBAR. Show all posts
Showing posts with label GALERI MUKA DEPAN AKHBAR. Show all posts

Friday, April 18, 2025

PELANCARAN GALERI KERATAN AKHBAR MUKA HADAPAN DI PEJABAT PPIM - KACA TV - 17/04/2025

 

#KACATV

Himpunan lebih 500 naskah keratan akhbar muka hadapan yang berjaya dikumpulkan sepanjang 30 tahun penglibatan PPIM dalam menggerakan ke penggunaan barangan Islam.

#BERITA

Datuk Nadzim Johan (Toqqi) sempat melancarkan Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM sempena hari Rumah Terbuka PPIM.

Sambil itu Toqqi menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada pelbagai syarikat akhbar yang menjadikan berita berkenaan dengan PPIM sebagai berita muka hadapan.

Sumber: Kaca TV

PELANCARAN GALERI KERATAN AKHBAR MUKA HADAPAN DI PEJABAT PPIM

https://www.facebook.com/watch/?v=1310088580060463&rdid=IDLPHXBikHYXbOS5

Wednesday, April 16, 2025

'DARIPADA TEBANG MUSANG KING, LEBIH BAIK CARI JALAN LAIN' - KOSMO - 15/04/2025

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam (PPIM) berpendapat terdapat penyelesaian lebih baik berbanding tindakan pihak autoriti menebang kira-kira 1,000 pokok durian Musang King di Sungai Ruan, Raub.

Presidennya, Datuk Nadzim Johan berkata, pihak autoriti sepatutnya mencari penyelesaian terbaik dengan melihat secara keseluruhan agar dapat memanfaatkan semua pihak.

“Memang kita kena ikut undang-undang, kalau kita tak patuh dengan undang-undang, kita akan hidup dalam kesukaran.

“Contoh isu tebang pokok, kenapa hasil tu tidak diberi kepada orang ramai?

“Bagi saya, menebang pokok bukanlah jalan terbaik. Contoh kalau kita bela lembu di tanah kerajaan dan didapati salah, tiada sebab kita nak bunuh lembu-lembu tu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Galeri Muka Depan Akhbar PPIM, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan pekebun didakwa menghalang laluan dengan membawa kain rentang bagi menunjukkan ketidakpuasan hati kerana penguat kuasa memusnahkan tanaman mereka yang berusia puluhan tahun, namun keadaan berjaya dikawal tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Terdahulu, operasi penguatkuasaan bagi menebang pokok durian musang king di Sungai Ruan di sini akan melibatkan kawasan seluas kira-kira 202.3 hektar (500 ekar) yang merupakan tanah milik kerajaan negeri.

Difahamkan sehingga kini kira-kira 1,000 pokok durian musang king telah ditebang dan dimusnahkan sejak bermula operasi kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Artikel oleh: Kosmo

'DARIPADA TEBANG MUSANG KING, LEBIH BAIK CARI JALAN LAIN'

https://www.kosmo.com.my/2025/04/15/daripada-tebang-musang-king-lebih-baik-cari-jalan-lain/

AKTIVITI | MAJLIS UKHUWAH AIDILFITRI MERAIKAN PEMBEBASAN HERO-HERO RAKYAT DAN PENGGUNA DAN PELANCARAN GALERI MUKA DEPAN AKHBAR - PPIM - 15/04/2025

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melahirkan rasa terharu dan gembira berikutan pembebasan 4 hero-hero yang telah berjuang dengan penuh komitmen bagi memastikan rakyat tidak tertipu, teraniaya dan dimudaratkan oleh dorongan mandatori pengambilan vaksin COVID-19 berikutan pandemik penularannya secara global sejak 2020 dahulu.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, pembebasan mereka telah membuka mata rakyat mengenai cakap-cakap tentang kesan-kesan sampingan vaksin COVID-19 yang begitu memudaratkan bagi sesetengah penerima.

Wirawan-wirawan dan wirawati ini telah dikenakan pelbagai tuduhan yang kami kira tidak wajar oleh pihak berkuasa. Pembebasan mereka adalah atas tuduhan-tuduhan berikut:

1. Dr. Roland Victor

Pada 7 April 2025, Mahkamah Sesyen Sepang membebaskan Dr. Roland Victor, pengasas The KL Sky Clinic, daripada pertuduhan menghantar video jelik berkaitan vaksin Covid-19. Beliau didakwa membuat dan menghantar video tersebut melalui profil Facebook "The KL Sky Clinic" pada 7 Februari 2021.

2. Dr. Che Amir Farid Che Ishak

    Pada September 2021, Dr. Che Amir Farid Che Ishak bersama Dr. Vijaendran Subramaniam memfailkan saman terhadap kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia selepas Ivermectin dirampas dari klinik Dr. Che Amir pada Jun 2021 semasa pandemik Covid-19. Pada Mac 2025, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa doktor berhak untuk memberikan Ivermectin kepada pesakit mereka.

    3. Muhammad Zaki Omar

    Pada 6 Oktober 2024, Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar melepas dan membebaskan Muhammad Zaki Omar daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu mengenai kematian seorang anggota polis akibat suntikan vaksin Covid-19   pada April 2021. Mahkamah mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan   keraguan munasabah terhadap kes tersebut.

    4. Puan Liyana Razali

    Liyana Razali didakwa membuat kenyataan yang boleh menyebabkan kegentaran awam berkaitan vaksin Covid-19. Pada 27 September 2024, Mahkamah melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan tersebut.

    Toqqi berharap pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan agar peka dan berhati-hati dalam memberikan rakyat sesuatu yang belum pasti keberkesanannya dan jangan sesekali mengikut telunjuk badan-badan kesihatan dunia yang kononnya prihatin terhadap kesihatan manusia sejagat.

    Majlis meraikan hero-hero ini diadakan bersekali dengan Majlis Ukhuwah Aidilfitri 1446H.

    Dalam kesempatan ini, PPIM juga melancarkan Galeri Muka Depan Akhbar yang akan memaparkan isu-isu gempar yang didedahkan sejak penubuhannya 30 tahun lalu.

    PERJUANGAN KAMI

    PERJUANGAN KAMI

    ARKIB ARTIKEL